Bismillahirrahmanirrahim.
RAKYAT YANG MUFLIS!!!.
Dalam program bersama Aznil, Najib mengatakan bahawa negara tidak akan bengkrap.
Kalau ikut cakap Najib , semuanya OK. Tak da satu pun yang tak ok. Semuanya ok.
Tak kan Najib nak mengaku bahawa ekonomi negara ini berada diparas paras hidung je, takut nanti "terlingkup'lah pulak UMNO dan BN, tambah tambah lagi tempoh matang PRU 13 pun dah dipenghujung jalan.
Kalau ikutkan statistik yang dikeluarkan memanglah semuanya cantik tetapi pada hakikatnya adakah kemeriahan ekonomi yang dikata meningkat olih Najib itu dinikmati olih rakyat jelata?
Kalau ekonomi elok bagai didakwa, kenapa ramai rakyat marhean mengeluh dengan kenaikkan kos sara hidup ,harga barang meningkat serta gaji berada pada takuk lama?
Kenapa rakyat pulak dibebankan dengan berbagai bagai kos ataupun cukai, itupun kalau benar lah ekonomi kita berada di landasan betul LA! Kata, nak membela rakyat?
Walau apapun yang hendak "gelembong' oleh Najib dan Kerajaannya, takrifan sebenar tentang "meningkat" atau "terjejas" nya ekonomi negara, sepatutnya tanda aras nya adalah "kesejahteraan ekonomi rakyat'.
Tetapi kalau setakat mengukur " peningkatan ekonomi negara" berlandaskan dari berapa banyaknya GST yang telah berjaya di"cilok" dari poket rakyat, itu bukannya "peningkatan ekonomi" namanya, tetapi istilah itu adalah" perompakan disiang hari'.
Kalau benarlah ekonomi negara berkembang seperti yang diwar-warkan Najib, tak kan sampai 7 juta warganegara bergantung hidup pada BRIM?
Kalau benarlah ekonomi negara kita meningkat tetapi kenapa lebih banyak peruntukan untuk Kementerian dan jabatan jabatan kerajaan dipotong?
Ubatan hospital tak cukup, kemudahan sekolah tak cukup, projek kerajaan terbengkalai kerana tak dibayar dan macam macam lagi. kenapa?
Adakah ini tanda aras bahawa ekonomi negara berkembang?
Penutupan perusahan multinational dinegara ini, adakah itu tanda ekonomi meningkat?
Hutang demi hutang diterbitkan melalui "sukuk" samada olih Kerajaan mahupun GLC Kerajaan, adakah dengan berhutang menandakan ekonomi kita mencanak?
Apa yang terserlah dan yang cuba diselindungkan adalah " kemeruduman" dan bukan " peningkatan '.
Apa yang pasti dan nyata, bukan negara yang akan bengkrap tetapi rakyat negara ini yang akan muflis dan bengkrap angkara Najib.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment