Monday, 3 June 2013

NAJIB DIATAS 'AGONG' & BERTINDAK MELEBIHI KUASA : UMNO PERLU MENGGANTIKAN PRESIDEN UMNO

JANGAN DISEBABKAN DESAKAN  ANWAR AND THE GROUP MAKA UMNO BERTOLAK ANSUR SESUNGGUHNYA KEMUDARATAN LEBIH BESAR BAKAL MENUNGGU. 
DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG PERLU MENDENGAR SUARA RAKYAT 
                             SAMAADA MENERIMA ATAU MENOLAK CADANGAN NAJIB INI

SalamunAlaykum

Kenapa Najib meroyan??? 
Kepercayaan yang diberikan olih Yang Di Pertuan Agong kepada Suruhanjaya Pilihanraya  sudah memadai dan terpakai sekian lama tanpa ada apa-apa masaalah. Kini Najib dengan 'suci hati' meleburkan kedudukan SPR yang selama ini dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong diliwat dan diletakkan dibawah kuasa Parlimen yang mana tiada lagi kuasa Ekesutif YDPA terhadap Suruhanjaya Pilihanraya.

Apa yang dilakukan olih Najib ini samalah tahapnya menghina 'kuasa Yang Di Pertuan Agong' seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang cuba dilakukan ini adalah satu 'pencabulan' terhadap Perlembagaan Negara yang di'jagai' selama ini. Tidak secara langsung 'pemimdahan' kuasa ini seolah-olah memperkecilkan kuasa ekesutif YDPA dan kredebiliti Institusi Raja-Raja Melayu.


UMNO PERLU BERSUARA  DEMI MENENTANG TINDAKAN NAJIB YANG MERUGIKAN INI
                                                  

Mungkin pada pandangan Najib ini adalah untuk kebaikan semua  tetapi pada realitinya untuk jangkamasa panjang 'risiko' ini adalah memudaratkan. Akan terjadi pertindihan kuasa apabila terjadi perkara tidak baik dimasa akan datang. Apabila SPR berada dibawah kuasa Parlimen maka Parlimen akan berkuasa untuk membubarkan atau tidak menerima apa-apa pandangan dari Raja-Raja dan Majlis Raja Raja akan terpisah jauh dari melindungi kepentingan rakyat didalam perkara 'undi'. Pemisahan kuasa ini bererti 'kuasa YDPA" tidak terpakai lagi untuk kepentingan Melayu dan Islam. Tiada lagi istilah 'Raja Berparlimen' 

Sepatutnya 'pemindahan kuasa' ini perlu melalui kajian dan pandangan orang ramai dan bukan kuasa ekesutif  orang politik atau Perdana Menteri menentukannya. Rakyat harus diterangknya.
an mengenai 'implikasi' dibelakang hari dan bukan 'terbeban' diatas desekan pembangkang. Kelemahan Najib semakin hari semakin nyata dan memudaratkan orang Melayu keseluruha
Tunggulah harinya apabila Pembangkang menguasai Parlimen keseluruhanya, maka, ketika itu semuanya sudah terlambat. Sebelum 'nasi menjadi bubur' maka UMNO melalui Persidangan UMNO nanti , berpakatlah beramai-ramai, turunkan Najib @ Presiden UMNO dari persada kuasa, demi kelangsungan Parti Melayu iaitu UMNO dan orang Melayu.


Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.[3]


                                              PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 
                                                 BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA 

                                  Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya 
(1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas 
berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, 
seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain. 

(2) Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah 
mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang 
mendapat kepercayaan awam. 

(3) Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan 
apabila mencapai umur enam puluh enam tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah 
Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang 
ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi 
tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atau alasan dan mengikut cara yang sama 

seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. 

                                                    Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. PADA "akudtgdrpantek" sahaja…kihkihhh…sekiranya BN menjadi “parti tunggal” nanti, kelihatannya spt Mahathir akan hilang suara dan dia akan keseorangan (tidak popular lagi!..heheee) dan tak ada siapa lagi yang akan jadi pencacainya, malah mungkin kalau ada hajatnya utk melihat anaknya itu menjadi pm negara MELAYU ini maka mungkin tidak akan tercapai sama sekali!…itulah yg ditakuti oleh beliau “mungkin” atas perkara kepentingan peribadi beliau yg tidak disedari oleh kebanyakan orang melayu (maknanya orang melayu yg percaya pd semua cakap dan tindak tanduk beliau bulat bulat taik kambing selama ini tanpa mengguna pakai fikiran dan perasaan MELAYU nya itu)!…

    UMNO (MELAYU) kini berada di dlm kedudukan yg begitu baik utk mengambil semula kuasa pentadbiran sepenuhnya negara MELAYU ini dari tangan bangsa cina, india dan benggali!…dgn kuasa majoriti (-+88%) di dlm BN, kita lihat UMNO (MELAYU) memiliki kuasa dominan utk membuat apa apa keputusan di dlm parti tunggal itu nanti!…ini bermakna peluang utk melihat kedaulatan raja raja MELAYU dan kedaulatan bangsa MELAYU serta kedaulatan bahasa MELAYU ditegakkan semula di dlm rumah MELAYU ini adalah cerah!…ini merupakan berita yg amat baik kpd bangsa keturunan MELAYU di tanah air MELAYU ini sebenarnya…peluang UMNO @ MELAYU seperti ini tidak pernah berlaku semasa pm sebelum NAJIB…lebih lebih lagi ketika era mahadir menjadi pm!…

    FIKIRKANLAH wahai bangsa MELAYU dan keturunan MELAYU sekeliannya!…sekiranya di dlm sesebuah syarikat senaraian awam, bilamana kita memiliki pegangan saham melebihi 88%, apa yg mampu kita lakukan???…bolehkah kita membeli dan menyingkirkan pegangan saham selebihnya itu yakni yg berbaki 12% itu dan seterusnya menjadikan syarikat itu tadi sebagai sebuah syarikat milik persendirian (“MELAYU sepenuhnya!”)???…perkara ini lah yg amat, amat dan amat ditakuti oleh mahadir dan kaumnya itu selama ini, “mungkin”!…di mana negara malaysia ini akan menjadi milik “persendirian” bangsa MELAYU semula!…tak suka ke wahai sekelian bangsa MELAYU oiiii!!!…heheee

    MANAKALA perkara utk meletakkan SPRM di bawah kuasa parlimen ianya merupakan suatu agenda utk “menyatukan” semula semua bangsa yg ada di malaysia ini di bawah satu (1) “payung” yg bernama “MELAYU” malaysia NUSANTARA nanti!…hahaaa…pendek kata semua agenda yg disokong oleh NAJIB sebagai pm selama ini merupakan satu (1) agenda utk mengembalikan semula “kedaulatan” sepenuhnya raja raja MELAYU, bangsa MELAYU dan bahasa MELAYU di dalam rumah MELAYU ini!…boleh jadi masanya utk melihat kejaguhan JIWA MELAYU (bukan jiwa cina atau jiwa india atau jiwa tanpa batasan agama – liberal), memimpin dunia sudah dekat, maka tak hairanlah kita lihat kepala taik serta gerabak gerabak taiknya itu sedang menggelupur utk membusukkan badan NAJIB suami isteri dan bala tenteranya sekali!…masa sudah suntuk kata mereka lahh!…heheee…

    BANGSA MELAYU di malaysia ini dipecah belahkan oleh fahaman agenda yg mengatakan bahawa kedudukan agama islam itu lebih tinggi dari kedudukan bangsa MELAYU (mim / muhd@cahaya terpuji)…sedangkan dalam masa yg sama bangsa MELAYU sendiri tidak tahu apa sebenar agama itu, islam itu dan MELAYU itu?…pendek kata bangsa MELAYU selama ini sedang diperbodoh bodohkan oleh agenda ini…bangsa MELAYU boleh dikatakan tidak mahu berfikir pasal perkara ini, sekiranya bangsa itu tidak ada, adakah agama yg diberi nama islam itu ada?…jadi siapakah yg lebih dulu atau tinggi, bangsa atau agama?…perkara ini samalah seperti kita menanyakan siapakah lebih dulu atau tinggi, muhd ke atau allah?,…ataupun kita menanyakan antara telur ayam dgn ayam, siapa dulu atau siapa tinggi???…heheee

    KEPADA Tuan punya blog ini, kalau tulisan aku ini “salah” maka tolong padamkan dari blog engkau ini dengan segera, ya!…terima kaseh…heheee

    ReplyDelete