AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Wednesday, 17 December 2014
THE PROMISED LAND : NAJIB TAK KESAH PUN SEBAB NAK PERGI CUTI !!!!! PROJEK DAH LULUS TETAPI... 1MDB MINTA TANGGUH..
TAKDA DUIT ATAU TAK TAHU BUAT!!!
KATANYA. DUIT BERBILLION-BILLION
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berkajang-kajang mukasurat 1MDB menjelaskan akan 'kejujuran' serta 'kebolih percayaan' serta kredabiliti entiti ini . TIADA SALAH LAKU dalam operasi ataupun ' perjalanan OPERASI seperti yang diDAKWA , semuanya mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan Kerajaan dan semuanya mengikut SOP .
Disebabkan terlampau pandai berniaga rugi RM655 juta DAN hutang pula berbillion ringgit Itulah kejayaan yang didendang kepada rakyat..
Kalau berkradibiliti dan bermaruah kenapa 'minta tangguh' perlaksanaan projek kat bawah ini???Tidak ke projek ini untuk kesejahteraan rakyat?? Tangguh maknanya 'kos" akan bertambah, jadi dimana rasionalnya syarikat ini yang dikata milik Kerajaan"? Adakah Kerajaan akan menanggung 'LEBIHAN kos ' ini atau dibebankan kepada bahu rakyat? Atau tidak akan ada 'penalti' kerana 1MDB ini milik Kerajaan?
INI KES 1MDB YANG TERBARU
MalaysiaGazette
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meminta kerajaan untuk melaksanakan bidaan baharu bagi projek Loji Janakuasa Pantai Timur Jimah yang sebelum ini dianugerahkan kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menerusi satu bidaan terbuka yang kontroversi.
Desakan itu timbul selepas 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh menyiapkan dua unit loji janakuasa arang batu 2,000 megawat baru-baru ini.
Presiden AWER, S. Piarapakaran berkata, permohonan pelanjutan tempoh yang dilakukan tidak sampai setahun selepas projek tersebut dianugerahkan kepada 1MDB menunjukkan ketidakberkesanan firma berkenaan.
Satu lagi alternatif yang dicadangkan AWER adalah mengenakan tambahan kos bahan api dan kapasiti kepada 1MDB disebabkan oleh kelewatan pembinaan loji berkenaan sekiranya permohonan syarikat tersebut diluluskan.
Jika tidak, kerajaan perlu meminta Kabinet dan pegawai-pegawai tinggi di Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga untuk membayar kos yang ditanggung oleh Jimah Timur akibat lewat siap.
Kerajaan katanya, telah mengenakan penalti sehingga RM108 juta bagi setiap 1,000 megawat bagi kelewatan pembinaan loji tersebut tetapi AWER melihat terdapat kos tambahan sekiranya projek tersebut ditangguhkan dan bimbang jika kos tersebut akan dibebankan kepada pelanggan melalui kenaikan tarif.
Betul ke ada klausa ini????
"Kos tambahan yang masih berbaki selepas ditolak penalti perlu dibayar oleh menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan KeTTHA serta pengerusi, pesuruhjaya dan pegawai kanan Suruhanjaya Tenaga.
"Jangan bebankan rakyat dengan kos tambahan melalui tarif elektrik," tegasnya. - MalaysiaGazette
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment