Wednesday 24 December 2014

THE PROMISED LAND : TIADA APA YANG MENGUSARKAN KEPALA NAJIB..SEBAB....

PERDANA MENTERI  SEMUA BOLIH


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sifatnya orang Melayu ni, asalkan ada tempat tinggal, cukup makan dan minum, cukup pakai, jadilah. Yang lain-lain..kalau ada itu bonus. Namun untuk memikirkan nasib orang lain samaada susah atau senang, itu  bukan tanggung-jawap mereka. Pandai-pandailah nak hidup.Itulah pegangan Pak Menteri negara ini terhadap orang Melayu.

Walaupun situasi ekonomi negara berada diparas 'merbahaya', kedudukan matawang sedang merudum, tatkala hutang negara bertambah tinggi , tatkala hasil masyul negara sedang menyusut, namun pemerintah negara ini masih lagi 'berbelanja sakan', Kata-kata yang ajaib yang paling menanah yang didendang olih Pak Menteri yang 'bangang' adalah  " semuanya terkawal', rakyat tak perlu bimbang.

Samaada mereka ini sedar ataupun tidak 'harga barangan' dipasaran sudah meningkat sedikit-demi sedikit. Sedarkah kita apabila nilai  matawang Ringgit kita menyusut maka kita terpaksa membelanjakan lebih banyak ringgit untuk mendapatkan barangan. Sedarkah kita bahawa kebanyakkan barangan keperluan kita semuanya diimpot dari luar. Olih itu dimana rasionalnya, yang mengatakan 'harga barangan' kita murah?

Kalau barangan keperluan dapur kita yang  kebanyakkannya diimpot  tidakkah  keperluan ini tertakluk kepada kadar tukaran matawang asing? Kalau dahulu nilainya US1 dolar yang nilainya bersamaan RM3.10 tetapi kini nilai yang terpaksa kita bayar adalah RM3-50 tidakkah ini tandanya peningkatan sebanyak RM0.40. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa subsidi kerajaan diberikan untuk ini namun tidakkah ini akan meningkatkan perbelanjaan untuk menampung kos lebihan?

Namun semua ini bagi pemerintah bukan isu besar, kerana katanya, kita mempunyai 'cara' untuk mengendalikanya.

                 Memetik laporan The Star pada 3 Disember, analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia mendapati hanya dua daripada lima sektor utama ekonomi meningkat.

Automotif naik 18.2% dan perbankan 1.6%, tetapi sektor perkhidmatan jatuh 58.5%, komoditi jatuh 37.7%, manakala sektor minyak dan gas jatuh 29.3%. Perkhidmatan menyumbang lebih daripada 50% kepada kegiatan ekonomi negara.

Pada 4 Disember, akhbar sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit, mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan dagang utama.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding baht, 2.93% berbanding rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbansing dolar Singapura. Ia naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan rupiah (0.73%).

The Star juga meramalkan kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit) iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan, memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS, Manokaran Mottain.

-
Kini pendapatan negara sudah berkurangan disebabkan kelembapan ekonomi dunia ditambah burukkan lagi apabila  'harga minyak dunia' sedang merudum. Olih itu pendapatan negara yang dijana melalui Petronas juga terjejas teruk, maka, tidakkah ini akan memberi kesan yang buruk kepada perbelanjaan negara?

Begitu juga dengan harga komoditi kelapa sawit kita, semuanya mula merudum tetapi atas kebijaksanaan kepala otak Isa Samad pembelian 'hotel' di London olih FELDA adalah wajar kerana lepas ini  dijangka peneroka FELDA bolihlah  beramai-ramai pergi bercuti macam 'rombongan Cik Kiah'  keLondon dengan kos penginapan murah untuk anak-anak Felda. Nasib dan masa hadapan anak Felda pun belum tentu terjamin kini , membelanjakan 'wang ringgit' dan keringat' Melayu Felda pula untuk tujuan perniagaan yang   bukan 'asas keperluan FELDA", Hebat!!!!

Namun apa yang berlaku ini sedikitpun tidak mengusarkan kepala Najib. Ini adalah kerana Najib mempunyai 'konsultant' yang terhebat 'dialam maya' ini untuk 'menterbalikkan keadaan' dari 'buruk kepada baik'. Dan Najib sendiri mengesahkan bahawa 'konsultan' yang dibayar berbilion ringgit itu adalah yang terbaik didunia, maka, wajarlah 'konsultant' ini, 'bermestautin dan mengkerusi empok' di Pejabat Perdana Menteri. Tidak kah kita tahu disebabkan kehebatan 'konsultant' ini ' hutang negara kita sudah menghampiri RM 700 Bilion? Tidakkah ini satu pencapaian terbaik Najib sebagai PM?

                                          

Namun dalam semua Perdana Menteri Malaysia,, hanya  Najib merupakan satu--satunya Perdana Menteri yang berjaya menundukkan US, tidakkah rakyat sedar ? Sehingggakah Obama sanggup datang kenegara ini 'melutut' meminta nyawa agar ' TPPA" itu ditanda tangani. Hebatkan Najib!!!

                                          
                                           Terima kasih Dinturtle untuk ehsan gambar ni....

                                          

Kini dikala negara kita sedang  dilanda 'malapeta' iaitu 'banjir' dimana rakyat jelata ,mengeluh dan menangis kerana  kehilagan 'harta benda' dan 'nyawa' namun  Najib senang lenang  'keluar negara' bercuti' sambil main golf dengan Obama. Mungkin kali ini Najib akan 'memutuskan' untuk 'negara kita 'menangani Perjanjian TPPA' seperti yang diminta Obama atau US, maklumlah ''kan' negara kita tengah 'rancak' berurus niaga', untuk meningkatkan 'pendapatan'  kerana, kata 'US atau Obama  "TPPA" ini bakal 'merendangkan ekonomi' negara," dan menguntungkan tambah pula 'ekonomi' negara kita kan  tengah 'nazak' ni.

                                           

Tatapi apa yang paling 'hebat' tentang Najib ni, diantara-antara semua Perdana Menteri, diberitahu bahawa setiap kali dia keluar negara samaada 'bercuti' atau 'lawatan resmi negara'  akan ada  sepasang penyanyi ini , yang diibaratkan seperti  ' Penyanyi atau Penghibur Istana' macam ' 'dizaman Raja Raja Dahulu', yang dikata "diadakan untuk 'menghiburkan Raja dan Permaisuri' dan Penyanyi Tetap atau Residen Artis dari Rumah Perdana Menteri itu  akan 'ikut; serta anak beranak, , Dikatakan 'untuk' menghiburkan 'para tetamu Najib mungkin juga Rosmah' yang 'mengunjungi mereka diluar negara. Adakah 'pembayaran atau fee artis ini 'untuk 'menghibur'  'PM" dan Isteri PM" ini ditanggung olih 'dana Kerajaan' ataupun  ' ada taikoon 'billionair' yang sponsor. Tetapi yang peliknya Sultan Brunei yang kaya raya tu  dan hidup dalam istana itu pun tiada ' resien artis' atau 'penghibur istana' mahupun pun tidak akan 'membawa'  mana-mana penyany iatau  penghibur' untuk tujuan lawatannya, samaada resmi mahupun bercuti  keluar negara..

Adakah Najib ni merasakan dia suami isteri '' Raja ??di negara ini???

                                                             AMPUN TUANKU

                                            

Nampaknya Sultan Perak, Raja Nazrin jugalah  yang perihatin dengan kesusahan rakyat, Dengan membatalkan semua acara hiburan untuk Sambutan Tahun Baru, kerana Baginda , merasakan 'kesusahan' rakyat adalah asas utama Pemerintahaannya.

Tak da pula kita dengar Sultan ini mempunyai inang atau  penyanyi tetap di Istana Baginda
                                                     SYABAS TUANKU

                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. Saya percaya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama2 mengembeling tenaga untuk mengatasi masaalah banjir ni. Kita tak payah kritik banyak2. Kita call atau whatsapp kawan2 kita di setiap negeri (yang terjejas atau tidak) untuk hulur bantuan dari segi barangan atau kewangan kepada mereka yang terjejas teruk ini. Pihak kami sekarang ini sedang mengutip bantuan untuk klinik2 doktor swasta Kelantan dan Trengganu (kawan2 kami) yang terjejas teruk. Walau bagaimana pun, penyelesaian hakiki ialah penyelesain jangka panjang.

    Akaun bantuan untuk klinik2 doktor swasta Kelantan dan Trengganu yang terjejas banjir:
    Dr Dalilah; CIMB A/C No. 7049818143.
    Penyelaras: Prof. Dr. Zarida Hambali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang diutarakan adalah untuk menyedarkan orang Melayu dan UMNO bahawa UMNO dan orang Melayu sepaputnya mempunyai watak yanb lebih baik dari PM sekarang ini untuk menerajui negara. Itu yang kita kritik. Tetapi tentang hal bencana ini, kita maklum bahawa sememangnya agensi Kerajaan, samada negeri dan Pusat yang mengendalikannya walaupun terpaksa bergadai nyawa demi menyelamatkan orang ramai, dan kita maklum bahawa rakyat marhean yang akan menderita kehilangan harta benda apa yang dikumpulkan, mereka ini adalah orang susah tetapi diwaktu saat getir ini PM dan Isteri serta 'gerombolan' elitisnya, senang lenang menyambut Christmas bersama dan mungkin meneruskan percutian zsehinggga sambutan Tahun Baru....Pekalah sikit...Gaji beliau dan perbelanjaan beliau adalah keringat dan 'wang rakyat'!!!!

      Delete