ADAKAH PEMIMPIN KEBAL UNDANG-UNDANG |
TANPA PERDANA MENTERI DIDALAM NYA
TUGASAN NYA ADALAH UNTUK MENERBANGKAN
PERDANA MENTERI DAN BUKAN ORANG LAIN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Adakah membenarkan Pesawat resmi Negara untuk kepentingan 'peribadi' dan untuk kepentingan 'kaum kerabat sendiri' tidak salah didalam akta Rasuah ( Menyalah guna kuasa) ? Atau menggunakan "surat 'kuasa' Menteri untuk 'melepaskan' penjenayah yang 'dituduh' dan didakwa melakukan 'kesalahan jenayah' dinegara luar juga bukan ' menyalahkan gunakan kuasa.
Atau 'Akta Salah Guna Kuasa' ini hanya terpakai kepada 'rakyat biasa' saja?
Walaupun rata-rata rakyat mengetahui bahawa pesawat resmi negara yang dikhaskan untuk kepengggunaan Perdana Menteri sahaja telah digunakan olih 'orang lain'yang belum diketahui identitinya, tetapi kepulangan Najib ketanah air untuk bersama-sama rakyat bagi mengharungi 'banjir' yang melanda bukan pula menggunakan pesawat resmi negara , tetapi yang peliknya pesawat Resmi tersebut ditinggalkan di Hawaii dan tidak pula menerbangkan Najib untuk balik ke Malaysia.
Atas alasan apa dan kenapa 'Pesawat' ini ditinggalkan disitu tanpa kehadiran Perdana Menteri? Tetapi yang peliknya,pesawat ini didapati 'berterbangan' keseluruh dunia dari LA sehingga keLondon dan terkini telah mendarat di Bangkok walaupun pada waktu itu Perdana Menteri sedang 'sibuk' mengharungi banjir.
Atas alasan ini, wajib bagi SPRM menahan Kapten atau Pilot tersebut kerana didapati tidak memegang amanah atau 'kontrak tugasan' seperti yang diamanahkan kepadanya olih rakyat. Walauapa pun alasan yang akan diberikan untuk 'menepis' penyalahgunaan kuasa samaada olih Najib mahupun Kapten Pesawat tersebut, 'kesalahan' ini perlu ada pendakwaan.
Sekiranya dua kes dibawah ini dijadikan rujukan, sewajibnya, salahlaku dan salah guna kuasa wajib dikuatkuasakan. Sepatutnya kerajaan BN dan UMNO sedar bahawa dahulu mereka telah mengangkat slogan 'Kepimpinan menjadi Tauladan', tetapi kenapa hal yang bersangkutan dengan penyalahguna kuasa yang dilakukan olih pemimpin tertinggi mereka sering dihalalkan.Adakah kerana mereka ini 'ahli UMNO" yang kebal undang-undang? Kenapa? Ada dua set 'undang-undang' ke?Satu untuk rakyat marhean dan satu lagi untuk Pemimpin UMNO?
Dikala terdapat warga marhean yang terpaksa mencuri untuk keperluan kehidupan yang terdesak bagi menyuap mulut anak-anak yang sedang kebulur ..pesawat khas milik negara yang diKHASKAN UNTUK PERDANA MENTERI' terbang tinggi membelah awan keseluruh dunia 'membuang minyak' .Ataupun mungkin anak-anak kapal dan penumpangnya tengah seronok 'membahagi harta rampasan"? .Adakah patut ???
Permergianmu tidak diketahui tetapi, kehilangan mu dicari-cari.
Cahaya Al Majid
Kes Salah guna Kuasa
GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Timbalan Pegawai Perikanan Pulau Pinang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini Khamis terhadap lima tuduhan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri antara 2008 dan 2009.
Abidin Asri, 52, didakwa melakukan semua kesalahan itu dengan mengarahkan pekerjanya membuat permohonan kepada syarikat miliknya iaitu Sugih Maju Enterprise dengan mengisi Borang Permintaan/Pembelian Peralatan Pejabat antara 21 Nov 2008 dan 7 Dis 2009.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mengarahkan Dasuki Awang Hamat membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi sewaan bas untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengarahkan Rosalina Roslan membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi kerja membekal dan menghantar Artemia 90 (USA) untuk makanan benih udang Projek Penetasan Udang Galah KPSP Tg. Berembang bernilai RM4,508.
Pertuduhan ketiga, dia didakwa mengarahkan Dasuki membuat permohonan kepada syarikat miliknya bagi perkhidmatan menyewa van 11 tempat duduk bernilai RM2,040.
Pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh, didakwa mengarahkan Rosmazilah Othman membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi kerja bekal peralatan untuk projek Penetasan Benih Udang KPSP Tg. Berembang, Jalan Sg. Chenaam, Sg. Acheh, Nibong Tebal bernilai RM6,032 dan RM9,832.60.
Majistret Siti Salwa Jaafar menetapkan 16 Dis depan untuk sebutan semula kes dan Abidin dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM), yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dilakukan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Soock Wee Ei Tem dan tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Kes Kedua : Ibu tunggal Mencuri kerana kemiskinan
Melaka: Gara-gara mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula serta kicap di sebuah pasar raya, seorang ibu enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak di sini, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam jenis barangan iaitu dua bungkus susu formula Ducth Baby Step 1, dua botol kicap cap Kipas Udang, empat pensil mekanikal jenama Pilot dan masing-masing satu serbuk minuman Super Power enam dalam satu Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.
Tertuduh didakwa mencuri semua barangan bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant itu di pasaraya berkenaan di Jalan Tun Fatimah Bachang di sini, kira-kira 9.30 malam pada 26 November 2014.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. HMetro
Dakwa semua org yg dpt kelayakan Kereta keatas, semua negeri, dr pegawai biasa ke pemimpin, itu baru adil, mungkin kerabat saudara juga termasuk dlm golongan ini, berhati hati apabila terlampau mengkritik, jgn hanya tumpu kpd satu kaum, senaraikan semua kaum yg menyalah guna kuasa. Menumpu ke satu arah akan mengakibat buruk.... Silap silap umno jatuh melayu jatuh, anda yakin pas pkr dpt bela bangsa melayu, tak mustahil cina naik. Saya bukan penyokong kuat najib tapi ulasan anda memberatkan sesuatu dan seperti ada kaitan peribadi. Pak lah juga bukan yg bagus, begitu juga menantunya, jika dibanding pentadbiran antara pak lah najib, saya lebih memilih najib, anta najib muhyiddin, kita belum tahu walaupun saya lebih menyukai muhyiddin, tapi Allah meletak najib pd waktu ini, saya pasti kita semua percaya qada qadar. Maaf, byk juga ulasan anda sebelum ini bertentangan dgn laporan sebenar.
ReplyDeleteKebenaran perlu diterjemahkan walupun pedih demi kelangsungan Melayu. Kita tidak mahu dipimpin olih seseorang yang 'lemah'. Kerana kelemahan itu akan digunakan olih 'musuh sebenar' didalam menghancurkan Melayu. Penulisan saya tidak berat sebelah, Setiap salah laku setiap pemimpin jjuga saya 'tegur' samaada pemerintah mahupun pembangkang. Semua ini untuk menyedarkan bahawa 'hidup zaman' selesa bangsa Melayu' sudah berakhir kerena 'pemimipin' lupa daratan.Yang bakal menjadi mangsa adalah 'Melayu' itu sendiri. Inilah yang cuba disampaikan.
DeleteKelayakan kereta aje semua keluarga guna, bayangkan jika mereka mendpt lebih dr itu. Adakah kita pasti pak lah dan keluarganya, nuor dan keluarga, semua pemimpin pembangkang tdk mengguna kelayakan suami mereka. Kecil atau besar, tetap mengguna kelayakan itu. Bala, bencana yg kita terima, jgn terlampau dikait dgn org lain kecuali ia memang patut seperti kerakusan balak.
ReplyDeleteKita semua tau bala ini kemungkinan dtg akibat perbuatan kita sendiri. Tapi sedarkah kita bencana ini ada tujuannya juga. Bila sentuh akhir zaman, imam mahdi, pasti kata jihad keluar dr mulut. Sedarkah kita perang akhir zaman itu teramat dahsyat, bukan lagi mcm banjir bahkan banjir darah, harta jgn cakaplah, hancur abis. Bagaimana mau jihad, banjir yg Allah hantar kpd kita, lihatlah apa yg berlaku. Kita sabar. Kita redha. Kita ikhlas. Kita bercerita benar. Kita penyebar cerita kebaikan.
ReplyDeleteKita memang telah berada di akhir zaman. Dlm sepuluh tahun kedepan, kita akan menghadapi lebih byk dugaan yg tdk pernah kita duga. Selain dr teguran Allah, Allah juga mau mendidik kita menghadapi ancaman sebenar, keadaan sebenar ketika perang zaman imam mahdi.
Allah bagi sedikit, berjayakah kita mengharunginya, berjayakah kita mengatasinya, adakah kita membantu sesama muslim, apakah tindakan kita, sabarkah kita.
Bersabarlah kita semua dugaan, bala, bencana yg akan kita hadapi 10 tahun kedepan. Inilah waktu kita mendidik diri kita, anak kita, keluarga kita sebelum kita melalui selepas 10 tahun itu, kita akan masuk fasa yg benar benar dahsyat, tiada siapa lagi yg bantu, hanya kita dan keluarga yg berjuang sendiri. Kerana itulah keadaan dunia.
Salam. Itulah sebabnya setiap perbuatan yang bersalahan itu perlu dikritik dan diadili. Kerana manusia diingatkan supaya mendahulukan 'kemuliaan' peribadi yang terbaik untuk diangkat sebagai pemimpiin walaupun yang diangkat olih warga merhean itu bukan dari golongan yang 'terpileh'. Sememang kita sedar akan kelemahan namun kita tidak bolih berdiam diri kerana akibatnya akan merosakkan Melayu dan Islam itu sendiri. Sebelum menjadi lebih parah, eloklah diperbetulkan itupun kalau kita masih ada kesempatan.
DeleteSekarang kita dpt air melimpah, nanti tiba giliran kita kemarau pjg, selangor dah dpt, Allah begitu menyayangi kita, Allah suruh kita bersedia dlm semua hal termasuk hati dan akal dlm bertindak sebelum kita dihadap dlm suasana yg begitu dahsyat. Ketika itu tdk ada lagi pemerintah sama ada negara atau negeri, sikap zaman barbar, tartar, seganas ganas manusia semua muncul, kuatkan perpaduan islam kita dr sekarang. Amin
ReplyDeleteMohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..
ReplyDeleteBlogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.
Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.
Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..
Serang Kelantan..
Operasi Tsunami Kuning.
Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??