INILAH 'HIJRAH' PEMIMPIN MELAYU YANG MENGAKU ISLAM HANYA AYAM YANG MAKAN NAJIS SENDIRI |
BERANI KE PEMIMPIN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH SWT BAHAWA
MEREKA TIDAK PERNAH TERLIBAT
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Perkataan 'hijrah' sememangnya amat sinonim dengan umat Islam, walau dimana saja terdapat umat Islam maka 'hijrah' tetap berlaku mengikut 'nilai budi dan hati sendiri'. Dan sememangnya 'hijrah' adalah 'titik' permulaan bagi setiap insan yang menjunjung Al Quran. Peristiwa 'hijrah' Baginda Rasullulah s..a.w '' dari Mekah ke Madinah telah di'sunnahkan' dan 'juga 'terdapat dalam 'hadith' Bainda ,yang menceritakan peristiwa tersebut . Walaupun Baginda melalui berbagai rintangan, namun pada hakikatnya ,perkara 'hijrah' ini wajib dijadikan iktibar dan tauladan dan perlu dicontohi .
Tetapi melihatkan keadaan pemimpin negara ini, 'hijrah' yang didendangkan hanya setakat cakap-cakap saja tetapi perbuatan dan tingkah laku dan pemikiran masih lagi belum 'hijrah'. Sedih. sekali.
Kenapa saya mengatakan begitu dan atas alasan apa saya mengungkapkannya. Asasannya adalah seperti yang saya catatkan dibawah ini :-
Perwatakan
Dari segi perwatakan sememangnya ramai pemimpin yang 'bertopeng' hijrah. Mulut manis,baik, sopan santun berbudi bahasa dan segala macam, semuanya nampak baik dan apa yang ditunjukkan atau apa yang diperagakan dikhalayak ramai semuanya 'elok' belaka, sedikitpun tidak nampak cacat celanya.tetapi dibelakang rakyat jelata 'perangai dan tingkah laku' lebih buruk dari setan.
Pemimpin Rasuah :-
Gejala rasuah ini merupakan satu perkara yang paling susah untuk dibuktikan. Tidak ramai pemimpin yang dituduh dengan 'rasuah' lekat dengan pertuduhan . Mereka semua akan menafikan akan keterlibatan mereka dengan 'rasuah', tetapi, adakah mereka sedar bahawa 'merekalah' yang sebenarnya bergelumang dengan rasuah. Pemimpin terutamanya,, untuk mendapatkan sokongan dari orang sekeliling , mereka menjanjikan 'habuan' mahupun 'pulangan' samaada dalam bentuk 'wang ringgit mahupun' hadiah ,semua itu berlaku ,Tidakkah ini 'rasuah'?
Pemimpin Menyalaguna Kuasa :-
Ini juga satu bentuk rasuah kerana, menggunakan 'kuasa' ditangan untuk kepentingan samada untuk diri sendiri, kengkawan mahupun saudara mara. Dan perkara ini berlaku didalam pentadbiran Kerajaan dan juga dalam parti politik Walaupun mungkin 'wang ringgit' tidak bertukar tangan tetapi melalui 'kuasa pemutus' yang menganugerahkan sesuatu 'projek' atau apapun bentuk 'kerjasama' bagi tujuan kepentingan peribadi, semuanya adalah rasuah. Walauppun ianya merupakan sesuatu arahan tidak bertulis tetapi melalui 'suruhan kata-kata' dari pemimpin tertinggi yang berkuasa mahu pun dari isterinya ' maka' 'apabila 'perkara' ini di'tetapkan' kepada 'arahan mahupun suruhan' itu, maka, perkara ini jatuh didalam kategori 'salah guna kuasa'.
Pemimpin Mengadu-domba/Fitnah /Mereka-reka cerita
Ramai pemimpin-pemimin samada dalam Kerajaan mahupun Ahli-ahli Politik terjebak dengan 'kerja' mengadu-domba'/memfitnah dan mereka-reka cerita dan perkara ini telah menjadi lumrah didalam kehidupan seharian mereka. Berstrategi untuk memburukan kawan dan lawan adalah permainan. Apabila sudah terjebak didalam permainan ini adakah seseorang itu telah berhijrah kepada yang lebih baik?
Pemimpin Pembohong/Pembongak/Penipu dan Memenipulasi
Ketiga-tiga 'unsur' diatas adalah permainan mulut manis mereka dan demi untuk mengapai impian yang menggunung tinggi untuk mengenggam kuasa' 'unsur' diatas adalah pekara wajib bagi mereka. Bermuka-muka atau bersifat hipokrit adalah kepakaran.
Pemimpin mencuri harta orang ramai rakyat
Mengambil harta rakyat melalui cara 'menipu' adalah cara halus yang digunakan. Mengggunakan 'proksi' atau ' orang yang dipercayai' untuk mengaut keuntungan melalui cara jalan belakang adalah perkara biasa. Perkara ini amat berleluasa sekali namun untuk membukti kan salah laku ini selalunya gagal namun perkara ini selalu terjadi..
Olih itu dimana dan bilamana 'hijrah' ini terletak didalam hati dan diri mereka?
Kini ramai rakyat Malaysia terutama kaum wanita mula berhijrah dari tidak 'berhijab dan bertudung' kini ber 'hijab dan tudung' sudah menjadi 'kemestian' atau 'kewajipan' namun perkara ;hijab dan tudung' ini 'terhijrah' kepada rakyat jelata saja namun kepada isteri-isteri pemimpin dan juga Pembesar negara, pemakaian 'hijab dan tudung' masih ramai yang belum 'hijrah' lagi..Kenapa mengapa mereka belum ' hijrah' ,Apa yang membataskan diri mereka? Penampilan?
Sebagai contoh, kini, ramai selebriti-selebriti seperti penyanyi dan pelakon-pelakon sudah behijrah, Ada yang bertudung dan ada yang berhijab sopan namun kebanyakkan dari artis yang berhijab ini samaada penyanyi mahupun pelakon telah mula dipinggirkan dan diketepikan samaada olih Pengarah mahupun Penerbit TV samaada drama mahupun hiburan TV. Kebanyakkkan artis yang bertudung terutama Penyanyi , amat jarang dijemput untk menghiasi 'slot TV dan hiburan'.Kenapa? Adakah menjadi 'dasar' Menterinya untuk mendahulukan 'tiadk berhijab' atau mencontohi 'Wanita Pertama Malaysia'?
Tidakkah ini satu 'sabotaj' terhadap pemakaian sopan mengikut peraturan agama Islam yang dituntut?
Kita ashik-ashik menuar-uarkan kepada rakyat untuk berhijrah dan untuk kebaikan semua demi agama yang dicintai agar kebaikan itu dapat diterjemahkan dan dicontohi olih masyarakat tetapi 'institusi Kerajaan' melalui dasar ketua Kerajaannya dan pemimpinya sendiri tidak menjuruskan kepada 'hijrah' tersebut, malahan mereka pula yang banyak membantutkan ruang untuk 'penghijrahan'ini dari terus berlaku.
Nampaknya 'zat' hijrah yang bakal berlaku ialah 'Hijrah' dari Pembangkang menjadi Pemerintah' kerana Pemimpin parti pemerintah tidak pernah kenal erti Hijrah.tapi tahu apa itu Hijrah.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment