DEMI AYAT-AYAT AL QURAN YANG KITA BERAMAL DENGAN NYA. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Salam.
Kepada kekanda-kekanda mahupun adinda-adinda yang sealiran dan yang memegang erat Al Quran dan yang mengikut Sunnah sebagai 'jalan hidup' umpama pasak yang tertanam' didalam jiwa, marilah kita sama-sama 'bersujud' memohon kepada Ar Rahman Ar Rahim, dan menadah tangan dihadapan 'NYA" agar 'bala' yang menimpa 'TANAH' dari curahan air-air dari langit, dimana langt ini juga yang kita junjung agar air yang dilangit itu dikeringkan dan dikurangkan, dari tertumpah sepenuhnya. Semoga 'bala' dan nikmat Allah SWT yang 'turun' ini dapat mengajarkan 'sesuatu' kepada.semua manusia agar sentiasa 'bersyukur' akan nikmat yang telah dinikmati.
Kerana kejahilan manusia yang tidak mahu mengamalkan sifat -sifat yang baik seperti yang dituntut didalam Al Quran dan yang tidak mahu merendahkan diri dihadapan Allah SWT serta tidak mahu membuang jauh-jauh sifat-sifat 'riak' dan 'takbur' supaya kembali 'merendahkan sayap' untuk bersudud dihadapan Allah SWT Tuhan Yang Esa., kita 'biarkan' saja' mereka, Kita satukan 'doa' dan 'hati' kita untuk 'menyelamatkan saki-baki mereka-mereka yang mahu diselamatkan jiwanya.
Bermula dari malam (Jumaat) ini, dipohonkan agar 'sahabat-sahabat ' semua dapat memenuhkan 'saf' untuk bersujud dihadapan NYA berjemaah secara berjauhan., memohon 'ihsan' dari Allah SWT agar 'bencana' ini dijauhkan dengan segera . Inshaalllah...doa-doa dan permohonan sahabat -sahabat akan dikabulkan Allah SWT.. Yakinlah!!!
Kita lakukan 'solat' ini bukan kerana 'menunjuk-nunjuk' kepada sesiapa tetapi kita lakukan kerana 'penyatuan hati-hati dan diri-diri yang terpisah' untuk tujuan yang 'satu' Kalau langit yang hitam bolih kita alihkan dengan 'doa-doa' melalui 'ungkapan' dan 'sujud', inshaallah..perkara ini bolih kita lakukan juga.
Yakinlah Allah SWT berserta anda!!!!
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment