Diiantara wajah-wajah pemimpin/pejuang/pemikir dan strategis Melayu dahulu yang memperjuangkan kemerdekaan dari British. Walaupun tujuan mereka adalah satu iaitu untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris, namun, ada beberapa perkara pahit yang harus ditelan olih kumpulan ini. Sukaduka pahit maung serta ketidakpastian masa hadapan negara pasti amat merunsingkan kumpulan ini. Yang pasti, bak kata pepatah melayu berkata "bujur lalu melintang patah", itulah agaknya pegangan mereka .
Wajah wajah pemimpin terdahulu dan peristiwa penentangan terhadap Malayan Union.
Pejuang pejuang terdahulu berjuang bukanlah kerena wang atau harta kekayaan yang didambakan akan melimpah ruah dikantung sendiri tetapi perjuangan mereka adalah suci iaitu untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Namun didalam perjuangan itu ramai Melayu yang berhati mulia dan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan atau pulangan tetapi sekadar dapat melepaskan Tanah Melayu dari tangan Inggeris.
Alhamdullilah pada tanggal 31hb Ogos 1957 Tanah Melayu (Tanah Jawi), telah terlepas dari belenggu Inggeris walaupun bukan sepenuhnya. Namun kekayaan hasil bumi Malaysia dikaut secara gelojoh olih Inggeris . Dengan kerapatan hubungan Inggeris dengan orang Cina dari Tanah Besar China, maka, mereka berkomplot untuk merobek secara rakus khazanah bumi Tanah Melayu tanpa sempadan. Dengan menjadikan bangsa Cina sebagai pengurus mereka untuk meranapkan hasil bumi Tanah Melayu, maka, kebanyakan 'tauke-tauke' berbangsa Cina ini hidup dalam kemewahan. Segala bentuk kerjasama dan urusan perniagaan orang Inggeris semestinya bangsa Cina yang memenopoli hasilnya. Dari hasil dalam tanah sehinggalah kepada hasil bumi belantara hutan Tanah Melayu semuanya disapu tanpa ragu-ragu. Begitulah rakus dan tamaknya kedua-dua bangsa ini.
Nasib Bangsa Melayu tidaklah sesegar nasib bangsa Cina, kebanyakan Melayu hanya terdiri dari petani-petani yang mengusahakan sawah padi dan berkebun saja, hanya segelintir dari mereka yang bekerja dipejabat, itu pun untuk jawatan sebagai budak pejabat dan paling tinggi sebagai kerani. Hanya mereka-mereka yang berpelajaran terutama dari golongan bangsawan iaitu orang-orang kaya Istana dan suku sakat mereka sahaja yang mempunyai kelebihan dari segi jawatan. Itulah nasib bangsa Melayu.
Memandangkan Inggeris dan Bangsa Cina menguasai serta mengurus kebanyakan hasil ekonomi Tanah Melayu maka mereka dengan sesuka hati melakukan 'rompakan' tanpa pengetahuan tuan tanah iaitu Bangsa melayu. Dari hari kehari mereka mengumpul kekayaan sedikit demi sedikit tanpa digangu-gugat olih tuan tanah iaitu Melayu sehinggakan mereka menjadi kaya raya.
Dengan kekayaan yang kaum mereka miliki maka mereka merapatkan diri dengan institusi di Raja. Kebanyakan dari mereka ini sanggup 'melabur' untuk dapat merapatkan diri dengan Raja-Raja Melayu supaya mereka senang untuk memperolehi 'tanah' serta ' kerakyatan' untuk saudara-saudara mereka yang baru berhijrah ke Tanah Melayu. Dengan kemewahan kewangan yang dimiliki maka ramailah Raja-Raja Melayu terjebak dengan permainan kaum ini, itulah, kelemahan Raja yang memerintah dan perkara ini berlanjutan sehingga kini dan masih lagi berlaku.
Setelah merdeka setiap negeri diperintah olih orang politik yang diberi gelaran Menteri Besar dan bagi negeri-negeri yang tidak Beraja, negeri ini diterajui olih Ketua Menteri dan jawatan Gabanor adalah ketua bagi negeri tersebut. Di era Tunku Abd Rahman sebagai Perdana Menteri,nasib dan ekonomi bangsa Melayu tidak banyak berubah, ini disebabkan Tunku Abd Rahman masih lagi terkial-kial untuk mencari formula bagaimana untuk mengekalkan status Kemerdekaan. Jurang ekonomi diantara Melayu dan Cina amatlah jauh. Kebanyakan orang Melayu kehidupan mereka masih lagi daif, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, begitulah keadaannya. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, orang Melayu terlena dengan 'omongan' Melayu berjaya mendesak dan menuntut Kemerdekaan dari Inggeris, itulah kebanggan mereka, sehinggakan 'laba' kekayaan untuk bangsa Melayu mereka terlepas pandang.
Bangsa Cina melihat bangsa melayu sebagai amat mudah digulakan dengan wang ringgit maka mereka berangappan bahawa semua Melayu bolih dibeli, olih itu dengan strategi yang diatur olih Lee Kuan Yew, maka, Lee Kuan Yew berhajat besar dan bercita-cita untuk menguasai kuasa politik, maka, satu percaturan dilakukan dengan bantuan Inggeris. Apabila pilihan raya diadakan maka parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu PAP tidak dapat menguasai Tanah melayu , dengan kehampaan yang terlampau maka Lee Kuan Yew berseteru dengan Tunku Abd Rahman, lalu pada tahun 1963, Singapura secara resminya keluar dari Tanah Melayu dan mendirikan negara sendiri dan mengistiharkan Singapura sebagai sebuah Republik dan Lee Kuan Yew dilantik sebagai Perdana Menteri Pertama Singapura.
Kekecewaan orang Melayu terhadap pemimpin Melayu ketika itu sangat ketara. Perasaan marah dan kecewa membuak-buak dihati mereka, Cina bertambah kaya, Melayu bertambah miskin. Semua keperluan harian bangsa Melayu terpaksa diperolehi dari Bangsa Cina. Perasaan dan keinginan Bangsa Cina untuk menguasai Tanah Melayu tidak putus walaupun PAP yang menguasai Singapura tidak bersama namun ideologi dan perancangan , tetap mereka gerakkan melalui Persatuan-Persatuan yang mereka tubuhkan. Semangat cintakan tahan air tidak terdapat dihati mereka yang ada hanyalah 'bagaimana hendak mengawal ekonomi dan bagaimana hendak mencucuk hidung Melayu agar undi berpihak kepada mereka", inilah perancangan datuk moyang mereka sejak dahulu.
Setelah trajedi 13Mei 1969 maka kesedaran pemimpin politik Melayu telah berubah. Dengan perubahan yang dilakukan olih Perdana Menteri Kedua iaitu Allahyarham Tun Abd Razak maka satu dasar ekonomi baru digerak iaitu untuk membantu Melayu Bumiputra menceburi bidang yang mendatangkan punca ekonomi baru kepada orang Melayu. Diketika ini tampaknya sudah ramai cendekiawan serta usahawan memulakan perancangan untuk menambahkan kekayaan. Diantaranya bermulalah kita lihat orang Melayu mempunyai perusahaan 'sawmill' sendiri dan ada diantaranya 'mendapat' konsensi balak. Tetapi peratusan mereka tidaklah banyak. Kebanyakan konsensi balak yang dikeluarkan mungkin 90 % diusahakan serta dimiliki olih usahawan bukan Melayu. Ketika ini jugalah kita melihat kebanyakan pendidik iaitu guru-guru kebanyakan terdiri dari orang Melayu.Tetapi kesedaran orang Melayu terhadap suasana politik sememangnya tinggi dan kebanyakan Melayu bernaung dibawah parti pemerintah iaitu Perikatan.
Begitulah keadaannya silih berganti ., sehinggalah Tun Dr Mahathir sampai kekemuncak karier politiknya, iaitu sebagai Perdana Menteri. Diawal Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah kelihatan beberapa kerat Melayu sudah pun bergelar jutawan tetapi kebanyakanya bukanlah dilahirkan dari perusahaan perusahaan besar atau bertaraf gergasi tetapi kebanyakanya mendapat laba dari limpahan kuasa yang dimiliki olih pemimpin Melayu. Kebanyakan dari mereka terdiri dari golongan yang amat rapat dengan ahli-ahli politik yang berkedudukan dan berjawatan. Kebanyakan yang kaya raya adalah dari kelompok ini. Kebanyakan tender-tender Kerajaan yang berjuta ringgit ini diagihkan kebanyakan kepada kelompok ini. Yang malangnya tender-tender yang diperolehi ini diserahkan kepada bukan Melayu dan Melayu hanya bertindak sebagai " 10% Men", itulah kesudahanya untuk bertahun-tahun.
Gaya kehidupan pemimpin Melayu mulai berubah dari cara yang serdahana kini bertukar menjadi seperti golongan kaya-raya waima Wakil Rakyat sekalipun. Macai-macai Politik juga sudah bertambah kaya. Kehidupan dan corak penampilan kumpulan ini semakin tersasar atau jauh dari kehidupan sebelumnya. Rumah bungalow bertingkat tersergam serta kereta mewah berderet memenuhi ruang dihalaman kediaman masing-masing. Kalau dahulu berpolitik hanya dibalai raya atau dikedai-kedai kopi tetapi kini sudah berpindah kehotel-hotel berbintang, begitulah angkuhnya pemimpin politik masa kini . Bagi mereka ini diibaratkan seperti 'kaduk naik junjung' ini atau " monyet dapat bunga ",ini, bertambah sombong, bukan ahli politik itu seorang saja, seisi keluarga anak pinak semuanya macam "sikudung dapat cincin", begitulah sifat tamak dan halobanya golongan ini. Kebanyakan pemimpin politik ini mempunyai ' rakan niaga" walaupun mereka tidak berniaga secara fizikal. "Golongan ini terdiri daripada ' Ah Chong' Ah Meng serta Ah Kow", ini merupakan sekutu-sekutu rapat didalam melaksanakan ' projek anugerah" mahupun 'projek hijak", yang mereka perolehi, Tanpa segan dan silu mereka secara tidak langsung telah ' menggadaikan diri" kepada puak ini didalam mencari 'kewangan segera" tanpa berfikir panjang. Begitulah keadaanya bertahun-tahun. Kelemahan Melayu ini.amat ketera ketika ini sehinggakan setiap projek yang ingin dilakukan ' terpaksa melalui "bukan Melayu" untuk melaksanakanya sehingga dikenali sebagai saudagar ' Ali Baba".
Kini sifat ketamakan pemimpin Melayu semakin menjadi-jadi, terutama didalam mengejar "kuasa politik" dan " wang ringgit". sehinggakan
" agama sanggup" digadaikan".
" maruah diri " sanggup dijual'
" yang haram dihalalkan".
" Tuhan " sanggup di sekutukan.
" penganut Islam" sanggup di kafirkan
" perbuatan Kaum Lut" dipertahankan
" perpaduan Islam" dirobohkan
" orang kafir dibenarkan menghina orang Islam lain di rumah Allah"
" harta fakir miskin diselewengkan"
" harta anak yatim dilapah"
" ulama menjual ayat Allah" untuk kepentiungan sendiri
"hanya kata-kata sikaya dijunjung"" simiskin papa kedana tiada nilainya"
"BERSAMBUNG"
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment