Sunday 21 December 2014

THEE PROMISED LAND : INSTITUSI MALAYSIA BAKAL HANCUR KERANA MERAKA GILA 'KUASA'

PEMIMPIN LUPA DIRI
MELAYU  JADI MANGSA
NEGARA PASTI HANCUR

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Sejak akhir-akhir ini Dr Mahathir amat kerap melontarkan kegusarannya terhadap nasib dan masa depan Melayu. Melalui tulisan-tulisan mahupun press statementnya 'tidak lekang' akan isu mengenai Melayu akan dibicarakan.

Bermula dengan perlantikan Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau  sehinggalah Najib yang menggantikan Pak Lah semuanya adalah  kesalahan  Dr Mahatir ( dari mata kita)  yang dilihat salah 'menghulur baton' kepimpinan dan kini semua  'amat tidak bertepatan' ataupun 'sehala' dengan kehendaknya.,

22 Tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia bukanlah satu jangka masa yang pendek bagi kiraan tetapi didalam jangkawaktu itu jugalah Dr Mahathir dengan tidak secara langsung mahupun secara sedar ataupun tidak,  kaum bukan Melayulah, terutama kaum Cinalah  yang paling banyak menerima menafaat dari pertumbuhan ekonomi yang dijanakan olih kepimpinan Dr Mahathir.

Berbillion-billion ringgit projek dibangunkan .Diantaranya Pusat Pentadbiran KerajaanPutrajaya, KLIA, Menara KLCC serta beberapa  projek 'penswastaan' dilakukan demi mencapai apa yang diilhamkan olih Dr Mahathir.

Antara sedar atau tidak, waktu itu tidak ramai usahawan Melayu ataupun  Bumiputra yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan sesuatu projek yang berskala mega namun projek ini tetap juga diberikan kepada konraktor Melayu atau  'kenalan rapat' tetapi pada akhiirnya 'projek' ini dijual atau "ditotalsub" kan kepada orang bukan Melayu. Dalam erti kata sebenar 'makan percent' saja dan keuntungan atas angin saja  yang dapat dimenafaat atau diraih olih kontraktor Melayu  , imbuhannya hanyalah setakat 5-8% saja,

Tetapi kebanyakkan yang mendapat 'keuntungan atas angin' ini kebanyakkanya 'dari' kelompok orang UMNO atau Barisan saja' Itulah yang berlaku. Selagi ada tanah selagi itulah bermacam-macam projek diproposed olih 'kelompok' ini yang dijuarai olih orang UMNO dan BN sendiri tetapi bukan Melayu yang bersikap 'sesumpah' atau didepan sokong BN dibelakang tetapi  'totok' Pembangkan tetapi  tetap juga berdrama.seolah-olah mereka ini penyokong BN, malahan kelompok ini juga banyak yang meraih keuntungan. Ini bukan salah mereka tetapi 'mereka pandai 'berkata-kata'., akhirnya Melayu juga yang dijadikan 'macai'.

Kerosakan 'mata hati' dan 'kerosakan jiwa untuk cepat menjadi  kaya' ini begitu cepat menular dikalangan orang UMNO ataupun BN. Mereka inilah yang menjadi 'macai' atau ' alibaba' kepada orang bukan Melayu. 15 tahun terakhir Dr Mahathir memerintah ramai orang Melayu menjadi 'jutawan segera' tetapi disebabkan kelompok' ini menjadi kaya kerana 'bukan kepandaian sebenar' maka 'jangkahayat' kekayaan ratusan juta yang dimiliki kebanyakkannya 'pupus' dengan segera.

Dan dizaman Dr Mahathir inilah nama besar seperti Ananda Krishan, Vincent Tan, Yeo Tong Lay dan beberapa nama Jutawan atau Billionair bukan Melayu mula  melonjak . Walaupun terdapat beberapa kerat Melayu yang bergelar jutawan seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli , Wan Azmi , Amin Shah serta beberapa kerat lagi, namun disebabkan 'kaya untuk diri sendiri',nama jutawan ini 'hilang beigtu bersama-sama 'konglomerat' yang mereka terajui.

Beberapa 'entiti' penting seperti dalam  sektor  Telekomunikasi , pada suatu ketika dulu  lesen ini dimiliki olih orang Melayu namun semuanya 'tergadai' kepada 'bukan Melayu'. Sebagai contoh sewaktu Binariang yang kini memiliki lesen telekomunikasi iaitu Maxis, Astro dan entiti yang lain, yang pada itu dibarisi olih ' kebanyakkan Ahli Lembaga Pengarah dari orang Melayu kecuali seorang berbangsa Cina dan ketika itu nama Ananda Krishna juga belum 'terbit' lagi, tetapi kini, Ananda Krisnan merupakan 'tauke' atau pemilik' utama rangkaian Telekomunikasi. Begitulah mudahnya 'lesen; yang dimiliki Melayu bertukar tangan, kenapa????????? Banyak lagi perkara begini berlaku namun pada akhirnya Melayu 'yang Melepas'.

Mungkin Dr Mahathir terlupa bahawa 'dasar' yang diilhamkan beliau dahulu ketika menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional telah 'merosakkan' orang Melayu sendiri  terutama dari segi 'pengembangan ekonomi orang Melayu'. Beliau harus sedar bahawa bukan semua orang  Melayu yang menerima menafaat dari penjanaan ekonomi Malaysia tetapi bukan melayulah yang paling banyak menerima 'imbuhan'nya kerana 'kekuatan ekonomi bangsa mereka  serta umpanan 'rasuah' yang diganjarkan kepada 'pembawa-pembawa' Projek'. Begitulah 'mudahnya' orang Melayu UMNO 'melelong' 'maruah dan diri' kepada bukan Melayu.dalam mengapai 'kekayaan' untuk diri sendiri.

Kini apa yang ditinggalkan olih Dr Mahathir disambung olih Pak Lah dan 'penyakit' itu juga menjangkit kepada Najib. Semuanya sudah tidak terubat lagi. Begitulah 'nasib'nya Melayu dinegara ini. UMNO itu tidak salah tetapi yang menjadi 'virus' adalah peninggalan virus  dari kepimpinan dahulu.

Kemungkinan dipenghujung hayat ini Dr Mahathir ingin meluahkan apa yang terkilan dihatinya. Walauun niatnya baik untuk orang Melayu tetapi apa yang dilegasikan olih beliau kepada Pak Lah dan juga kepada Najib telah 'merosakkan' keseluruhan sistem.

Sistem yang ditinggalkan ini tidak mungkin dapat diperbaiki malahan bertambah parah.Mungkin kerana merasakan kaum mereka ini menguasai ekonomi dan kaya raya, mereka mula merasa 'besar kepala' dan ego . Dengan kelancangan mulut  tingkah laku serta kebiadapan  kaum bukan Melayu terhadap orang Melayu maka kini perasaan 'meluap'  telah mula 'dipermukaan' hati  orang Melayu dan Islam dan ini sangat merbahaya.

Kelancangan mulut dan kata-kata Pemimpin Politik terurtama dari Pembangkang telah menghangatkan lagi  'suhu'  'atau 'panas hati' orang Melayu dinegara ini dan 'kemungkinan' meletusnya ' persengketaan' diantar kaum 'amat mudah' untuk berlaku.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung dan dibiarkan 'mengelegak', inshaallah, 2015 adalah 'tahun'nya.

                                      ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” 
(QS. Al Isra, 17 : 16)





2 comments:

  1. semasa menjadi pelakun kita dituntun. dengan itu tidaklah dapat kita tengok akan lakonan kita kerana terlalu fokus akan lakunan kita. setelah menjadi pelakun dan sekarang menjadi penuntun, maka barulah kita nampak akan kesumbangan lakunan si pelakun itu. tambahan lagi kiranya pelakun yang telah keluar dari pentas menjadi pengarah pulak. sudah tentunya dapat melihat akan kesumbangan pelakun yang diarah itu. lebih teruk lagi kiranya pelakun itu tidak dapat memenuhi citrasa pengarah dan menggunakan skrip sendiri serta mengikut selera penuntun dan tidak mempedulikan pengarah yang juga sebelumnya adalah pelakun yang berjaya.

    ReplyDelete
  2. Kita semua, tak terkecuali seluruh dunia, paling lambat 20 tahun kedepan atau mungkin lebih cepat, kita telah berada dlm zaman imam mahdi atau mungkin sezaman terutama yg berumur pjg atau anak anak muda dan remaja sekarang..hanya adakah kita berjuang bersamanya atau penentangnya, ingat sabda nabi muhammad saw, imam mahdi dilahirkan dr keluarga yg tdk diduga, tdk disangka sangka??????

    jgn kita mati sebagai penentangnya, kerana dr awal, ramai yg menolaknya, tdk percaya,,,, yg pasti ia bukan dr is, bukan dr syiah, selamat menuju ke zamannya...

    Beruntunglah pemimpin atau bekas pemimpin yg mendpt doa drnya, rugilah pemimpin atau bekas yg mendpt sebaliknya.

    ReplyDelete