YANG AKAN MATI BUKAN NYA PEMIMPIN PUN APA ADA HAL |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sepatutnya diwaktu rakyat sedang berhadapan dengan musibah kehilangan harta benda serta nyawa orang tersayang sepatutnya ketua negara yang dipileh 'mangkok-mangkok UMNO' yang kini berada diluar negara atau yang sedang bercuti mahupun yang bercita-cita untuk bercuti sambil merayakan Christmas dan Tahun Baru 'suruhan' 'Dajjal', sepatutnya bersama-sama rakyat menghaungi kesusahan ini dan bukannya melepaskan 'tanggung-jawap' kepada Agensi Kerajaan saja.
Sepatutnya diwaktu dan tika inilah Tuan Rosmah mahupun Pn Najib menunjukkan simpatinya terhadap rakyat yang dalam kesusahan dan bukannya 'menghantar' 'Tweet".
Walau apapun inilah adalah satu malapetaka yang didatangkan untuk mengingatkan manusia atau untuk menginsafkan manusia agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan. Tetapi disebabkan kelekaan dan kelalaian pemimpin dan pemerintah yang mendahulukan 'tengkok sendiri' berbanding warga yang dipimpin maka berbagai kemusnahan alam dilakukan tanpa had.
Kalau satu ketika dahulu bumi ini penuh dengan kehijauan dengan tumbuh tumbuhan atau balak-balak ,yang sememangnya dijadikan Allah SWT sebagai 'tiang' kepada bumi' namun diatas nama 'punca ekonomi' yang 'menguntungkan poket sendiri' maka beribu-ribu hektar tanah balak diteroka tanpa had dan inilah akibatnya..
Tidakkah beliau perihatin bahawa majoriti yang tertimpa 'malapetaka' ini adalah orang Melayu? yang telah banyak memberikan undi kepada "UMNO" atau 'pemimpin UMNO.
Benar!!! semua jentera Kerajaan digerakkan untuk tujuan ini, tetapi, bagaimana dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Atau isteri-isteri mereka ? Atau tugas mereka hanyalah untuk memancing undi saja dan bukan untuk menolong dimasa darurat ini? BUkan kita mengharapkan mereka meredah banjir mahupun menyinsing seluar untuk bertemu penduduk tetapi memadai 'melawat' dan bertanya kabar dipusat-pusat pemindahan. Itu saja. Susah ke???? Datang pun menaiki 'helikopter' bukannya 'jalan kaki'.
Inilah nasib yang terpaksa diterima olih rakyat kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak tahu bahasa atau tidak tahu akan kesusahan orang lain.
LEBAI NI JUGALAH YANG PERIHATIN NAMPAKNYA BERBANDING PRESIDEN UMNO, MCA MAHU PUN MIC |
Kepentngan untuk memenuhi hasrat diri dan keluarga adaalah keutamaan bagi diri mereka. Disini Allah SWT menunjukkan kepada kita siapa diantara kita yang sanggup bersusah payah dikala orang ramai menghadapi musibah. Kalau Najib merupakan seorang yang bertanggung jawap terhadap rakyat nescaya beliau tidak akan tergamak untuk 'meninggalkan' negara dikala kejadian banjir sedang meruncing.
Didalam situasi yang meruncing ini, sepatutnya Ketua Negara atau seorang Perdana Menteri wajib berada didalam negeri untuk bersama-sama rakyat didalam mengharungi kegetiran ini , begitulah sepatutnya keperibadian seseorang pemimpin yang perlu ada didalam diri mereka dan bukannya sifat melepas tangan serta melepas tanggungjawap kepada orang lain.
Inilah jenis pemimpin yang 'diangkat' serta didendang olih 'ahli UMNO' sebagai pemimpin yang berhati dan berjiwa rakyat. atau 'rakyat diutamakan." Ketika rakyat berhadapan bahaya dia sekeluarga bersuka-ria...
AGAKNYA ACARA SAMBUTAN TAHUN BARU TAHUN INI PUN MACAM NI JUGA |
Cukuplah..setakat inilah saja 'kenikmatan yang akan Najib rasai' sehingga sebelum tibanya PRU 14.
Tahun 2015 bakal 'merudumkan' lagi nasib Najib dan kepimpinannya.
ikhlas dari : Cahaya Al Majid
tangan yang sanggup mencincang, dah patut pun bahu sanggup memikul. rakyat tak boleh nak salahkan najib sebab mereka yang memilihnya. rakyat cuma tengok apa yang mereka nampak dengan mata kepala. bila baik diluar, maka mereka mengagakkan baik juga didalam. itu sebabnya rakyat TERUTAMA orang Melayu mudah tertipu.
ReplyDelete