Friday, 28 December 2012

TERPAHAT BERHALA DIHATI. KENAPA HATI BERBEZA DENGAN AKAL ; APAKAH ISTEMEWANYA HATI?.

INI ADALAH JANTUNG MANUSIA YANG DIPANGGIL " HEART".@JANTUNG.


Surah AlHadid. Ayat 003.
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Diantara surah surah yang menyebut tentang' hati".

Surah AtTaghabun. Ayat 004.
Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
Surah Faatir. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Surah AlQasas. Ayat 069.
Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.
Surah Hud. Ayat 005.
Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Surah AlInsyiqaaq. Ayat 023.
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Surah AnNahl. Ayat 022.
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: Hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
Surah AlMaa’idah. Ayat 007.
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Surah AlMulk. Ayat 013.
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Surah AlHujurat. Ayat 014.

Orang-orang " Aaraab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah AsySyuraa. Ayat 024.
(Orang-orang kafir tidak mengakui keRasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: Dia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa jika Dia menghendaki menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Dia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Dia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


INI ADALAH HATI MANUSIA.YANG DIPANGGIL 'LIVER' DIDALAM BAHASA INGGERIS.
Manusia yang waras  hanya  berpaksikan kepada ' hati' dan 'akal ' untuk kehidupan. Tetapi manusia telah mula membina tembok yang tebal didalam hatinya, terutama 'berhala keduniaan' iaitu harta, kekayaan, kekuasaan yang berpaksikan kepada nafsu . Apabila elemen ini telah menguasai menusia maka pertimbangan akal fikiran memainkan peranan penting didalam perjalanan kehidupan. Memileh kebaikan atau keburukan adalah didalam pertimbangan 'akal fikiran' tetapi 'hati' selalunya 'beralah' memberi laluan kepada 'akal' untuk mendahului perbuatan. Setiap perbuatan manusia tercetus dari 'hati' tetapi apabila ' akal' memainkan peranan utama maka segala kuasa 'veto' terletak dipenguasaannya. Tinggallah 'hati' tanpa mendapat 'kelebihan'.

Orang Melayu melalui pepatahnya ," Ikut Hati Mati" dan 'ikut nafsu lesu"  Didalam perumpamaan ini Melayu terkhilaf dengan perbuatan 'kata sedap mulut'ini. Sebenarnya 'hati' merupakan penghulu kepada seluruh 'jentera' yang berjalan ditubuh manusia. Disini  Melayu gagal mengenal "hati", seperti yang diajar didalam Al Quran. Hati itu adalah 'kebenaran' sekiranya ' diisi' dengan 'kebaikan' tetapi apabila ' fikiran' telah mendahulukan ' hati', maka pertimbangan manusia manjadi tidak 'adil', . Harus difahami, sekiranya ; hati' ini dipelihara sebaiknya, segala perjalanan darah, denyutan, angin serta pasang surutnya suhu 'kehangatan' manusia akan terjaga dengan sendirinya. Tetapi apabila ' akal' fikiran' mendahului 'hati' maka segala kekeliruan dan ketidak seimbangan tubuh badan , maka keadaan seseorang manusia sering tercetus ' gelombang; yang tidak stabil, begitulah hakikatnya apabila ' akal' fikiran' tidak dipandukan dengan ' kebersihan 'hati'.

Hati tidak pernah menjuruskan manusia untuk membuat kerosakan, tetapi ' akal fikiran bercampur nafsu' yang membuatkan manusia membelakang  'Tuhan' .Disini manusia telah 'menjadikan ' hati'nya sebagai sebuah "berhala" yang tidak 'berfungsi'. Tahukah kita apakah fungsi 'berhala' . ' "Menjadi fokus kepada gambaran tuhan", seperti ' agama buddha', agama hindu. serta 'Kristian'.Mereka meminta kepada berhala tetapi tidak pernah menghormati "berhala" atau ' gambaran tuhan" itu, tetapi sebaliknya 'mendahulukan' akal dan nafsu. Begitu jugalah dengan manusia yang mempunyai' hati' ini, selalu mendahulukan ' akal' dari ' hati'kenapa??
Zaman melennium ini kita selalu mengucapkan ' hati mahu baik beb" tetapi adakah kita benar-benar menjadikan 'hati' ini baik seperti sepatutnya?

Pada pusingan muktahir ini, kita lihat berapa ramai ' alim' ulama' , padri, sami-sami serta pendokong agama sudah melupakan hakikat'hati' , kebanyakan mereka ' telah mati' hati'nya, yang ada cuma ' permainan akal fikiran' untuk tujuan 'menguasai' fikiran-fikiran' mereka yang ' terumbang ambing' didalam mencari hakikat' diri' sebenar 'diri". Para-para ilmuan agama ini 'kebanyakanya ' telah' menjadi ' berhala' yang berpaksikan kepada ; akal' dan nafsu dan bukan mengikut 'hati' tempat bersemayamnya " Tuhan sebenar Tuhan" yang tidak menyerupai sesuatupun yang terlintas difikiran serta 'hati'. Itulah yang gagal dicari dan digali. Disebabkan kegagalan ini maka ' pemuka-pemuka' agama serta cerdik pandai 'akal' memainkan peranan untuk mempengaruhi 'kelompongan' atau ' kekosongan' ini. Itulah manusia ketika ini.

Tanya diri kita, berapa kali kita.. berdiskusi dengan 'hati' kita? Kenalkah kita akan 'hati' kita? Sejauh mana 'hati' kita merasai ' kerinduan' terhadap Tuhan sebenar Tuhan"? Sedalam mana "lorongan-lorongan " yang  kita tempuhi"? Bila kali terakhir kita pujuk 'hati' kita? Paling akhir sekeras mana dan selembut mana 'hati" kita?
Hanya anda sendiri yang boleh menjawapnya.
"Jangan ditinggalkan hati" :
Biar Patah Hati  asalkan jangan  Hati Patah"    .

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid.                                  

1 comment:

  1. Akal proses baik buruk sesuatu perkara
    Hati membuat keputusan

    Hasilnya terlihat pada jasad yang melaksana

    Akal, Qalbu, Jasad - membentuk manusia

    ReplyDelete