Thursday, 4 January 2018

THE PROMISED LAND: SIAPA BUAT DOSA ? MAHATHIR ATAU HJ HADI?

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPA PENGKHIANAT
SIAPA KHIANAT

Hj Hadi kata dia memaafkan Mahathir.

Mungkin kerana Dr Mahathir menuduh Hj Hadi sebagai "pengkhianat",maka, " kemaafan" diberikan kepada Mahathir olih Hj Hadi.

Nak kata Mahathir berdosa kepada Hj Hadi hanya kerana pelabelan beliau terhadap Hj Hadi sebagai 'pengkhianat", rasa rasanya, itu sekadar ungkapan tetapi tak tahulah kalau Hj Hadi mengambilnya sebagai sesuatu yang serius atau sememangnya Hj Hadi sebenar benarnya seorang "pengkhianat".
Hanya Hj Hadi yang tahu dimana kedudukan timbangan beliau .

Dosa dan pahala adalah hak Allah SWT.

Tetapi sedarkah Hj Hadi bahawa "amanat" beliau yang  disemai dalam kepala hotak pengikut PAS 30 tahun dahulu merupakan satu pengkhianatan terhadap  Allah SWT.
Sedar kah beliau?

Olih itu tidak wajarkah Mahathir mengatakan bahawa Hj Hadi seorang pengkhianat?

Buka saja pengkhinatan kepada Allah SWT dan Rasulnya malahan kepada seluruh orang Melayu yang tidak sealiran dengan pegangan beliau adalah musuh Islam, menurut takrifan Hj Hadi.

Tidakkah ini satu pengkhianatan yang lebih besar berbanding pengkhianatan Mahathir terhadap Melayu UMNO?

Jangan disorot kesalahan orang lain.

Cermin diri.

Kalau nak bandingkan pencapaian diantara Dr Mahathir dan Hj Hadi, ibarat langit dan bumi jaraknya.

Kalau nak diukur pada skala "kelompok umat Islam" , jasa Mahathir lebih agung berbanding Hj Hadi.

Tak usah sorot banyaklah..Perang Balkan atau penghapusan etnik Islam Bosnia olih tentera Serbia pun cukup lah..

Apa sumbangan Hj Hadi pada dunia Islam?

Didalam negara apa yang paling ketara akan sumbangan terbesar Hj Hadi adalah memecah belahkan orang Melayu Islam dengan amanatnya.

Dan yang paling meninggalkan kesan dan yang amat suka disodok sodok olih ahli PAS sampai.kini..atau mungkin sampai kiamat adalah "Trajedi Memali" atau " kematian Ibrahim Libya".

Namun untuk memohon maaf diatas keterlanjuran amanat beliau yang menyebabkan terpecah nya masyarakat Melayu Islam kerana fahaman agama yang berbeza bawaan Hj Hadi dan PAS yang mengakibatkan "sembahyang dua imam", "sembelihan orang UMNO haram dimakan", dan bermacam macam lagi.. bala..

Namun pernahkah PAS mahupun Hj.Hadi sebagai Presiden nya memohon kemaafkan diatas kesilapan dan keterlanjuran mereka??

Cukuplah..malas nak ungkit banyak banyak pasal Hj.Hadi dan PAS ni..

Lagi pun parti mereka tak kemana pun,.
Semua setakat duniawi saja..Tak lebih dari itu..
Buatlah apa nak buat...tetapi..
Hj Hadi kena ingat bahawa Allah SWT dah datangkan berbagai penyakit dalam badan
takut takut nanti tak sempat bayar pulak .

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment