Monday, 3 June 2013

TSUNAMI BAKAL MELANDA : GURUH BERDENTUM DILANGIT KILAT SABUNG MENYABUNG , ''MALAYSIA" BERGEGAR" :

TSUNAMI  GENERASI KETIGA BAKAL MENGEGAR  UMNO  :   JANGAN BIAR KAN  BISUL BERTUKAR MENJADI KANSER. CEGAH SEBELUM PARAH. 'DENYUTAN NANAH " MENYAKITKAN.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Barisan Nasional berkuasa bukan diatas kemenangan mutlak gabungannya tetapi kemenangannya adalah diatas kejituan undi orang Melayu samaada ahli UMNO mahupun yang bukan ahli. Kemenangan  pemimpin UMNO juga bukan diatas jasa dan budi UMNO kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak mempunyai parti alternatif untuk 'berlindung'. Sebenarnya orang Melayu dan mula membenci dan meluat kepada kepimpinan UMNO yang tidak memperjuangkan bangsa Melayu tetapi disebabkan 'ketakutan' Melayu terhadap nasib yang bakal menimpa sekiranya diperintah parti Pembangkang terutama DAP dan PKR yang rata-rata pemimpin parti ini sangat 'prejudis' dengan agama Islam dan Bangsa Melayu.

Keperibadian pemimpin Pakatan Rakyat yang  tidak mencerminkan 'perkerti mulia' serta 'berperangai buruk' yang berlawanan dengan 'syariat Islam', maka  penolakan segolongan Melayu terhadap Pakatan diterjemahkan didalam peti undi.

Kini terbukti sudah ,pemimpin UMNO kini tidak tegas , Melayu dahagakan seseorang pemimpin yang lantang , vokal,dan berani untuk memperjuangkan hak-hak Melayu. Pemimpin yang dimiliki UMNO ketika ini amat lemah dan 'bacul' serta tidak mempunyai keyakinan diri serta 'jati diri' sebagai Melayu yang sanggup 'membakar diri' bagi menerangi ' bangsa Melayu' yang dipimpinya.

Sayang seribu kali sayang, pucuk yang dicita, ulat pula yang datang, itulah nasib UMNO masa kini. Kerterbatasan UMNO didalam memperjuangkan ajenda Melayu nampaknya terbantut , apabila pemimpin yang mempunyai kuasa untuk 'mentransformasi' Melayu ini amat longlai dan berasa 'rendah diri'. Kecenderungan pemimpin UMNO agar dibelai olih kaum lain masih lagi terjadi dan menjadi keutamaannya. Apa yang dapat dipersaksikan kini,kecenderungan sesetengah pemimpin Melayu berlumba-lumba 'menyarung jersi perpaduan' yang sebenarnya telah ditolak olih kaum lain, itulah hakikat.

Kemana mana Melayu atau apa Melayu bolih buat, semua terserah kepada ahli UMNO dipersidangan nanti. Walau apa pun 'cakap-cakap' ulat melata ini tidak akan kemana hanya 'pandangan' pemimpinh atasan jua akan dipandang orang, begitulah nasib ahli UMNO dari dahulu hingga kini. Keterbukaan yang disorong hanyalah 'retorik' dan bukan realiti.

Untuk persoalan cepumas kepada pemimpin tertinggi UMNO, apakah yang akan anda lakukan  untuk 'mengangkat' martabat Melayu??

                          Masihkah lagi Melayu merupakan 'melukut ditepi gantang'?
                                                 
                                             

                                                   DI TULIS OLIH : CHE DET   
                                                 
 Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

 Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

 Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

 Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan.  Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.  Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO.  Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

                                                         Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Banyak sgt cibai yg perlu dimopping dlm umno!!!

    ReplyDelete
  2. TAPI LAGI BANYAK CIBAI YG BERADA DLM PR.

    ReplyDelete