Minggu ini negara kita dikejutkan dengan pendaratan penceroboh yang mengaku dari"Tentera Kesultanan Sulu" yang siap berkelengkapan tentera . Kehadiran mereka yang lengkap dengan senjata M16 memasuki perairan Malaysia lalu mendarat di Lahad Datu tanpa disedari oleh Tentera samaada Tentera Laut mahupun Tentera Darat. Insiden ini menggambarkan bahawa betapa rapuh dan longgarnya pertahanan negara kita dari dicerobohi oleh 'musuh'. Kalau beginilah lemahnya pertahanan negara kita yang dikatakan membelanjakan berbillion ringgit untuk mengawasi perairan mahupun kedaulatan negara, nampaknya, kelengkapan yang dimiliki yang dikatakan 'terkini' terbukti 'sampah' semuanya.
Dengan mendaratnya 'tentera' asing dibumi Malaysia ini, terlihat oleh kita akan kelemahan agensi mahu pun kementerian yang sepatutnya melindungi 'kedaulatran' serta keselamatan rakyat didalam negara. Kelemahan yang amat ketara ini membuatkan rakyat curiga akan kemampuan sebenar Tentera Malaysia didalam melindungi nyawa penduduk negara kita.
Kelemahan ketara ini menunjukkan bahawa Tentera Malaysia sedang dibuai mimpi, samaada Menterinya yang tidak cekap atau Kementerian nya 'korup' atau Panglima Angkatan Tentera yang sibuk dengan Golf atau sibuk mencari habuan sebelum bersara.
Dimana Kapal Perang atau kapal peronda Pantai yang dikata mempunyai 'radar' mengesan pencerobohan, dimana Tentera Udara yang dikatakan mempunyai Jet Pejuang atau Helikopter yang boleh mengesan musuh , dimana Tentera Darat berkampung yang dikatakan meronda sepanjang pantai Malaysia, dimana mereka?? Berbillion ringgit wang rakyat dihabiskan untuk kelengkapan ini, apa sudah jadi?? adakah mereka membeli ' dummuy radar' atau sekadar 'membeli 'peralatan lupus tempoh' yang bersifat 'silap mata'.
ASET TENTERA LAUT |
Nampaknya mandat atau kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Kerajaan untuk membelanjakan berbillion ringgit untuk tujuan pertahanan serta keselamatan negara kita adalah sia-sia saja. Kelemahan ini tidak dapat dimaafkan kerana 'setiap inci tanah berdaulat ini berjaya ditembusi atau pun dicerobohi , bermakna 'rakyat tidak lagi berasa selamat".
JET PEJUANG MALAYSIA |
Oleh itu saya menyarankan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan serta-merta untuk mengkaji atau mendakwa individu-individu yang gagal didalam melaksanakan tanggungjawap yang diamanahkan ini walaupun kita terpaksa memecat mereka atau apa saja hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
HELI PENGEMPUR |
Untuk itu wajib bagi Menteri Pertahanan memikul kesalahan ini dan menyarankan agar beliau meletak jawatan begitu juga dengan Ketua-Ketua Tentera yang terlibat samaada Darat, Udara mahupun Laut, semuanya terpaksa memikul kesalahan ini.
Sekiranya benteng tentera ini dapat ditembusi oleh 'gerila Sultan Sulu" tidak mustahil pada masa akan datang berbagai ancaman yang lebih dashat akan berlaku. Untuk mengelakan kejadian ini berulang dimasa hadapan maka satu tindakan 'drastik' dan ' kompresif' perlu diambil agar " kealpaan' pertahanan tidak berulang lagi.
Kalau semua kelengkapan termoden terkini yang telah kita miliki gagal didalam mengesan pergerakkan musuh yang mendatang maka apa lagi yang boleh kita harapkan ? Tunggulah maut menjengah didepan pintu. Kekuatan dan peralatan yang dimiliki tidak dapat menjamin 'kedaulatan' negara lagi. Kesian rakyat Malaysia, pemimpin yang ada hanya pandai berpolitik saja, perkara lain tak boleh harap lagi..
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
pearl harbor yg hebat pun boleh diserang jepun,inikan pula malaysia diceroboh militan.kalau atm bertindak mati katak militan tu.parti komunis pun surrender dgn ATM.
ReplyDeletejgn buat apa apa andaian...krn kita tak tahu apa cherita sebenarnya di belakang tabir k'jaan...blh jadi kita rasa kita betul krn dapat melihat melalui pandangan malaikat...tapi itu belum tentu tepat dan benar krn di atas pandangan malaikat itu,pandangan tuhan yg lebih tepat dan benarnya...waspadalah kita dgn diri kita sendiri,kerana musuh kita yg sebenar adalah perasaan kita sendiri.
ReplyDeleteSalam. Nak kata ini adalah andaian tak mungkin. Tentera Sulu dah berada dibumi Malaysia bersenjata penuh. Ini tak perlu menggunakan mata malaikat atau mata hati, mata manusia yang melihat terang-terangan. Kita perlu nilai mana satu andaian atau mana satu kepastian. Musuh dah depan mata, tak kan kita menidakkan kehadiranny. Adakah 'kewujudan' nyata ini pandangan dari perasaan. Biar betul !!!
ReplyDeleteboleh jadi mereka bukan musuh kita,pasal kepercayaan keTuhanan mereka sama dgn kita malayu di sini,mereka berjuang bukan utk kerajaan kristian fillipina tapi utk menubuhkan semula kerajaan malayu (islam) kesultanan sulu,kalau bangsa cina,india dan kristian fillipina memang jelas musuh kita pada kepercayaan ketuhanannya,tapi bukan mereka orang orang sulu itu,ingat!, mereka itu banyak dibantu oleh kerajaan malayu kita tanpa disedari musuh sejak dari presiden marcos lagi,takkan mereka mahu mengkhianati kerajaan malayu kita,atau boleh jadi mungkin untuk menakutkan musuh malayu baik di sabah mahupun di seluruh malaysia,perang saraf laa!!!. BIAR BETUL BRO !!!
Deleteapa malaysia kena serang ke? mengapa mereka masuk sikit sangat, bawalah ramai2 dan rampas sabah.. baru btul. kalau nak mengganggu ketenteraman apsal ambil gambar dan tayang kat suni sinuuu. hahhh macam ada yang tak kena jerr. sulu ada tentera? siapa yang tanggung?? kayakah sulu sampai ada tentera sendiri, filipino tak perasan ke? nampak macam scam jerr, saja nak cari salah gomen, hentam jgn x hentam. fikir fikir fikir...
ReplyDeleteIngat org moro yg kamu dok pggir pti pndatg haram sentiasa bersedia diaorg
ReplyDeleteBr ada d seluruh sabah
Bermacam=macam andaian dan telahan dari sahabat, alhamdullilah, otak, masih berfikir. Walauapapun pandangan saudara semua ada pro dan con nya , tiada satupun bersalahan, kerana, ianya adalah'buah fikiran'. Apa-apa pun , Kerajaan perlu menitikberatkan keselamatan 'rakyatnya' .
ReplyDelete