Wednesday 24 December 2014

THE PROMISED LAND : DIKALA RAKYAT BERDEPAN MUSIBAH..PN NAJIB DAN TUAN ROSMAH GOYANG KAKI..MAKAN ANGIN!!!!

YANG AKAN MATI  BUKAN NYA PEMIMPIN PUN
APA ADA HAL

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sepatutnya diwaktu rakyat sedang berhadapan dengan musibah kehilangan harta benda serta nyawa orang tersayang sepatutnya  ketua negara  yang dipileh 'mangkok-mangkok UMNO' yang  kini berada diluar negara  atau yang sedang bercuti mahupun yang bercita-cita untuk bercuti sambil merayakan Christmas dan Tahun Baru 'suruhan' 'Dajjal', sepatutnya bersama-sama rakyat menghaungi kesusahan ini dan bukannya melepaskan 'tanggung-jawap' kepada Agensi Kerajaan saja.

Sepatutnya diwaktu dan tika inilah Tuan Rosmah mahupun Pn Najib menunjukkan simpatinya terhadap rakyat yang dalam kesusahan dan bukannya 'menghantar' 'Tweet".

Walau  apapun inilah adalah satu malapetaka yang didatangkan untuk mengingatkan manusia atau untuk menginsafkan manusia agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan. Tetapi disebabkan kelekaan dan kelalaian pemimpin dan pemerintah yang mendahulukan 'tengkok sendiri' berbanding warga yang dipimpin maka berbagai kemusnahan alam dilakukan tanpa had.

 Kalau satu ketika dahulu bumi ini penuh dengan kehijauan dengan tumbuh tumbuhan atau  balak-balak ,yang sememangnya dijadikan Allah SWT sebagai  'tiang' kepada bumi' namun diatas nama 'punca ekonomi' yang 'menguntungkan poket sendiri'  maka beribu-ribu hektar tanah balak diteroka tanpa had dan inilah  akibatnya..

Tidakkah beliau perihatin bahawa majoriti yang tertimpa 'malapetaka' ini adalah orang Melayu? yang telah banyak memberikan undi kepada "UMNO" atau 'pemimpin UMNO.

Benar!!! semua jentera Kerajaan digerakkan untuk tujuan ini, tetapi, bagaimana dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Atau isteri-isteri mereka ? Atau tugas mereka hanyalah untuk memancing undi saja dan bukan untuk menolong  dimasa darurat ini? BUkan kita mengharapkan mereka meredah banjir mahupun menyinsing seluar untuk bertemu penduduk tetapi memadai 'melawat' dan bertanya kabar dipusat-pusat pemindahan. Itu saja. Susah ke???? Datang pun menaiki 'helikopter' bukannya 'jalan kaki'.

Inilah nasib yang terpaksa diterima olih rakyat kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak tahu bahasa atau tidak tahu akan kesusahan orang lain.

LEBAI NI JUGALAH YANG PERIHATIN NAMPAKNYA
BERBANDING PRESIDEN UMNO, MCA MAHU PUN MIC
                           

Kepentngan untuk memenuhi hasrat diri dan keluarga adaalah keutamaan bagi diri mereka. Disini Allah SWT menunjukkan kepada kita siapa diantara kita yang sanggup bersusah payah dikala orang ramai menghadapi musibah. Kalau Najib merupakan seorang yang bertanggung jawap terhadap rakyat nescaya beliau tidak akan tergamak untuk 'meninggalkan' negara dikala kejadian banjir sedang meruncing.

Didalam situasi yang meruncing ini, sepatutnya Ketua Negara atau seorang Perdana Menteri wajib berada didalam negeri untuk bersama-sama rakyat didalam mengharungi kegetiran ini , begitulah sepatutnya keperibadian seseorang pemimpin yang perlu ada didalam diri mereka dan bukannya sifat melepas tangan serta  melepas tanggungjawap kepada orang lain.

Inilah jenis pemimpin yang 'diangkat' serta  didendang olih 'ahli UMNO' sebagai pemimpin yang berhati dan berjiwa rakyat. atau 'rakyat diutamakan." Ketika rakyat berhadapan bahaya dia sekeluarga bersuka-ria...
AGAKNYA ACARA SAMBUTAN  TAHUN BARU TAHUN INI PUN MACAM NI JUGA

                                         
Cukuplah..setakat inilah saja 'kenikmatan yang akan  Najib rasai' sehingga sebelum tibanya PRU 14.

                       
                       Tahun 2015 bakal 'merudumkan' lagi nasib Najib dan kepimpinannya.

                                                      ikhlas dari : Cahaya Al Majid








1 comment:

  1. tangan yang sanggup mencincang, dah patut pun bahu sanggup memikul. rakyat tak boleh nak salahkan najib sebab mereka yang memilihnya. rakyat cuma tengok apa yang mereka nampak dengan mata kepala. bila baik diluar, maka mereka mengagakkan baik juga didalam. itu sebabnya rakyat TERUTAMA orang Melayu mudah tertipu.

    ReplyDelete