Sunday, 2 June 2013

KEMELUT BOLASEPAK : FAM MILIK "ISTANA" ATAU PERSATUAN?? TAK KAN NAK JADI MENTERI 'TAKUT"

RANKING BOLASEPAK MERUDUM TETAPI HAK MILIK FAM TIDAK BOLIH DITEGUR.  KEPIMPINAN FAM TIDAK BERPANDANGAN JAUH. KEBANYAKANYA ' 'LEBIH SUDU DARI KUAH'

SalamunAlaykum

                 FAM KALAU TAK BOLIH DITEGUR - BUBARKAN SAJA- MASA UNTUK UBAH
JANGAN TAKUT MELONTARKAN PANDANGAN  SEKIRANYA MENJURUS KEPADA KEBAIKAN
                                                   

KJ: Saya Beri Pandangan Ikhlas


“APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.

Nampaknya kemelut FAM ini tiada kesudahanya. Dari Artikel 88 sehinggalah kes terbaru yang melibatkan pertembungan separuh akhir diantara  Pasukan Pahang (Tok Gajah) dengan JDT. Melihatkan teguran Menteri Belia dan Sukan yang dikatakan masih lagi muda dan hijau didalam Kabinet Najib menunjukkan seolah-olah suara KJ 'menegur' kepimpinan FAM  sehinggakan adahati' yang' terguris  , seolah-olah menggambarkan bahawa Kepimpinan Tertinggi FAM tidak bolih di'tegur".

 Adakah ini satu kesalahah apabila Menteri yang diamanahkan olih 'rakyat' melalui  jawatan Perdana Menteri untuk menerajui Kementerian yang bertanggungjawap terhadap 'pembangunan sukan' dan 'pencapaian sukan' dipandang keterlaluan olih sesetengah pihak dan FAM harus ingat bahawa kerajan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah membelanjakan jutaan ringgit serta kemudahan Stadium bagi tujuan pembangunan sukan demi imej sukan negara namun sehingga kini FAM selaku badan yang bertanggungjawap telah  gagal mengangkat mertabat bolasepak negara kita kesatu tahap yang memberangsangkan untuk dibanggakan olih rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak.

Kegagalan demi kegagalan FAM pamerkan terhadap pencapaian Team Kebangsaan samaada Team A, B mahupun C kepada rakyat, namun semua 'TEGURAN' sedikit pun tidak menjadi" kudis" kepada FAM dan pengurusannya.

Sehinggalah kejadian yang baru berlaku baru-baru ini, dimana pertembungan diantara Pahang dan Johor Darul Takzim 'meletup' gara-gara kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan sehinggakan berlakunya 'keadaan luar jangka' yang memalukan walaupun persatuan yang menganjurkanya iaitu PBNP selaku tuan rumah dilihat gagal didalam mengurus secara baik dan berhemah didalam menerima 'penyokong' yang bertandang ke Pahang. Scenario yang berlaku tempoh hari sungguh memalukan, dimana Presiden FAM selaku Sultan negeri Pahang juga terkilan dengan peristiwa tersebut.

Kejadian yang terjadi bolih dielakkan sekiranya FAM dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang saling bergandingan , walau apapun kejadian sudah berlaku.

Berbalik kepada 'topik' asas, itu 'teguran' Menteri Sukan iaitu 'Mr KJ", sebagai Menteri yang diamanahkan , selayaknya beliau melontarkan pandangan , samaada berupa pandangan peribadi mahupun 'ketetapan' Kementerian, seharusnya 'teguran' itu dijadikan 'iktibar' dan bukannya dijadikan bahan 'kritikan' mahupun 'terasa hati' terutama olih pemegang jawatan tertinggi FAM bertaraf  Presiden.  Untuk isu seperti ini,  Presiden FAM seharusnya lebih bersikap terbuka menerima kritikan daripada Menteri walaupun "menteri" tersebut masih muda dari pandangan mata Presiden.

Untuk itu seeloknya Sultan Pahang hanya bertindak sebagai 'Penaung FAM" dan bukan 'Presiden" untuk FAM , kerana, ini akan mendedahkan diri 'Baginda"dari dikritik olih peminat bolasepak dinegara kita.  Sekiranya 'Baginda' tidak bolih 'membezakan' diri , bilamana harus bercakap sebagai 'Presiden dan bilamana pula 'bertitah sebagai Sultan" kerana dua jawatan ini amat berbeza sekali apabila  berhadapan dengan peminat tegar bolasepak . Dua kedudukan  jawatan yang dipegang iaitu " Presiden FAM" dan 'Sultan Pahang", maka adalah berbeza 'martabatnya".

 Jawatan Presiden bolih di'cemar' olih sesiapa saja kerana ianya bersifat ' Berpersatuan" manakala ' Sultan" adalah entiti dimana rakyat bernaung. 

Didalam kes 'teguran' KJ ini, seharusnya Presiden tidak terbawa-bawa dengan status 'Sultan"nya.

Untuk itu dicadangkan agar Sultan Pahang hanya bertindak sebagai 'Penaung" saja dan bukan "Presiden", sekiranya Sultan cintakan bolasepak dan inginkan 'pembaharuan' didalam pencapaian bolasepak, maka, 'Baginda" harus melepaskan 'status Presiden' untuk FAM.

                                                     Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. salam...
    pada pandangan saya fam patut dibubarkan je dan digantikan dengan badan lain untuk memajukan bola sepak negara..kalau tak nak bubar pun serahkan pentadbiran fam kepada rakyat untuk membebaskan fam dari pihak politik dan pihak istana...bagi saje fam pada pemain bola sepak negara yang telah bersara untuk ditadbir kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan dlm bidang ini.....

    ReplyDelete
  2. Salam 1Malaysia

    Saya juga berpandangan bahawa sudah tiba masanya pengurusan FAM ditukar dan ditadbir oleh mereka yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang bola sepak

    ReplyDelete