Thursday, 18 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BAHAGIAN II:-PETUNJUK ALLAH SWT:

                                                                   SAMBUNGAN
WALAUPUN KEDUDUKAN LANGKAWI DAN SWITZERLAND  BERIBU KILOMETER JAUHNYA DAN DIPISAHKAN DENGAN BEBERAPA  LAUTAN LUAS  NAMUN SEMUA ITU MUDAH BAGI ALLAH SWT . TIADA SIAPA BOLEH MENGHALANG PETUNJUK DARI ALLAH.
SAMBUNGAN : BAHAGIAN DUA
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

 "Sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah benar dan sesungguhnya Allah SWT sebagai saksi diantara kami".

Isteri aku sudah hampir 4 bulan menyanyi disana. Pada mulanya beliau hanya menggantikan seorang penyanyi yang kebetulan ketika itu sedang hamil, disebabkan penyanyi tersebut keguguran maka tempat itu digantikan dengan isteri aku. Di Burau Bay Resorts, isteri aku bergandingan dengan salah,  seorang penyanyi perempuan asal kumpulan itu, nama beliau Alice dan berasal dari Serawak dan sudah berkahwin dengan seorang DJ Radio, nama beliau Peter Carlos berbangsa Serani, yang bertugas di Stesyen Radio Langkawi. Walaupun aku selalu menghantar isteri aku ke sana namun tidak sekali aku pernah bertemu dengan suaminya, Peter Carlos. Kabarnya mereka mempunyai seorang cahayamata perempuan berusia 2 tahun.Mengikut kata Alice, suami beliau ada berura ura untuk menganut Islam tetapi tidak pasti adakah ianya benar atau pun tidak. Mereka sebenarnya berugama Kristian aliran Katholik, sama dengan  pegangan Simon, John dan Andrew. Setelah sebulan isteri aku menyanyi disana baru lah aku berkesempatan dapat berjumpa  dan berkenalan dengan Peter. Peter pada mula agak segan segan namun setelah selalu berjumpa maka kami menjadi rapat dan selalu berhubungan dan beliau memanggil aku “abang Izan”, begitu juga dengan Alice. Sebelum ini Peter selalu menjemput isterinya  pada setiap malam, tetapi, apabila aku selalu menjemput isteri aku pada setiap malam, maka aku nasihatkan kepada Alice dan Peter,bahawa beliau  tidak perlu lagi menjemput Alice  kerana aku  sudi untuk  menumpangkan Alice dan menghantarnya pulang pada setiap hari selepas kerja demi memudahkan Peter. Kami bersimpati dengan Peter kerana beliau perlu berkerja pada sebelah pagi seawal jam 7.00 pagi, oleh itu beliau bolih  menjaga anaknya yang masih kecil .
Sekali-sekala  sekiranya ada kesempatan yang terluang Peter akan  datang berjumpa dengan aku dan bersembang. Beliau amat hormat pada aku, kerana aku merupakan seorang yang amat mudah berkawan dan mudah didekati .Ditambah  pula beliau sudah pun mengenali Simon dan anak anaknya melalui aku. Memandangkan mereka ini beragama Kristian maka persahabatan itu menjadi mudah bagi mereka kerana mempunyai kepercayaan dan anutan yang sama.Walaupun aku berlainan pegangan dengan mereka namun pengetahuan aku tentang ugama mereka tidak dapat mereka sangkal dan kefahaman aku terhadap ugama mereka juga agak dalam . Sewaktu bertemu kami selalu membincangkan hal hal keagamaan masing masing tetapi mereka tertarik dengan penjelasan aku berhubung agama Islam dan juga agama Kristian.
Permergian Simon ke Switzerland juga diketahui oleh Peter dan  beliau juga berjanji dengan Simon akan memerhatikan kedua duanya, John dan Andrew. Pada hari keberangkatan  aku, Hj Kamaruddin, Peter berserta John dan Andrew turut serta ke lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada Simon.
Sepeninggalan Simon keluar negara hampir setiap hari aku menemui John dan Andrew di parkarangan sekolah selepas  waktu persekolahan. Keadaan mereka baik dan aku dapati mereka agak seronok kerana tinggal di hotel, dan mereka berdua mengatakan semuanya baik dan hal ehwal mereka dipantau sepenuhnya oleh Uncle Kamaruddin, panggilan mereka terhadap Hj Kamaruddin dan mereka memaklumkan bahawa sekali sekala bapa mereka  akan membuat pangilan bertanyakan khabar, hampir setiap malam. Hampir enam hari Simon pergi dan setiap hari beliau akan menalipon aku bertanyakan kabar dan keadaan anak anaknya di sini.                                        
PEMANDANGAN DI ZURICH, 'ALLAH BERKUASA DIATAS SEGALA SESUATU"
Pada keesokkan harinya, ketika aku berada di Boardwalk Awana, sedang ashik bersembang dengan Hj Kamaruddin dan Peter, sambil minum petang dan menikmati udara nyaman  segar laut, aku menerima pangilan, tetapi dipapan paparan talipon itu tertera” private number”. Selalunya hanya mereka yang ingin melindungi panggilan daripada dikesan nombornya saja dan mungkin juga orang tersebut  tidak mahu kita menyimpan nombor talian mereka saja yang membuat panggilan begini.Walaubagaimanapun panggilan itu aku jawap juga. “Assalammualaikum” kata aku. “ Sorry Izan, its me ,Simon, how are you”, rupa rupanya Simon yang membuat pangilan jarak jauh menggunakan talian mudah alih, ,”Alhamdullilah, i’m fine Simon, how about you?”, aku bertanya lagi.”Well its great here, and i’m fine”, “ how is everybody there,?”’ Good” kata aku lagi.” “Izan, i need your prayer regarding this matter?’, kata beliau lagi.” Prayer?”, tanya aku. “Simon, please stop looking at the women back side, its bad”,kata aku, “Oh God, sorry Izan, but how do you know that i’m looking at the women!” dengan perasaan terperanjat dia bertanya.” Now you are sitting on the bench facing the road, right?”,” I’ll wonder, how you know that i’m sitting on the bench facing the road” tanya Simon kehairanan”.”Sorry Simon, i know everything what’s  going on there”.Hj Kamaruddin , Peter, Andrew serta John kehairanan ketika aku mengatakan begitu kepada Simon.” Well  Izan, i just want you to pray for my success in this deal” , “Inshaallah, Simon, i ‘ll always pray for your success “,i’ii always do”.
 “Izan, there is somebody wants to speak to you, his name is Ken Pedler” kata Simon”.He is my client, and he came here with his wife, Linda”, He is a scientist by profession and was nominated as a Noble Award candidate from New Zealand, and his discovery in science is unbelieveable and awesome. They are a very nice couples and they are my sponsors here in Switzerland. He wants to ask you something”.kata Simon dengan panjang lebar menerangkan laterbelakang klient beliau . “Ok, no problem, put him on” kata aku.Tiba tiba aku terdengar suara garau ditalian,”Hello, my name is Ken, Ken Pedler, i’m Simon friend”,how are you”, ’I’m good, how about you”, kata aku. “Fine”, jawapnya ringkas.” I hear a lot about you from Simon and its very interesting to hear you voice”kata dia lagi.” Oh yea”, jawap aku lagi. “ Well, i want to ask your opinion, what is the percentage of our success in this dealing” tanya beliau terus terang kepada aku. “Not much, but tomorrow you will meet a man by name of Heinz, he’s 6 foot three “kata aku lagi, dan selebihnya aku terangkan kepada beliau bagaimana rupa dan bentuk badan serta rambut lelaki yang akan ditemui pada keesokkan harinya. “ Well, thank you very much and nice talking to you, bye” jawapan yang aku terima daripada Ken Pedler dan tiba tiba aku terdengar suara Simon,”Hei, izan, i heard you describe something to Ken, what its is?’Simon bertanya. Aku pun menerangkan pula kepada Simon berhubung lelaki yang akan beliau temui esok di perjumpaan itu. Simon mengucapkan ribuan terimakasih dan beliau memohon maaf terhadap keterlanjuran perbuatan beliau merenung punggung wanita tadi.Lalu aku katakan kepada Simon sekiranya ada apa apa “problem” sila hubungi aku. Talian pun diputuskan.
Selepas lama berbual panjang dengan Simon, maka perkabaran yang aku terima aku kongsikan bersama dengan Hj Kamaruddin dan Peter Carlos terutama berhubung Ken Pedler yang baru saja buat pertama kali berkenalan melalui talipon. Habis minum petang kami sama-sama beredar , aku terus ke Burau Bay Resorts and Peter terus balik ke Kuah dan pada waktu itu jam  menunjukkan  hampir jam 6.30 petang dan waktu  Asar yang berbaki lebihkurang setengah  jam itu aku gunakan untuk menyelesaikan tuntutan peribadi terhadap Yang Maha Esa.
                                                   

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid 

Renungan :-

 “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

 “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)


Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Hidayah adalah  petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon  petunjuk daripada Allah untuk menuju ke arah jalan yang benar.
Lebih-lebih lagi perjalanan hidup penuh  liku yang harus ditempuhi setiap insan dan ini menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam perjalanan . Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.

No comments:

Post a Comment