Friday, 10 May 2013

PERSOALAN KEPERCAYAAN : DIANTARA KEUTAMAAN AL QURAN DAN KEPERLUAN 'AL HADITH'

DIANTARA KEPERCAYAAN, KEYAKINAN DAN AMALAN.  SIAPA KAU SIAPA AKU. ADAKAH KITA SERUPA??
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

SalamunAlaykum

Diibawah ini saya copy paste berhubung satu post yang dihantar kehalaman saya berhubung tajuk 

                                     Isu Bani Tamin: Dimana Kebenarannya.

Terdapat seseorang yang tidak mengenalkan dirinya dan  hanya  dikenali sebagai :- Anonymous tulisan yang dihantar pada 10hb May 2013. Persoalan atau pandangan beliau adalah seperti dibawah :-


Adakah anda bermaksud bahawa hadith2 adalah penipu dan tidak benar sama sekali? Ianya menunjukkan bahawa anda masih belum habis mengaji kerana orang yg cukup ilmu itu tidak sama sekali menolak hadith. Apatah lagi belum habis mengkaji hadis Rasulullah saw, sudah membaca kitab2 Allah yang lain. Cetek sungguh pemahaman anda

Jawapan saya :-

SalamunAlaykum

Pertanyaan Anonymous :-
i. Adakah anda bermaksud bahawa hadith2 adalah penipu dan tidak benar sama sekali? 


Al Hadith tidak bolih dijadikan sandaran untuk berhujah. Pertikaian kesahihan 'kata-kata' yang diucapkan serta didakwa  dibuat olih Rassulullah yang diingin untuk diyakini kebenaranya terdapat banyak 'kekhilafan' yang diolah perawi-perawi.  Samaada apa yang disampaikan olih perawi-perawi itu benar-benar keikhlasan atau sekadar untuk mempengaruhi 'minda' atau 'memesongkan' umat Islam hanya kepada Allah SWT saja kita berserah  untuk menjadi Hakimnya. Umat Islam tidak 'disuruh' beriman dengan 'ungkapan' yang didakwa  dan yang bukan bersifat ' Ayat-Ayat Allah atau Firman Allah" yang terkandung  didaam Al Quran yang umat Islam imani. Yang dipinta atau yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad adalah menghendaki semua manusia yang melata dibumi Allah SWT ini untuk beriman dengan Al Quran dan Sunnah dan tidak lebih dari itu. Perlu difahami hanya selepas kewafatan Baginda Rasulluah 'kata-kata Baginda" ini dikumpulkan untuk dijadikan 'bahan rujukan' olih para sahabat serta pengikut Rasululah tidak terkecuali  ' musuh' Rasullulah dan musuh Islam. Olih itu sehingga kini terdapat ratusan ribu kata-kata yang didakwa diucapkan olih Baginda tanpa dapat dibuktikan kesahihannya. Kini terdapat 'hadith sahih' , tidak sahih' dan lemah. Untuk tidak memudaratkan keyakinan diri serta 'takut' dijatuhkan 'kesalahan ' "fitnah" terhadap junjungan Nabi Muhammad maka saya berketetapan hanya menurut seperti apa yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu 'beriman dengan Al Quran serta mengikut Sunnah' seperti yang diwajibkan.

ii. Ianya menunjukkan bahawa anda masih belum habis mengaji kerana orang yg cukup ilmu itu tidak sama sekali menolak hadith. Apatah lagi belum habis mengkaji hadis Rasulullah saw, sudah membaca kitab2 Allah yang lain. Cetek sungguh pemahaman anda

Perlu diingat, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu mengaji tidak akan "habis". Tiada siapa dimukabumi ini waima, yang bertaraf wali mahupun ulama' akan akan habis mengaji. Mengaji bukan setakat membaca Al Quran 30 Juzuk  tetapi ianya meliputi 'tulisan' Allah SWT yang tertulis diserata alam maya  yang tuan lihat , samaada dibumi mahupun dilangit yang nyata dan yang tersembunyi, yang zahir dan yang bathin , yang berhuruf dan yang bertitik  . Mungkin tuan 'mengaji Al Quran"  atau membaca  ' Hadith" saja  
.
 Hadith ataupun  'ungkapan' baginda Rasullulah s.a.w itu sebenarnya bersifat ' untuk' waktu itu saja tetapi Al Quran  adalah untuk selamanya hingga hari  kiamat untuk umat  Islam selepas  Rasullulah iaitu umat Islam kini  dan manusia keseluruhanya , sementara  Kitab-Kitab Allah yang lain sebelum Al Quran perlu dibaca dan dikaji untuk pedoman dan wajib diimani bagi menyiapkan diri untuk 'mentarbiah' orang yang belum mengambil Allah SWT sebagai Tuhannya dan Islam sebagai ikutannya dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir.

Cetek atau dalamnya  ilmu seseorang itu tidak ada kayu pengukurnya. Hanya Allah SWT saja yang mengetahui. Ilmu bukan sekadar mengaji atau membaca tetapi sifatnya lebih kepada 'mengamalkan'nya untuk membuktikan 'kesahihan' dan bukan sekadar  ikut-ikutan semata-mata.

Adakah sama tarafnya 'mengamalkan Firman Allah dan ayat  Al Quran' dengan  kata ucapan didalam ' Al Hadith?
Perlu diingat : Firman Allah tertegak dengan sendiri tanpa disandarkan kepada apa-apa yang melata dilangit dan juga dibumi tetapi "Al Hadith '" ditegakan ' kerana adanya 'ayat'ayat" Allah SWT.

Nota :-

Melalui tulisan yang tuan papar dan ajukan, saya menjangkakan tuan telah 'khatam' sepenuhnya Al Hadith Rasullulah ini. Alhamdullilah, keberkatan juga dipohonkan untuk tuan.

Pertanyaan saya :- Dengan 'khatam'nya Al Hadith yang tuan pelajari, sudah berapa ramaikah orang bukan Islam yang telah tuan berjaya yakini  dan pujuk hatinya untuk menyertai dan meyakini kepercayaan tuan iaitu  agama Islam , dan berapa ramai pula diantaranya yang sanggup menerima agama Islam sebagai anutannya, menerima Allah SWT sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasulnya dan meninggalkan agama lamanya?

Selagi manusia yang melata dibumi ini masih lagi meng' aku' kan diri  dengan nama yang dinamakan serta berbinkan atau berbintikan manusia, selagi itu 'sifat manusia' akan sentiasa 'riak' . Selagi manusia belum  lagi menerima ketentuan akan ' dirinya" adalah 'hamba' kepada Allah serta  patuh kepada Tuannya  yang sanggup melakukan segala apa  yang disuruh secara 'ikhlas; tanpa menuntut 'ganjaran' selagi itulah manusia akan dikenali sebagai  manusia 'mengingkari' perintah Tuannya dan menzalimi diri sendiiri."

Sekiranya ilmu ini masih lagi belum 'bertapak padu' didalam hati, bukan  setakat Hadith tapi keseluruhan perjalanan sebagai manusia adalah menjadi  sia-sia.

                                                   
                                           Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. saya teringat kisah pengarang buku "Hadis satu penilaian semula" Kassim Ahmad ketika disoal jawab

    yang menarik perhatian saya dari kata2 Kassim Ahmad
    " saya menolak hadis sudah dijatuhkan hukum sesat tapi bagaimana pula mereka yg menolak undang2 atau hukum dari Al Quran"

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. 1. Al Hadith tidak bolih dijadikan sandaran untuk berhujah.

    2. Hadith ataupun  'ungkapan' baginda Rasullulah s.a.w itu sebenarnya bersifat ' untuk' waktu itu



    apa maksud tulisan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah maksudnya utk mentafsirkan isi Al Quran kena ikut hujjah aqal semata2 atau Al quran perlu disesuaikan dgn zaman macam unsur liberalisme pun ada

      Delete