Bismillahirrahmanirrahim.
LONGKANG RUMAH SAYA PUN LEBIH WANGI
Tiada langsung kata kata manis atau sopan diucap apabila rakan se "parti', keluar atau meninggalkan parti.
Samaada terhadap batang tubuh Mahathir yang meninggalkan UMNO mahupun Mahfuz Omar yang meninggalkan PAS, segala kata kata hemburan kedua dua Presiden iaitu Najib dan Hj Hadi samaada secara sinis mahupun secara terang, segala ungkapan yang keluar dari mulut mereka langsung tidak mencerminkan diri atau keperibadian yang tinggi kalau disukat melalui sunnah.
Mengibaratkan sebagai " orang mati yang belum ditanam" mahupun ' sindiran sindiran tajam olih Presiden PAS terhadap Mahfuz dilihat lebih kepada sifat dendam dan busuk hati.
Mengucapkan perkara yang baik baik terhadap batang tubuh yang dicerca bukan lagi "sunnah" seperti sepatutnya.
Patutlah arwah "ayah pin" berbohong dan menyesatkan ramai orang dibumi Terengganu pun Hj Hadi sebagai Presiden PAS pun tidak dapat "menegakkan" kebenaran malahan kebhatilan 'ayah pin" pun gagal dibendung.
Ini membuktikan lagi bahawa Hj Hafi yang mengaku 'memperjuangkan" Islam hanyalah mainan kata belaka dan bukannya tindakan.
Kalau dalam negeri sendiri pun "kemungkaran terhadap Allah SWT' pun gagal ditangani inikan pula berhajat nak memperkasakan RUU. Memang tidaklah....
Disebelah UMNO pula, mulut Najib pun seakan sama dan setaraf dengan Hj Hadi.
Tetapi Najib lebih angkuh dan keji lagi.
Kepala bapak kau, bangang, haram jadah dan bermacam macam lagi ungkapan yang terpacul di mulut Najib.
Kalau inilah ungkapan yang selalu bermain ditepi bibir , faham faham lah standard pegangan agamanya.
Kalau anak tiri sendiri tidak ditegur kerana buat filem separa lucah, bapa jenis apa nak dikategorikan Najib ini?
Dalam menongkah arus yang deras, sepatutnya mengucapkan bait bait kata yang elok dan sopan serta teladan yang baik ditunjukkan .
Sepatutnya diungkap yang baik dan contohan yang mulia yang selari dengan jawatan yang disandang serta agama yang dianuti diterjemahkan dalam perlakuan,.Ini tidak..Sifat mungkar juga yang tonjolkan.
Untuk menjadikan diri sendiri sebagai cerminan untuk orang tidak sebagai contoh amat sekali .
Ini tidak, perangai dan mulut pemimpin politik bukan Islam pula yang terlebih manis dan sopan kalau dibandingkan dengan "dua ekor mangkok hayun" ini.
Islam jenis apa yang disemai olih mak bapak dia orang ni???
Benarlah sabda Nabi, kalau seseorang itu "perut" nya telah diisikan dengan hasil hasil yang haram, maka, hasil yang keluar dan hasil yang ditanam dan hasil yang dituaipun tetap haram status nya.
Kalau Mahathir berani bersumpah atas nama Allah SWT yang mengaku beliau tidak terlibat dalam isu pemecatan Hakim, adakah Najib juga berani bersumpah untuk mengaku bahawa RM2.6.billion adalah dari Raja Arab dan begitu juga dengan Hj Hadi , berani ke beliau bersumpah atas nama Tuhan yang amanat nya tidak mengkafir orang yang tidak sealiran dengan pegangan nya?
Nak tengok juga sejauhmana mereka sanggup berdolak dalik demi politik dan kuasa masing masing.
Cahaya Al Majid.
Adalah lebih baik kita ni nampak jahil dan taraf imam pasang surut tetapi mempunyai hati jiwa dan roh yang biasa-biasa dan sedar diri daripada Mengakui Diri dan Bertrampilan Lebai tapi bertingkah laku lebih dari JEMBALANG, MALAUN, BUSUK HATI, KAKI KAPOR DAN PENYAMUN TARBUS. Orang-orang sebegini Azab Kubur mereka lebih menakutkan.
ReplyDelete