SAMBUNGAN IV
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"Sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"Sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Sementara itu perbualan aku dengan Hj Kamaruddin diteruskan , dan aku menceritakan kepada beliau apa yang kami cakapkan ditalian dengan Ken Peddler serta Simon.Sewaktu tengah berbual dengan Ken Peddler sebentar tadi, Ronnie menghidangkan aku lamb chop berserta roti dan secawan kopi. Yang aku minta daripada Ronnie tadi hanya roti, tetapi Hj Kamaruddin menyuruh staffnya menyediakan lamb chop untuk aku.Sambil kami makan sambil kami bersembang. Sejam kemudian aku menerima panggilan dari Simon sekali lagi. Beliau memberitahu aku bahawa beliau akan kembali ke Malaysia esok dan dia memberitakan kepada aku bahawa Ken Peddler dan isterinya akan menyusur kemudian ke Langkawi . Berita kepulangan Simon ini aku kabarkan kepada Hj Kamaruddin agar beliau dapat memberitahu kepada John dan Andrew bahawa bapa mereka akan menaiki kapalterbang meninggalkan Zurich esok dan dijangka sampai ke Langkawi pada keesokkan harinya. Setelah sudah makan aku pun memohon diri untuk ke Burau Bay untuk menjemput isteri aku dan juga Alice.
Pada hari Simon sampai beliau menghubungi aku dan memberitahu bahawa beliau sudahpun berada di Airport dan beliau akan terus ke Awana Porto Malai untuk bertemu dengan anak anaknya dan beliau ingin berjumpa dengan aku pada sebelah malam dirumah beliau.
Lebih kurang pukul lapan setengah malam aku sampai dirumah Simon setelah menghantar isteri aku ketempat kerja. Dalam pertemuan kami hanya berbual tentang perjalanan beliau ke Swizerland, namun bagi aku semua itu adalah sebuah perjalanan. Tajuk yang hangat diperkatakan dan yang memuskilkan Simon adalah bagaimana aku dapat mengambarkan lelaki yang mereka temui. Nama lelaki dan gambaran sebenar lelaki tersebut adalah sama seperti yang aku kabarkan, itu yang menghairankan mereka semua. Aku cuma menjawap, ‘sekiranya kita mengenal Tuhan Kita sepertimana kita mengenal diri kita serta mengingati Nya selalu, inshaallah, tabir keajaiban akan terbuka untuk kita lihat, walau sejauh manapun . Itu lah kata-kata aku sebelum aku mengundur diri dari kediaman beliau yang hanya terletak hampir 3 kilometer dari kediaman aku.
Sebenarnya Simon merupakan orang yang paling hampir dengan aku dan dia mengetahui juga bahawa kebanyakan masa aku, aku habiskan bersama sama beliau dan anak-anaknya,John dan Andrew. Memandangkan beliau sekeluarga merupakan penganut Kristian aliran Katolik, namun itu tidak pernah menjadi penghalang bagi kami untuk bercerita tentang kepercayaan masing-masing dan aku selalu menggalakkan beliau dan anak anaknya agar selalu berdoa kepada Tuhannya agar segala sesuatu yang dilakukan waima untuk dirinya ataupun anak-anaknya maupun isterinya yang telah tiada disisi, agar dipelihara Tuhannya. Tidak sedikitpun terlintas dihati kecil ini maupun fikiran ini untuk cuba mempengaruhi beliau maupun anak anaknya.
Pada keesokkan hari, Simon menghubungi aku dan beliau memberitahu bahawa Ken Peddler dan isteri , Linda akan sampai di Langkawi malam ini. Penerbangan beliau adalah melalui Singapura dan terus ke Langkawi dan dijangka sampai pada jam lapan setengah malam waktu tempatan. Dalam perbualan itu aku berpesan kepada Simon, jika, sekiranya ken Peddler dan isteri ingin berjumpa dengan aku, katakan kepada mereka aku berada di Burau Bay Hotel. Tetapi Simon mengatakan sebaliknya pula, beliau akan menghantar Ken Peddler dan isternya terlebih dahulu ke hotel penginapan lepas itu baru mereka akan membawa mereka menemui aku di Burau Bay. Aku cuma kata “ok” saja kepada Simon. Lebih kurang jam 9.00 malam aku menerima panggilan dari Simon, dia memberitahu bahawa Ken Peddler dan Linda telah sampai di lapangan terbang dan kini beliau bersama mereka dan sejurus itu talian diputuskan. Lebih kurang 10 minit kemudian talipon aku berdering. Lantas panggilan itu aku jawap. “Yes Simon, anything, are you on the way to the hotel” kata aku, merujuk kepada kata kata Simon yang sebelum itu yang mengatakan bahawa beliau akan menghantar Ken Peddler dan isteri kehotel penginapan.’No’, jawap Simon, “Ken Peddler and Linda wanted to see you first and now I’m on my way to your place”, sambung Simon lagi.’Ok, no problem Simon, I’m here’. Waktu itu aku duduk jauh disatu sudut lounge’ tempat kebiasaan aku menunggu serta menikmati muzik yang didendangkan. Alhamdullilah, malam itu pengunjung yang menetap di Resorts tidak ramai, mungkin mereka keluar untuk makan malam ditempat lain sekitar Burau Bay. Didalam ketenangan dan alunan muzik yang mengiringi isteri aku mengalunkan lagu , dihati kecil ini terdetik dan berkata, “kasihan isteri aku, terpaksa berkerja dan menyanyi malam di hotel untuk mencari rezeki untuk kami anak beranak. Aku merungut kepada diri aku, kenapalah aku tidak diberikan bakat seperti isteri aku atau pun sebagai seorang pemuzik, sekurang-kurangnya aku boleh mencari rezeki bersama dan bolehlah kami mencari rezeki didalam kumpulan yang sama, itulah rintihan hati aku. puas aku memikirkanya.
Tiba tiba aku terpandang kearah gerbang utama lounge tersebut, terlihat aku seorang lelaki tinggi melebihi 6kaki ketinggian dan tegap susuk tubuhnya berjalan masuk diiringi seorang wanita yang berkulit “keperangan berjalan bergandingan dan berpakaian agak ranggi dan rugged. Hati aku berdetik,lalu aku terpandang Simon berada agak jauh terkebelakang, ‘inikah Ken Peddler dan Linda yang dikatakan oleh Simon’, kata hati aku. Raut muka beliau nampak garang bersesuaian dengan lagak seperti watak koboi jahat diTV, kelihatan gayanya agak angkuh .Mereka berjalan kearah aku, pakaian aku ketika itu tidaklah berapa segak, cuma aku mengenakan pakaian yang aku rasa selesa, seluar jean dan t-shirt putih didalam dan kemeja panjang diluar tanpa melekatkan sebarang butang baju, (seperti kegemaran remaja ketika ini).Simon menegur aku, “Hai, Izan”, “Hai” kata aku lagi.Aku pun binkas bangun dan berdiri.” This is Ken, Ken Peddler’, aku menghulurtangan untuk bersalam dengan Ken, “ and Linda his wife”, sambil Simon menunjukkan jari kearah Linda”, “ Hai”, kata aku kepada kedua dua nya sambil mengenalkan diri aku. “I’m Izan, how are you’,’Good’, kata Ken lagi.’Please be seated”, menyuruh mereka berdua duduk.’Thank you’, jawap Linda. Simon duduk disebelah aku sementara Ken dan isteri berhadapan kami, bersebelahan.Selang beberapa minit, waiter pun menghampiri meja kami dan kami membuat pesanan masing-masing.Setelah pesanan dibuat waiter pun berlalu dan Simon pun memulakan perbualan . ‘Ken, this is the man that i told you, and he is the one that speak to you’ ,sambil jari Simon menunjuk kearah aku.’ Yes, i understand’, kata Ken sambil tersenyum. Selepas itu mereka berdua suami isteri berbual sesama sendiri sambil merenung kearah kumpulan muzik yang sedang beraksi relak.Tiada banyak bicara berlaku antara kami, hanya untuk mengelakkan kebuntuan aku berbual dengan Simon. Selepas beberapa buah lagu bergema maka pesanan kami pun dihidangkan. Hidangan yang mereka pesan hanyalah sedozen sandwich dan kentang goreng dan minuman . Aku dan Simon hanya menikmati kopi sementara mereka berdua menikmati bir. Aku tidak berkata apa apa cuma memerhatikan gelagat mereka berdua saja. Mereka berdua menjamah makanan diselangseli dengan minum beer tanpa henti.’Mungkin mereka lapar agaknya’, kata hati aku, namun aku tidak berkata apa-apa. Sebaik saja makanan yang terhidang selesai dimakan, mereka memanggil waiter untuk memesan minuman lagi. Agak banyak juga bir yang mereka minum malam itu. Jam didinding lounge menunjukkan 11.45 malam dan aku menjangka mereka akan menunggu sehingga tamat persembahan muzik , tiba tiba Ken memanggil waiter untuk menjelaskan bil. Dalam beberapa minit waiter datang semula dengan bil lalu bayaran dibuat. Sementara menunggu waiter kembali untuk mengembalikan baki bayaran, sekali lagi aku lihat Ken meneguk beer yang aku lihat hampir setengah gelas berbaki dihirup sekali gus. Apabila baki telah diterima, Ken berkata Simon, ‘ simon, can we go now’, ‘ok’ jawap Simon, sambil berdiri. “ Ok Izan, I’ll sent them to the hotel first, if anything, I’ll let you know’,’thank you’, kata Simon.’Ok, Izan, thank you and good night”, kata Ken dan isterinya , sambil berjalan keluar dari lounge.
BAGINILAH LEBIH KURANG BENTUKNYA TEMPAT PERSIDANGAN YANG DICERITAKAN OLIH KEN PEDDLER SEWAKTU MENERIMA "OBJEK" DAN FORMULA PROJEK TERSEBUT. |
Apa yang aku dapati, Ken Peddler tidak banyak bercakap begitu juga dengan isterinya, aku pun tidak tahu kenapa, mungkin keletihan agaknya, tetapi yang pelik beliau amat banyak meneguk bir dan diselang seli dengan menghisap rokok . Kedua duanya pun mempunyai tabiat yang sama. Apabila kelibat mereka sudah tidak kelihatan lagi aku pun duduk ditempat yang sama sambil menunggu persembahan tamat pada jam 12.00 malam. Didalam perjalanan pulang malam itu otak aku berputar ligat, ‘kenapa agaknya mereka beriya-iya sangat ingin bertemu dengan aku, sehinggakan, Simon hendak menghantar mereka ke hotel terlebih dahulu pun mereka menolak dan mendesak pula agar Simon menghantarkan mereka terlebih dahulu untuk bertemu dengan aku, tetapi, apabila sudah berjumpa sikap mereka amat dingin pula dan senyap, kenapa ya?’, soal hati aku pula. Ah! mungkin mereka keletihan agaknya, maklumlah perjalanan dari Swizerland ke Langkawi terpaksa transit di Singapura dahulu sebelum meneruskan perjalanan dengan pesawat lain pula. Aku mengagak perjalanan mereka ke sini mengambil masa lebih dari 20jam diudara sebelum sampai di Langkawi. Didalam perjalanan balik ke rumah tiada banyak perkara yang aku ceritakan mengenai tetamu tadi kepada isteri aku hanya hal hal biasa saja kerana Alice ada bersama kami. Isteri aku amat memahami tingkah laku aku yang agak berlainan malam itu. Alhamdullilah, syukur aku kehadrat ALLAH SWT , Tuhan Yang Maha Esa, kerana menyempurnakan hidup aku dengan isteri yang amat memahami diri aku, diwaktu susah maupun senang. Allahhuakbar, segala nikmat yang Kau limpahkan aku merasakan kenikmatanNya. Amin.
Pada malam kedua, Simon berserta Ken Pedler dan Linda datang semula ke Burau Bay Resorts. Kedatangan mereka tidak aku jangkakan kerana Simon tidak memaklumkan apa apa kepada aku berhubung aktiviti Ken Peddler dan isteri. Walau apapun alasan , mereka merupakan tetamu yang tidak memudaratkan kehidupan aku dan bagi aku mereka mungkin ingin menghabiskan percutian disini sambil ingin mengenali Simon secara dekat agar dapat berkerjasama , itulah yang aku harapkan.Mereka bertiga berjalan kearah aku dan terus menyapa “ Hai, Izan”, “hai”jawap aku.’Please’, kata aku sambil menunjukkan isyarat tangan untuk menjemput mereka duduk dimeja aku. Perlakuan mereka seperti malam sebelumnya juga, kehadiran mereka hanya duduk bersembang sesama mereka (suami isteri) sambil minum dan merokok . Tiada apa yang diperkatakan atau berbual dengan aku, hanya Simon dan Ken berbual tanpa henti, kerana bagi itu satu petanda baik untuk Simon, maklumlah mereka mempunyai urusan perniagaan bersama.Sekali sekala sewaktu break, ahli kumpulan berserta isteri aku akan datang dan duduk bersama.Waktu itu isteri aku akan berbual mesra dengan isteri Ken Peddler, Linda disertai Alice, itu pun terhad kerana pihak pengurusan Resorts tidak membenarkan kumpulan muzik untuk duduk semeja dengan pelanggan dan memandangkan kebanyakan kakitangan dan pengurusan tertinggi tahu bahawa ‘tetamu istemewa” ini merupakan rakan kami, maka, kelonggaran diberikan. Aku sedikitpun tidak berasa hati dengan perlakuan Ken Peddler, bagi aku ini mungkin perangai semulajadi beliau.Setiap malam selama dua hari beliau berulang ke Burau Bay Resorts, tidak pernah langsung kami berbual panjang dengan serius hanya sekadar bertegur sapa dan bertanya kabar saja,walaupun kami duduk semeja dan sepanjang dua malam mereka kesini, tidak pernah walau sekali dia mempelawa aku untuk minum atau makan kecuali Simon saja. Kemusykilan aku ditahap tinggi, dan persoalan selalu bermain diminda aku, kenapa,mengapa dan pertanyaan aku satu saja, sekiranya dia tidak suka aku mengapa dia harus datang setiap hari dan duduk semeja dengan aku walhal perjalanan dari Hotel Sheraton di Kuah,tempat beliau menginap ke Burau Bay Resorts jaraknya lebih kurang 15km dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan. Ini yang memuskilkan diri, tambahan pula di pekan Kuah terdapat banyak lagi tempat untuk berhibur untuk dilawati . Kalaulah tujuannya semata-mata ingin merosakan perasaan aku atau ingin menyakiti hati aku, aku rasa beliau tersilap perkiraan kerana aku merupakan sejenis manusia yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan perasaan dengki atau irihati sememang tiada bertempat didalam hati nurani aku. Penerimaan aku terhadap beliau seperti biasa, aku akan tetap melemparkan senyuman pada setiap hari sekiranya beliau datang bertandang.Pada setiap malam beliau datang, pulangnya mesti dengan keadaan mabuk dan aku amat simpati dengan Simon kerana beliau terpaksa menemani Ken Peddler dan isteri untuk pulang ke Kuah dengan sedih atau pun kecewa kerana gelagat ‘partner’ beliau. ,
Pada malam ketiga suasana agak pelik sedikit. Aku lihat Ken Peddler dan Linda berjalan masuk ke lounge berdua duaan, aku jangkakan semestinya Simon sedang memakir kereta seperti biasa. Selalunya Ken Peddler akan berdiri dipintu gerbang sambil menunggu Simon, tetapi malam tersebut beliau terus barjalan masuk terus menuju kearah meja biasa kami. Aku dapati kelibat Simon tidak kelihatan, aku pun tidak pasti apa sebenarnya perancangan mereka bertiga. Rupa rupanya Simon akan datang kemudian kerana’ beliau terpaksa mengatur keperluan anak anak beliau dahulu’kata Ken, apabila beliau bejabat tangan dengan aku. Sementara menunggu kedatangan Simon, Ken Peddler telah memesan minuman mereka berdua, seperti biasa, “bir”.Gelas demi gelas beliau minum namun kelibat Simon masih tidak kelihatan.Aku dapati belum sampai sejam sudah lebih 6 gelas bir dihabiskanya ditambah dengan merokok yang tidak putus putus sehinggakan bekas habuk rokok terpaksa ditukar beberapa kali. Aku dapat rasakan bahawa tingkah laku Ken amat berlainan sekali tetapi aku tidak tahu apa sebabnya, aku harap Simon tahu apa masaalahnya. Yang menghairankan aku, walaupun sudah sebegini banyak beliau minum, tetapi dia tidak mabuk. Jam sudah hampir pukul 9.00 malam namun Simon masih lagi tidak muncul, aku dapati gaya Ken Peddler minum ‘bir’ seakan tiada redanya. Tiba tiba Ken berkata kepada aku ,’Izan, can I talk to you please’,lalu aku jawap ‘yes, Ken, anything?’.’Let us move to the other end,the music is too loud’, “No problem’ kata aku lagi. Kami pun bangun lalu berjalan menuju ke sudut yang lain. Meja yang kami tuju agak jauh sedikit dari lounge tetapi berhampiran dengan coffee house dan juga jauh dari kebingitan sound sistem. Namun dari meja itu segala pergerakan dimeja sebelumnya amat jelas kelihatan dan kami boleh melihat Linda sendirian disitu. Kami duduk menghadap sesama sendiri. Aku sudah merasakan ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Ken Peddler atau, sesuatu yang serius telah berlaku diantara beliau dengan Simon ,itu anggapan aku saja.
INI ADALAH LOUNGE BURAU BAY RESORTS LANGKAWI DIMANA PERTEMUAN AKU DAN KEN PEDDLER |
“What’s happened”, aku bertanya kepada Ken Peddler.’Who are you?’, tanya Ken. Tersentak aku mendengar pertanyaan itu. “You mean, who am I?’kata aku lagi. “Yes, who are you?, diulang lagi pertanyaan .’Who I am, is who I am, jawap aku lagi. “No, Izan, what i mean is , who you really are? I want to know?’, “Why? Tanya aku lagi. ‘I met you before’kata Ken. Aku terkejut dengan ungkapan yang dituturkan oleh Ken Peddler. ‘Where do you met me, in this part of the world’, tanya aku lagi.Lalu dia menceritakan kepada aku tentang pertistiwa yang dilaluinya.
Begini ceritanya, diterjemahkan didalam bahasa Melayu “Pada suatu hari sewaktu dirumahnya di New Zealand, saya telah keluar untuk ke pekan yang berhampiran dengan kediaman saya untuk membeli rokok, namun didalam perjalanan melalui jalan yang biasa, tiba tiba jalan yang dilalui berkabus tebal, namun diteruskan juga perjalanan itu, didalam kabus itu tiba tiba keadaan berubah keadaan dan saya mendapati diri saya telah berada didalam sebuah tempat yang besar yang keadaan sekelilingnya amat sukar digambarkan kerana tempat itu tidak pernah saya lihat dimana-mana walaupun imiginasi ditalivisyen maupun difilem. Apa yang menakjubkan saya, ialah saya berada didalam sebuah tempat yang mana meja dihadapan saya berbentuk oval yang besar ( meja berbentuk U)dan saya berdiri ditengah tengah lengkung ‘U’ tersebut menghadap ‘awak’. Pada ketika itu, awak ‘izan’ duduk dimeja seolah olah mempengerusikan ‘jemaah”. Terdapat beberapa “orang” dikiri dan kanan awak duduk semeja dimeja ‘oval’ tersebut, dan “jemaah” yang lain berada dikiri dan kanan saya. Mereka semua berpakaian seperti “jubah” tetapi setiap dari mereka berlainan warna “jubah’nya,. Mereka semua memandang kearah saya. Wajah awak adalah sama cuma tubuhbadan awak nampak berumur dan berjanggut kemas dan pendek serta memakai jubah warna kuning keemasan .Mustahil bagi saya melupakan wajah ‘awak” kerana “awak’ yang menghadiahkan saya ‘rekabentuk serta formula” untuk ‘projek’ yang saya tengah usahakan ketika ini. Tanpa ‘pemberian’ dari awak itu , mustahil bagi saya untuk mencipta ‘produk tersebut’.Setelah saya menerima ‘barang’ tersebut saya pun diarah keluar daripada tempat itu dan sekali lagi terpaksa mengharungi kabus tebal. Selepas peristiwa itu saya terus balik kerumah. Sekembalinya saya kerumah, isteri saya bertanya kemana saya menghilang. Saya memberitahu isteri saya bahawa saya kepekan untuk membeli rokok tetapi sesuatu berlaku didalam perjalanan.Isteri saya memberitahu saya bahawa saya tidak pulang kerumah sudah tiga hari dan lapuran tentang kehilangan saya telah dimaklumkan kepada pihak polis. Itulah penjelasan Ken Peddler kepada aku. Lalu aku bertanya kepada beliau, kenapa sejak dari hari pertama sehingga kini beliau tidak berkata apa apa . Dia mengatakan bahawa dia tidak bolih menerima hakikat bahawa ‘manusia’ yang dia pernah berjumpa dan “manusia’yang memberi “barang” tersebut agak muda, rugged serta berseluar jean, tidak seperti yang ditemui dahulu, ini menyebabkan dia rasa terganggu dan keliru. Barulah aku mengerti perasaan beliau, beliau menjangkakan bahwa aku adalah seperti “manusia’ yang digambarkan tetapi keadaan menjadi sebaliknya.
Bersambung
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Renungan :-
Bersambung
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Renungan :-
"Dan berapa banyak makhluk bergerak dan bernyawa yang tidak dapat membawa (mengurus) rezekinya sendiri. ALLAH lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." -(Surah Al-Ankabut , Ayat 60)
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah.” (Qs. 16:71)
Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (Qs. 42:27)
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.” (Qs. 65:2) Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Qs. 65:3)
No comments:
Post a Comment