![]() |
MANUSIA SAKIT OTAK DAH MULA TUNJUK PANDAI HATI-HATI JANGAN SAMPAI TERJEBAK |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Bahasa Arab merupakan bahasa asal orang Arab yang telah digunapakai olih seluruh bangsa Arab sebelum turunnya Al Quran dan kelahiran Nabi Muhammad. Namun ramai yang terkhilaf dengan mengatakan bahawa sebelum datangnya Nabi Muhammmad bahasa Arab ini tiada nilainya disisi mereka. Kenyataan ini sama sekali terpesong dari kejadian sebenar.
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa bahasa Arab hanya terpakai kepada suku bangsa Arab ini dan tidak kepada Bani-Bani lain terutama kepada Bani Israel,. sewajarnya kita melihat kepada Nabi Ibrahim .a.s.
Nabi Ibrahim telah diamanahkan dengan dua orang putera iaitu Nabi Ismail dan Nabi Isyak dimana jurai kepada Bani Nabi Ismail telah berkembangnya umat berbangsa Arab dan jurai Nabi Isyak yang mengembangkan Bani Israel. Sementara Nabi Ismail beribukan Siti Hajar dan manakala Nabi Ishak beribukan Siti Sara.
Seawalnya Allah SWT telah mengangkat Nabi Ismail melalui peristiwa yang terpaksa dilalui olih Nabi Ibrahim iaitu melalui mimpi yang berupa wahyu agar 'menyembellih' putera mereka Ismail namun semua itu merupakan satu 'wahyu' yang 'tersirat' untuk umat Nabi Muhammad yang pada ketika itu belum lagi zahir dan mungkin tidak diketahui olih Nabi Ibrahim akan tujuannya. Dan melalui ibunya juga iaitu Siti Hajar, Allah SWT telah memperlihatkan 'rukun' Haji yang terpahat didalam Al Quran iaitu 'lari-lari anak antara Safa dan Marwah'. Begitulah simboliknya Allah SWT didalam merencanakan perjalanan yang dirancang untuk umat Nabi Muhammad.
Dan Allah SWT telah 'mengasingkan' kedua-dua jurai ini melalui dua ibu yang berlainan. Seorang dari keturunan Arab dan seorang lagi untuk keturunan Israel. Olih itu dimana kebenaran mengatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang tidak dipileh Allah SWT? Dan mana mungkin perkataan Allah ini telah diciplak olih orang Islam atau Nabi Muhammad s.a.w untuk 'menamakan' Tuhan Nya iaitu ALLAH swt , sedangkan Allah SWT yang telah mengangkat dan mengiktiraf bahasa Arab terlebih dahulu tanpa diketahui perancanganNya olih manusia.
Benar!! Orang yang tidak mengikut dan beriman dengan agama Nabi Ibrahim dan Allah SWT juga telah menggunakan 'sebutan' Allah didalam kehidupan harian mereka sepertimana 'kaum Bumiputra' di Semenanjung mahupun diSabah dan Sarawak yang telah menggunakan 'sebutan Allah" didalam rutin 'keagamaan' mereka, Walaupun sebutan 'Allah" didalam agama mereka bukan menjurus kepada Allah SWT yang disembah umat Islam namun mereka cuba 'menyamakan' bahawa ' Jesus Christ' atau mengandaikan Jesus sebagai Tuhan mahupun anak ' Tuhan' begitu jugalah keadaannya bangsa Arab yang bukan beragama Islam.
Semua ini berpunca dari sebaran agama Kristian yang berasal dari Indonesia yang disebarkan olih orang Indonesia yang bertutur dalam bahasa Melayu, olih itu untuk 'merujuk' kepada ;watak' tuhannya maka 'perkataan' yang paling dekat dihati dan jiwa mereka 'hanyalah' Alllah' seperti yang mereka fahami.Kalau text Bible untuk umat Kristian dibarat dan juga dibeberapa bahagian dunia ini menggunakan perkataan ' Oh Lord', 'Oh Jesus' mahuun ;;' Oh God' Begitu jugalah yang terjadi kepada bangsa Arab yang bukan beragama Islam ini.
Walaupun warga atau rakyat bumi negara Islam yang lain telah menerima pakai perkataan atau sebutan 'ALLAH" sebaagai gantinama kepada Tuhan YANG mereka sembah namun perkataan yang disebut itu..bukan merujuk kepada Allah SWT atau Sang Pencipta Langit dan Bumi atau Yang Maha Esa tetapi menjurus kepada 'entiti' lain yang 'berupa' dan yang 'diserupakan' akan sifatnya. .
Olih itu cendekiawan dari Iran ini, dengan lantang menyatakan bahawa bahawa Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab .
Seperti yang telah saya ulas diatas, Allah SWT bukanlah gantinama untuk Tuhan atau bermaksud Tuhan SEPERTI kepercayaan agama lain tetapi Allah SWT adalah nama seertimana manusia yang lain yang telah diberikan nam olih keluarga atau ibubapa mereka .
Manusia yang mengaku hebat ini ( Dr Reza) nmerupakan umat Muhammad yang 'tidak' mengetahui akan kekhilafan yang dia lakukan, Semua ini merupakan jerat dan permainan 'musuh Islam.yang sengaja mahu menjerat yang .ditambah dengan 'kelalaian individu ' ini dangan secara langsung mahu 'mencatatkan 'kecacatan' yang disangkakan 'cacat' walhal ini adalah perancangan Allah SWT terutama kepada mereka yang telah 'ditutupkan pintu hatinya dari menerima kebenaran tentang 'sejarah silam bahasa Arab..yang sebanrnya telah disusun atur
melalui Nabi Ibrahim hinggga kepada Rasullulah s.a.w.
.

Dr Reza Aslan menyamakan tindakan SKMM mendenda BFM dengan RM10,000 kerana mewawancaranya tentang isu kalimah Allah di Malaysia sama seperti Korea Utara yang cuba menyekat suara rakyat.
"Ia satu yang tidak boleh dipertikaikan, perkataan Allah hanyalah daripada perkataan Arab atau sama ertinya dengan 'Tuhan'," katanya. -
Ayat yang mana satu yang cuba kau nafikan :-
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. [Az-Zumar ayat 62]
Bertanyalah (wahai Muhammad): “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”. [Ar-Ra’du ayat 16]
Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? [Al-An’aam ayat 164 ]
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. [At-Taubah ayat 33]
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [Ali-Imraan ayat 85]
No comments:
Post a Comment