Tuesday, 2 January 2018

THE PROMISED LAND: MAHATHIR YANG MELAKAR SEJARAH.

Bismillahirrahmanirrahim.

SUBAHAT YANG NYATA

Dr Mahathir adalah sasarannya.

Berbagai cubaan telah dilakukan olih UMNO Najib dan PAS Hadi untuk menjatuhkan Dr Mahathir .

Kedua dua entiti ini merupakan Presiden kepada parti masing masing tetapi apa yang ketara Najib adalah ketua parti Pemerintah manakala Hj Hadi adalah dari blok pembangkang yang "mengasingkan' diri dari kelompok pembangkang.
Itu yang saya katakan " hidupan dua alam"

Kalau UMNO Najib telah mengorek kes Forex yang telah 30 tahun berlalu tetapi dicuba nya juga untuk mengaitkan batang tubuh Mahathir. Namun apabila Nor Yaakob mengambil  sepenuhnya kebertanggungjawapan diatas isu tersebut maka " andaian" dijadi ukuran untuk mengenakan Mahathir.

Tidak ketinggalan juga buat  PAS Haji , kisah Memali juga yang telah berlaku 30 tahun dahulu tetapi masih tetap mahu meletakkan kesalahan dibahu Mahathir.

Namun untuk mengaku bahawa peristiwa itu berpunca dari amanat dia sendiri,amat jauh sekali.

Nampaknya isu isu yang dibawa samaada olih Najib mahupun Hj Hadi sedikit pun tidak mengusarkan Mahathir malahan kini Mahathir dilihat semakin " garang" mengatur langkah.

Sebenarnya Mahathir tak heranpun nak berpolitik lagi tetapi disebabkan sistem dalam negara telah ditunggang langgangkan olih Najib dan kabinetnya yang mana implikasi nya terbeban kepada rakyat maka "memperbetulkan" keadaan adalah satu kewajipan baginya.

Kerana dia yang menaikkan Najib jadi terpaksalah beliau "bertanggung jawap" sepenuhnya untuk membuang atau membersihkan "kekotoran" yang diulit olih Najib.

Segala bala dan skandal yang sedang berlaku diera Najib kini sebenarnya berada pada skala "amat dahsyat" dan amat berbahaya pada negara sekali.

Keberhutangan negara berada pada tahap maksima.
Hutang ditutup dengan hutang.
Kebergantungan kepada China juga pada sekala membimbangkan.
Projek berskala Mega "terpaksa" diberi kepada China.

Yang itu satu hal, semenjak Najib berkuasa, GST dikenakan terhadap setiap warga marhean. Semua subsidi pula telah dimansuhkan.  Alasan yang diberikan adalah kejatuhan harga minyak global.

Olih sebab Dr Mahathir melihat bahawa kehidupan rakyat tertekan kerana dasar dasar Kerajaan UMNO Najib ditambah pula dengan kehilangan dana berbillion dollar US dalam 1MDB yang didakwa "disalur" keakaun peribadi Najib serta Jho Low Dan anak tiri Najib maka "menyahkan" Najib ditampuk kuasa adalah keperluan.

Tetapi yang samdol nya Hj Hadi pula, beliau sedikit pun tidak mempertikaikan salah laku dan penyelewengan yang berleluasa ini.
Samada skandal 1MDB mahupun keberhutangan melalui terbitan Bond melalui Goldman Sach yang dikenakan caj yang beratus juta USD juga tidak dihiraukan.
Olih itu dimana suara PAS dalam "menjaga" kemaslahatan negara dan duit rakyat?

Malahan tiada kata kata "keras" dilontarkan kepada Najib mahupun UMNO mahupun Barisan Nasional.

Jadi apa yang ketara dimata rakyat, PAS hanyalah "tempelan" yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat mahupun negara.

Kini terbukti nyata bahawa apa yang UMNO Najib dan PAS Hadi mahu hanyalah "menjatuhkan" Dr Mahathir, kerana, bagi mereka, selagi Mahathir bernafas maka, ajenda duniawi mereka bakal tergugat.

Dengan harapan semoga  Najib dan Hj Hadi dapat "memerangkap" Mahathir, tahu tahu diri mereka sendiri yang terperangkap dalam "jerangkap mereka sendiri".

Cahaya Al Majid.



1 comment:

  1. Even if you drive a nail into the PAS's head trying to create a hollow-through so as to feed the FACTS and REALITY of these thievings and abuses that is going on with the current administration, the end result would be just as the same. Why?

    TGNA had at one time made a DOA, right? For the demise of UMNO and its hierarchy! YES?

    AMANAT Hadi has already been cast in stone, so its there for eternity that should that clown Hadi cut his own tongue will still not dissolve the hypocracy behind the statements and it is already justified how ridiculous Hadi is as of now! ISLAM PAS? They are just milking the full advantage of riding ISLAM as the vehicle for their ulterior motives, period!

    Good write up Bro CAM.

    ReplyDelete