Wednesday, 17 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : PENGHIJRAHAN AKU DAN MEREKA BERMULA DILANGKAWI.

PERMULAAN MENUJU PENGAKHIRAN : PENGHIJRAHAN " PERCATURAN ALLAH SWT" APABILA DIRI DIBELI ALLAH SWT SEPENUHNYA. 
                                                         BAHAGIAN PERTAMA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

"Sesungguhnya apa yang aku tuliskan di sini adalah kebenaran dan sesungguhnya Allah SWT sebagai saksi diantara kami."


Kami tinggal di Tingkat 4, Apartment Lada, Jalan Batu Asah. Pemandangan sangat cantik dari rumah kami. Ruang tamu dan bilek tidur utama menghadap ke Pekan Kuah dan jeti feri Kuah,pemandangan  amat jelas dari rumah kami. Yang istemewanya apartment kami terletak diatas bukit dan kawasan  tersebut masih lagi dikelilingi hutan dan pada waktu malam, dingin malam masih terasa kesejukannya.Peralatan yang aku bawa dari Kuala Lumpur hanyalah televisyen berserta VCR player dan microwave selain dari pakaian kami, selebihnya., kami tinggalkan disana. Untuk seketika waktu aku membawa kereta kesayangan yang masih aku miliki iaitu Volkswagen Bettle yang telah aku ubahsuai dan keadaanya sangat baik dan cantik yang berwarna “magenta”, itulah satu satunya kereta yang masih aku miliki dan aku telah menghabiskan lebih kurang ringgit Malaysia dua puluh ribu untuk pemulihanya, itu pun aku lakukan sewaktu aku masih lagi “berduit”.
Itulah kenderaan yang aku gunakan untuk menghantar dan menjemput anak aku kesekolah. Kereta itu juga aku gunakan untuk menghantar isteri aku ketempat beliau menyanyi iaitu di Hotel Awana Porto Malai. Tetapi malangnya aku tidak mampu menyimpan lama kenderaan itu kerana ketiadaan mekanik yang pakar berhubung kereta antik tersebut di Langkawi.

Penghijrahan aku ke Langkawi ,telah aku maklumkan kepada rakan rakan di Kuala Lumpur terutama  yang berada di Shah Alam, Pak Lan dan rakan-rakan, Simon serta adik adik beliau Zainal dan Kishu berserta Hamzah dan Bobby.Perasaan suka duka, gembira dan sedih amat aku rasai namun ini bagi aku cuma bersifat sementara kerana keyakinan dan kepercayaan aku terhadap tuhanku ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Agung amat tinggi dan bagi aku ini merupakan satu ujian dariNya  yang inginkan aku berhijrah.Bagi diri aku, sesuatu yang terjadi pasti mempunyai sebabnya sendiri dan ALLAH SWT menentukannya. Aku hanya boleh berusaha tetapi ALLAH Yang Maha Berkuasa yang menentukan.Segala aktiviti aku yang aku usahakan di Kuala Lumpur terpaksa dihentikan termasuklah perniagaan yang aku jalankan di Ampang setelah perniagaan di Puchong diarahkan berhenti sempena Sukan Kommenwel, tambahan pula kesemua kelengkapan perniagaan  telah dicuri oleh manusia yang lebih memerlukan lebih daripada aku
Aku tidak kesal dan kecewa atas apa yang berlaku kepada kami, malah kami amat gembira, cuma kedua puteri aku agak terkejut kerana sewaktu di Kuala Lumpur mereka bersekolah di Bukit Bintang Girl School, dimana semuanya murid perempuan tetapi di Langkawi mereka terpaksa bercampur dengan lelaki, itu yang ditakuti oleh mereka.Di Langkawi aku tidak mempunyai apa apa perkerjaan cuma tugas aku hanya terhadap anak dan isteri, kesekolah dan ketempat isteri aku berkerja.Masa yang terluang aku gunakan untuk mentelaah dan mencari ilmu ALLAH SWT selain dari tuntutan agama. Sekali sekala aku akan berhubungan dengan rakan rakan di Kuala Lumpur.
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya rIbut  melanda dipertengahan hari, itulah perpatah yang aku gambarkan kepada sahabat aku Simon.Hampir dua bulan berlalu, aku sangkakan semua nya baik tetapi kemelutnya berulang lagi, tetapi kali ini lebih parah. Aku tanya kenapa jadi begini, Simon mengaku akan kesilapan dan kegagalan beliau didalam mentaati syarat yang dijanjikan tempoh hari. Dia gagal didalam menyiapkan atau menyudahkan perkara perlu yang diwajibkan keatas beliau yang telah ditetapkan. Simon memahami akan implikasi rentetan permohonannya itu. Aku tidak boleh berbuat apa-apa lagi, ruang dan peluang telah diberi tetapi dia gagal memenafaatkannya. Allah SWT saja yang mengetahui akan yang tersembunyi serta ALLAH SWT saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Simon dengan hati yang tenang serta kerelaan anak anaknya membuat ketetapan untuk berhijrah ke Langkawi untuk meredakan tekanan perasaan yang mungkin dia rasakan terhadap situasi yang tidak berkesudahan ini.Mungkin jodoh mereka telah sampai ke penghujung jalan kerana semua ini adalah ketentuan Dia jua, manusia hanya boleh merancang tetapi Yang Maha Berkuasa yang menentukan pengakhirannya.Jangan sekali kali menyesalinya dan mempertikaikannya. Manusia selalu beranggapan bahawa sesuatu yang diinginkan itu adalah terbaik baginya tetapi perancangan ALLAH SWT lebih baik sekiranya kamu mengerti.
Sekali lagi ALLAH SWT merapatkan Simon dan anak anaknya dengan aku. Pada firasatku mungkin Simon ingin menjauhkan dirinya dan anak anaknya daripada masaalah yang dihadapi serta mungkin ingin mencuba mendidik anaknya dengan cara yang terbaik daripada sebarang masaalah. Keadaan rumahtangganya memang tegang dan berantakan. Tiada daya dan upaya aku lagi untuk membantu Simon kecuali bermohon kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati dan perasaan mereka anak beranak dari menempuh dugaan yang besar ini.Hanya doa saja yang dapat kami pohonkan agar Simon dapat mengharungi situasi ini dan bermohon kepada Yang Maha Berkuasa agar dikuatkan semangat mereka bertiga.
Perjalanan kehidupan aku adalah seperti biasa, adakala kami berjumpa di kedai kopi selepas menghantar anak kesekolah, sesekali aku akan kerumah Simon melawat beliau dan anak anaknya dan kadang-kadang kami bertemu di Awana Porto Malai, berbual bual  dan bercerita dengan sahabat kami iaitu Hj Kamaruddin. Simon pernah aku pertemukan dengan Hj Kamaruddin sewaktu percutian beliau sewaktu bersama isterinya diperayaan Christmas yang  baru berlalu. Oleh itu persahabatan Hj Kamaruddin dengan Simon agak rapat juga pada ketika itu.
Berbulan  berlalu, perhubungan kami berjalan dengan baik. Aku dapati Simon sudah agak selesa dengan kehidupan di Langkawi tanpa isteri dan aku rasa beliau sudah dapat menerima keadaan dan ketentuan Tuhan dengan tenang. Pada suatu petang ketika menjemput anak anak disekolah, Simon memberitahu aku bahawa dia ingin berbincang sesuatu dengan aku. Aku cadangkan agar kami bertemu di kedai kopi biasa pada petang itu dan dia bersetuju dengan cadangan itu.Setelah selesai tugasan dirumah petang itu, aku pergi berjumpa  Simon ditempat yang dijanjikan. Simon seperti yang dinyatakan terdahulu, beliau merupakan seorang consultant perlaburan kewangan dan telah menjelajah kemerata Negara untuk berurusan hal hal perlaburan. “Izan, can you do me a favour?”, pinta  Simon. “What it’s is”,jawap aku pendek.” I need to start again my business”, katanya lagi. “That good, Simon, what can i do for you?”.” I going to Switzerland for a few days, may be a week or more”, but i need someone to look after my two boys”, i will put them in Awana , but, i need someone who can arranged their transportation for them to go to school and back to the Hotel”. “ No problem, i will ask Hj Kamaruddin to arranged the hotel transportation for the two boys to school’.”kata aku lagi. “Everything will be taken care off,you don;t have to worry about that,ok”.I ‘ll make sure your boys is safe, but for your information, my wife are no longer having a contract in Awana, she’s now singing at Burau Bay Resorts,so, i’ii only can see the boys  at the hotel after  i’ii send her”. “when are you leaving to Switzerland?”, kata aku. “Day after tomorrow, evening flight”jawap Simon. “ Have you arranged with Hj Kamaruddin”, tanya aku lagi. “Yes,”.  jawap Simon.”,Ok, you don’t have to worry about the boys, we will take care of them “, they are in a good hand”, just like our son’s, no problem” kata aku, . “Thank you, Izan”.Setelah hampir sejam bersembang aku memohon diri untuk balik kerana aku harus menghantar isteri aku ke Burau Bay Resorts.

                                           
                                                         
                                                                     BERSAMBUNG 

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Yang berkuasa melakukan segala yang
dikehendaki-Nya.”
(al-Buruj: 16)
HURAIAN
Allah SWT memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang menggambarkan keagungan dan kehebatan-Nya sebagai Pencipta Alam.
Allah bebas bertindak mengikut apa yang dikehendaki-Nya. Sifatsifat Allah SWT kekal buat selama-lamanya.
Allah SWT berkuasa melakukan sesuatu perkara mengikut
iradat-Nya walaupun tidak dipersetujui manusia. Umpamanya,
Allah SWT berkuasa membinasakan orang-orang yang melakukan
kezaliman semasa mereka berada di dunia lagi. Allah SWT juga
berkuasa menangguhkan balasan tersebut sehingga tiba hari kiamat.
Kekuasaan dan keagungan Allah SWT tidak boleh dicabar
oleh manusia.
Firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 yang
bermaksud:
AKIDAH
artikel-tafsir (akidah) 1 10/6/09, 1:46 PMKoleksi Artikel Tafsir Kalamullah
2
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia
menghendaki adanya sesuatu hanyalah Dia berfirman
kepada (hakikat) benda itu: ‘Jadilah engkau’, maka ia terus
menjadi.”
KESIMPULAN
Allah SWT bertindak secara bebas mengikut kehendak-Nya.
Manusia dikehendaki menerima segala tindakan tersebut dengan
dada terbuka sebagai ujian dan takdir daripada-Nya.

No comments:

Post a Comment