Saturday 31 August 2013

KEGAGALAN BERTIMPA-TIMPA : DEFISIT SEMAKIN MELEBAR : JALAN MUDAH NAJIB -'CAJ'KAN KEPADA RAKYAT :

SEMBANG KEDAI KOPI DAH BERBUNYI : "KERAJAAN DAH TAK BERDUIT KE??
TAK KAN SEMUA BARANG RAKYAT KENA BAYAR CUKAI
 BERPADA PADA LAH BILA BERBELANJA
TETAPI INI SEBALIKNYA, KALAU MACAM NI LAH
CARANYA NAJIB MENTADBIR, ELOKLAH NAJIB DIGANTIKAN
MENYUSAHKAN RAKYAT JE!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kerajaan pimpinan Najib nampaknya semakin terdesak untuk memenuhi 'kantung kewangan' yang didapati semakin berkurangan disebabkan 'salah urus kewangan' . Cara yang paling mudah dan cepat yang difikirkan adalah dengan 'merompak  saku' rakyat dengan cara 'halal' mengikut 'fatwa' mereka.

Atas alasan 'ekonomi dunia' semakin menguncup serta 'ekspot' semakin menurun dan 'impot semakin meningkat', dan 'banyak negara melakukan perkara yang sama' telah dijadikan sandaran dan alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sebenarnya Kerajaan pimpinan Najib sangat  boros dan tidak pandai mengurus kewangan. Disebabkan keborosan dan ketidakcekapan para ekonomis Najib, rakyat akan diheret sama untuk menyelamatkan 'tengkok' mereka.

Nampaknya kegagalan dan kelemahan kepimpinan Najib semakin nyata dan bertimpa-timpa namun semua ini hendak di'tutup' . Segala perancangan Najib kebanyakannya 'tidak menjadi' seolah-olah Najib  dilihat sebagai 'suei badan atau sial diri'.


 Diantaranya  projek yang menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk  mewujudkan peluang  ekonomi, tetapi  disalurkan melalui GLC:


PROJEK TERBESAR ETP
PELABURAN DIUMUMKAN
 (RM BILLION)
GLC/BUKAN GLC
Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor
60.0
GLC (PETRONAS)
MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)
36.6
GLC
(sebuah syarikat khas ditubuhkan)
Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)
10.0
GLC
(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)



Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit
5.43
Tidak diketahui
Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1
GLC
(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor
5.1
Dialog Group
(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)
3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi
4.0
GLC
(TNB)
Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang
3.0
GLC
(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)




10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik .


                           

Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak popular dan mendapat kritikan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menggesa kerajaan terus melaksanakannya bagi menjana pendapatan negara.

Beliau berkata, sememangnya pelaksanaan GST di Malaysia bukan satu langkah popular tetapi sistem cukai baru itu perlu dilaksanakan bagi menjamin pendapatan kepada kerajaan sekaligus membolehkan pembangunan negara terus dapat dilaksanakan.

“Banyak kerajaan negara lain yang melaksanakan GST ini, kemudian kalah dalam pilihanraya tetapi kerajaan baru yang dipilih daripada pembangkang tidak menghapuskan cukai ini, jadi ia adalah bukti bahawa GST sememangnya memberikan sumbangan dalam menjamin pendapatan negara,” kata beliau.

Kenyataan Nur Jazlan hadir selepas kadar pertumbuhan negara tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini juga telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5% dan 5% daripada antara 5% dan 6% sebelum ini.

Dalam laporan suku kedua tahun ini, BNM melaporkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 4.3%, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9%.

Beliau turut menggesa supaya rakyat perlu diberi penjelasan supaya mengetahui fakta sebenar mengenai GST serta sebab mengapa sistem itu perlu dilaksanakan dengan segera.

"Masalahnya di Malaysia ini, persepsi lebih diterima sebagai fakta sehingga menyebabkan fakta dianggap sebagai penipuan, begitu hebat putar belit pembangkang yang meracuni fikiran rakyat mengenai GST ini," kata beliau.

Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiskal yang sudah melebar kepada RM14.9 bilion, selain penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Mengulas mengenai GST lagi, Nur Jazlan, berkata Malaysia adalah antara kelompok kecil negara di dunia ini, yang masih belum melaksanakan GST, sedangkan lebih 200 negara seluruh dunia termasuk Mesir, Thailand, Filipina dan Singapura sudah melaksanakannya.
"Malah Indonesia, Nigeria serta Pakistan sudah melaksanakan GST, adakah Malaysia terlalu teruk sehingga masih tidak boleh melaksanakan GST," ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.

Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.

Najib bakal menghadapi cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

Malaysia mencatatkan hutang kerajaan kepada KDNK 53.1% daripada KDNK pada 2012.
Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini. - 31 Ogos, 2013.

                                         PROMOSI DIRI NAJIB. PERLUKAH ?

Inilah salah satu kempen  mempromosi diri Najib yang dikata memakan belanja ratusan juta ringgit. Adakah ini kerja 'berfaedah" atau 'menguntung' individu tertentu??

                                                         farid t shirt

                                        Ini perbelanjaan yang sangat besar. Total ad spend attributable to government institutions surged to a record RM530 million, equating to a 167% increase.
Massive ad buying by Putrajaya ahead of the thirteenth general election reinforced the government sector as the number one ad spender with a 9% share of the entire advertising market.
Even in the highly fragmented ad buying market, government spending on advertising almost equalled total ad spend in the next four ad buyer categories, namely women’s face care, fast food, mobile line services and hair products.
The Prime Minister’s Department alone paid for RM265 million in advertising space, a close second to Unilever Malaysia with RM286 million in ad spend, according to Vizeum Media data broken down by individual advertisers.

TERBARU!!! pertukaran branding pula akan dilakukan kepada Endless Possibilities, dengar-dengar perbelanjaan akan mencecah sehingga RM 600 Juta, biar betul !!!

Dalam ketika akaun negara "dificit "semakin memburuk,  ada juga pihak yang sanggup membengkrap negara. 




Tingkat pendapatan lalui GST tidak berguna tanpa selesai ketirisan, kata PAS

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membawa ekonomi negara ke tahap yang membimbangkan hari ini di mana hutang negara hampir melepasi paras 55% KDNK (Keluaran Negara Dalam Kasar) dan fiskal defisit yang mencecah RM14.9 bilion.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meningkatkan pendapatan negara melalui GST tidak berguna tanpa penyelesaian sebenar kepada punca ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan melambung tanpa kawal.

Contoh terbaik yang boleh dilihat rakyat ialah pada projek KLIA2, katanya.
Projek KLIA2 yang sehingga kini tidak diketahui tarikh siap telah memperlihatkan kosnya meningkat lebih 2 kali ganda daripada RM1.7 bilion di 2009 semasa projek ini dimulakan, ke RM4 bilion pada tahun ini.

"Apa gunanya pendapatan negara ditingkatkan tanpa menutup ruang kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran negara?" tempelak beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, GST tidak boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara yang berpunca daripada ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender.

Tanpa pengurusan kewangan yang cekap dan efektif, apa-apa cara mempelbagaikan pendapatan kerajaan hanya merugikan rakyat kerana duit lebih yang dijana akhirnya akan terbazir begitu sahaja di dalam sistem pentadbiran yang penuh kebocoran tanpa membawa manfaat kepada ekonomi negara.

Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST.

Katanya, GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku.

"Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014," gesa beliau.

Beliau mempersoalkan, jika kerajaan boleh memikirkan cara seperti meletakkan para peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) (ia sudah ditolak kini) untuk mendapat kembali wang, mengapa kerajaan tidak mahu berusaha memikirkan cara menutup kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran dan berusaha mendapatkan kembali duit kerajaan yang dibazirkan seperti yang tertera di dalam laporan tahunan audit negara.

                                                Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment