BAHAGIAN KEDUA
Melayu dari parti Pemerintah ataupun Melayu dari parti Pembangkang , kesemuanya mempunyai mentaliti dan arah tuju yang sama iaitu pergelutan untuk menguasai kekuasaan Politik dan kekayaan wang ringgit menjadi yang buruan .Omongan untuk memerjuangkan 'nasib bangsa Melayu"hanyalah sebutan dimulut saja. Perjuangan untuk memertabatkan bangsa Melayu telah lama menjadi 'ajenda' mereka, namun kebanyakan 'hak bangsa Melayu " telah tergadai tanpa disedari, sehinggakan 'mamak" yang pakai kain putih' dan bertutur berbelit-belit bahasa Melayu pun diberikan status Melayu, itulah kelemahan Melayu yang memerintah. Patutlah banyak orang Melayu mempertikaikan 'status mamak" ini.
Dikalangan mereka samaada parti pemerintah mahupun parti pembangkang , mereka 'beramuk' mahupun " cucuk mencucuk" serta fitnah-memfitnah sesama mereka dan kini berleluasa dan menjadi 'trend' pula. Tanpa segan silu dan perasaan malu mereka mendedahkan kelemahan masing-masing dan yang menjadi "tukang tepuk" adalah 'bukan Melayu" yang menjadi "teman sebantal " mereka.
Adakah rakyat sedar bahawa didalam permainan ahli politik ini, kita sebagai rakyat yang menanggung rugi, terutama Melayu!! Ahli politik menjajakan seribu macam janji kepada orang Melayu, tetapi apakah menafaatnya kepada orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat keuntungan dari 'penjualan" hak ekslusif bangsa melayu ini".
Pemimpin Melayu sekarang ini mempunyai bermacam-macam wajah, ada muka baik tetapi perangai macam penyangak, ada muka buruk tetapi perangai sama buruk macam muka sendiri, ada yang berjubah dan berserban tetapi ramai yang kena belit. Wajah pemimpin ini kebanyakanya cakap tak serupa bikin semuanya bolih kalau faedah berpihak kepada mereka, itulah pemimpin masa kini. Untuk mencari seorang permata dikalangan mereka ini amatlah sukar. Kebanyakan mereka ini bersifat talam dua muka, itulah pemimpin politik masa kini.
Disebabkan terlampau banyak madu atau gula disuakan kepada Melayu, maka, orang Melayu terleka dan terlena disebabkan 'kemanisan" yang diberikan. Gula atau madu yang disua bukanlah diberi pada setiap waktu tetapi hanya diberikan apabila mereka memerlukan "undi" saja, itulah "wajah" mereka yang sebenar.Apabila telah mendapat apa yang dihajati maka 'orang kampung' akan dianaktirikan, maka, bermulalah mereka 'menyelongkar"projek yang akan memberikan pulangan berlipat kali ganda kepada diri mereka tetapi tukang pelaksana pelan mereka adalah "bukan Melayu", begitulah sifat kerakusan dan kebodohan pemimpin Melayu.
Mari kita lihat latarbelakang dan kekukuhan ekonomi keluarga Perdana Menteri Melayu sebelum menjadi Perdana Menteri :-
i. Tunku Abd Rahman Putra Al Haj
Anak orang Kaya
Golongan bangsawan dari keturunan Sultan Kedah.
Kehidupan keluarga senang lenang.
ii. Tun Abd Razak bin Hussin
Anak orang Kaya
Golongan Bangsawan di Pahang
Kehidupan keluarga senang lenang
iii. Tun Hussein bin Onn
Anak orang Kaya
Golongan Berada di Johor
Kehidupan senang lenang
iv. Tun Dr Mahathir Mohammad
Anak orang kebanyakan
Tergolong dar keluarga anak orang susah
v. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Anak orang kebanyakan
Tergolong dari keluarga agak berada
vi. Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak
Anak Perdana Menteri
Golongan keluarga Bangsawan Pahang
Kehidupan senang lenang .
Hanya Tun Dr Mahathir Mohammad saja dari keluarga yang datangnya dari keluarga biasa. selainnya adalah dari golongan Bangsawan atau keluarga yang kaya. Disebabkan hanya anak orang kaya dan berduit saja yang mampu menghantar anak ke sekolah yang ' berprestij', maka, kelebihan mereka didalam mempengaruhi orang kebanyakan adalah amat mudah .
Disebabkan kekayaan yang keluarga mereka miliki maka sebarang percaturan amat mudah dikendalikan untuk mereka berada diatas begitulah fitrahnya jajaran kepuncak politik mereka ini.
Di era Tunku Abd Rahman tiada banyak pencapaian Melayu yang dapat dibanggakan cuma 'Tanah Melayu berjaya mendapat Kemerdekaan.
Di era Tun Abd Razak beliau hanya dapat memerintah selama lebih kurang 6 tahun dan beliau mencuba membantu meningkatkan punca ekonomi Melayu dengan memperkenalkan DEB.
Di era Tun Hussein Onn pula ekonomi Melayu masih tidak berkembang seperti yang dirancang olih Tun Abd Razak.
Di era Tun Dr Mahathir, kerancakan ekonomi dimulakan. Berbillion ringgit dibelanjakan untuk memodenkan Malaysia. Bolih dikatakan diera ini mula terdapat ramai Melayu berstatus ' Jutawan" dan ' mungkin juga 'Billionair" tetapi tidak seramai 'bangsa lain" terutama Cina dan India. Demi mencapai cita-cita beliau yang melangit tingginya maka banyak peluang perniagaan serta tender-tender kerajaan diberikan kepada Melayu tetapi kebanyakanya telah di 'ali-baba' kan.Projek ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi kebanyakanya dirain olih bangsa asing kerana 'kemudahan kewangan ' yang mereka miliki. Tetapi yang paling malang buat Melayu tiada satu tabung pun diujudkan untuk : anak Melayu". Jutawan-jutawan segera yang lahir dari 'imbuhan atau pun komisen' bertambah ramai tetapi kebanyakanya lupa diri dan mementingkan perut sendiri yang akhirnya kebanyakannya ' terlingkup' akibat terlena hanya segelintir yang masih bertahan sehingga kini. Kekayaan yang Melayu miliki menyusut dan kekayaan bangsa asing bertambah. Itulah era Tun Mahathir.
Berbeza dengan era Tun Abdullah Ahmad Badawi, kebanyakan projek-projek yang dirancang diera Tun Mahathir kebanyakanya dihentikan. Diwaktu ini yang dapat dipertontonkan hanyalah kuasa KJ, menantu Pak Lah menjadi percakapan hangat. Kebanyakan para sahabat beliau yang rapat kesemuanya mendapat imbuhan 'instant' projek sehinggakan ahli pertubuhan yang dianggotai mula menyuarakan ' ketidakpuasan' hati masing-masing. Kerakusan terhadap 'projek-projek' menjadi topik utama dan manjadi rebutan kelompok ini (KJ). Disebabkan kelemahan mantadbir dan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati maka pada tahun 2008 PRU 12, parti memerintah kehilangan banyak kerusi Parlimen dan beberapa negeri tergadai kepada pembangkang. Sifat pemimpin tidak memperdulikan kehendak rakyat maka parti pemerintah dihukum disebabkan kelalaian dan kelemahan ahli kabinet yang dianggotai.
Sekarang, di era Najib, nampaknya keadaan tidak banyak berubah, pertumbuhan ekonomi pada tahap serdahana. Untuk memulihkan pesekitaran ekonomi serta kepercayaan Malayu terhadap parti pemerintah, nampaknya belum mendapatkan hasil yang lumayan, tetapi dengan bermacam-macam pemberian yang dihulurkan kepada rakyat nampaknya baik, tetapi, kepada orang Melayu masih belum mengcukupi kerana pencapaian ekonomi Melayu masih lagi dibelakang. Dengan usaha Najib untuk menyamaratakan taraf rakyat yang dikenali sebagai 1 Malaysia, mendatangkan implikasi negatif kepada orang Melayu. Orang Melayu masih lagi menganggap melayu sebagai Melayu, Cina sebagai Cina dan India sebagai India, dan untuk menyatukan semua bangsa ini menjadi satu bangsa Malaysia sememangnya tidak dapat diterima olih orang Melayu. Ini semua adalah perancangan orang politik yang inginkan 'kuasa' untuk terus menerajui kerajaan sekali gus manyapu 'kekayaan' untuk suku sakat mereka yang "berpolitik".
Orang politik harus ingat, kuasa yang diberikan bukanlah untuk mereka menyamarata bangsa tetapi adalah untuk 'mempertahankan' hak Melayu yang telah tergadai namun sehingga kini misi itu masih lagi jauh dari jangkauan untuk membetulkanya.Sekiranya tiada sekatan dibuat terhadap orang politik nescaya ';Melayu' akan hilang identiti di bumiini dan yang tinggal hanyalah bangsa malaysia, adakah ini yang anda mahukan??
Kalau Cina bolin mencipta seorang jutawan pada setiap minggu kenapa orang politik Melayu yang berkuasa tidak mempunyai visi seperti kaum ini?
Kenapa pemimpin Melayu sanggup melihat bangsanya merempat dibumi ini??
Kenapa pemimpin Melayu sanggup menikam belakang bangsanya sendiri?
Kenapa pemimpin Melayu sanggup mengayakan bangsa lain dari bangsanya sendiri?
Kenapa pemimpin Melayu sanggup menggadaikan tanah milik nenek moyang kepada bangsa asing?
Kenapa pemimpin Melayu dayus?
Kenapa pemimpin Melayu hilang jati-diri?
Adakah kerana 'harta dunia" ?
Di era Najib juga " mamak" dilantik sebagai "Ketua Setiausaha Negara" dan mamak juga dipilih sebagai " Ketua Setiausaha Perbendaharaan".
Telah bermula jawatan penting Melayu diberikankan kepada yang mengaku ' Melayu"
Berbanggalah dengan mereka yang ingin menghilangkan status Melayu daripada diri anda
Dimana kedudukan Melayu??
Tidak ada Melayu yang berkebolehan ke??
Melayu makin lama makin dipinggirkan .
Hanya yang tinggal nanti adalah "Raja Raja melayu" itu pun kalau mereka sepenuhnya Melayu.
Melayu hanya diperlukan untuk menentukan mereka berkuasa saja, itulah nasib bangsa Melayu yang diperlakukan olih anak bangsa Melayu yang berketurunan Bugis ini.
Apa nak jadi dengan Melayu?? Kini Melayu hanya menunggu masa untuk "diratah" olih bangsa lain. Disebabkan ketidak perihatinan pemimpin melayu kepada Bangsa melayu dan adat budaya bangsa Melayu maka kini orang Melayu sudah mula menampakkan sifat ; kurang ajar' terhadap pemimpin, Mereka tidak mengira lagi, pemimpin parti pemerintah ke pemimpin parti pembangkang ke, semuanya 'dibalun' semacam, tiada lagi budi bahasa sebagai galang ganti.
Kalau dahulu pemimpin adalah tempat orang melayu mengadu nasib tetapi kini tidak lagi, kerana, pemimpin sudah mula berpuak-puak, ikut kepala masing-masing. Melayu kini tiada arah pandu, semuanya halal belaka, rasuah, habuan perempuan, pecah amanah, tipu sana-tipu sini, dadah dan bermacam-macam lagi semuanya permainan biasa. Duit judi, duit pelacur, duit dadah, duit jual orang semuanya halal belaka, Siapa yang menghalalkanya..bukankah mereka yang banyak melakukanya??Sempadan keimanan tiada batas lagi, semuanya kerana ' ingin kaya dan hidup bergaya".
Ikhlas dari : Cahaya Al majid
No comments:
Post a Comment