Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Hanya penyokong dan pengampu Najib serta ahli UMNO yang 'dikategorikan' bangang olih Najib saja yang 'mengangkat' Rosmah sebagai 'First Lady of Malaysia'. Hanya kerana beliau adalah isteri dan selalu menemani dan berada disisi Najib maka 'berduyun-duyun'lah makhluk yang 'mencari' kesempatan ini mengelilingi beliau. Hinggakan ada sosek-sosek terdekat yang mendampingi Rosmah' ' mengatakan bahawa ' Rosmah' lebih berkuasa dari Perdana Menteri
Kenapa dan mengapa mereka mengatakan begitu, hanya mereka saja yang tahu sebabnya.
Sebenarnya bukan Rosmah seorang saja yang pernah menjadi isteri Perdana Menteri, banyak lagi isteri Perdana Menteri terdahulu yang mendahuluinya tetapi tidaklah seteruk 'begini cacian dan makian yang ditujukan terutama kepada seorang isteri Perdana Menteri. Kenapa ?
Sewaktu Mahathir memerintah, tidak, pula banyak 'terjahanan' dilakukam terhadap Siti Hasmah berbanding Rosmah, walaupun ada kedengaran suara-suara merdu mengatakan bahawa 'keluarga' Siti Hasmah ''semua'nya telah dijagai dengan baik olih Mahathir tetapi untuk Dr Siti Hasmah tidak pula kita dengar bahawa Dr Siti Hasmah menimbulkan 'kemudaratan terhadap imej. Perdana Menteri dan jauh sekali Dr Siti Hasmah dipandang serong malahan ramai pula yang menyayangi beliau. Sikap merendah diri dan air muka yang manis serta senyuman ikhlas beliau lah yang banyak ;melembutkan' hati-hati rakyat yang tidak menyukai Dr Mahathir.
Tetapi berbeza pula dengan Rosmah Mansor. Walaupun Rosmah Mansor dan Dr Siti Hasmah mempunyai minat yang sama terhadap bidang hiburan, namun Dr Siti Hasmah lebih condorong kepada bermain alat muzik seperti 'piano', tetapi Rosmah ini lain sedikit, beliau meminati hiburan . Mungkin beliau tidak pandai bermain muzik tetapi beliau lebih terdorong kepada menyanyi.
Nampaknya 'hobi menyanyi ' ini amat 'dekat' hatinya sehinggakan 'beliau' dikata mempunyai 'back-up' band nya sendiri. Semua tahu dan mahlum bahawa back-up yang akan mengiringi beliau setiap persembahan yang beliau 'anjurkan' samada difunction di Kediaman Resmi Perdana Menteri mahupun di'function-function' yang melibatkan beliau bersama . Begitulah 'taksub;'nya isteri Perdana Menteri ini.sehingga dikabarkan juga sewaktu percutian Najib ke Hawaii sewaktu bermain Golf dengan Obama dimana negara sedang dilanda banjir dan Najib dihentam secukupnya, 'back-up' bandnya juga turut serta disama.
Sewaktu kehilangan MH 370 dahulu, beria-ia benar Rosmah turun padang ke KLIA menziarahi keluarga mangsa, sampai 'bengkak' mata' menangis dan berdakapan dengan waris mangsa, seumpama , saudara kandung sendiri yang menjadi mangsa' Dan begitulah keperihatinan yang ditunjukkan olih Rosmah yang 'diangkat' sebagai First Lady Of Malaysia' olih pemgampu-pengampu ini. ., Rata-rata semua orang 'terkedu' dengan keperihatinan beliau terhadap 'Trajedi MH370" dibuatnya. Kita ingatkan 'keperihatinan' ini berpanjangan namun...kini..lain pulak 'warna-warni' Rosmah kini.
Dikala seluruh rakyat negara ini berada didalam situasi gundah gulana, sedih dan berdukacita kerana 'bala' banjir sehinggakan ada keluarga yang kehilangan nyawa, harta benda dan macam-macam lagi, namun, kelibat 'First Lady Of Malaysia' tidak kelihatan dimana-mana. Walauppun Najib telah menyatakan bahawa beliau sememangnya 'dalam angin percutian' namun disebabkan 'bencana banjir' yang dipantau melalui 'Tweet' serta 'perkabaran' dari 'orang bawahan', beliau membuat keputusan untuk balik. Walaupun ketika itu rakyat tidak tahu dimana Najib berada dan Najib telah 'keluar' negara secara 'senyap-senyap', namun, apabila 'Washington Post' memaparkan diri Najib sedang 'bermain Golf' di Hawaii, barulah rakyat sedar bahawa Perdana Menterinya sedang bercuti di Hawaii bersama kauam kerabat dikala rakyat sedang 'bergelut' dengan 'kemusnahan nyawa dan harta benda'
Tetapi yang lebih malang dan mendukacitakan seluruh rakyat yang dalam 'kesedihan' ini Wanita Pertama Malaysia iaitu Rosmah atau FLOM seperti yang di'banggakan' gelerannya olih seluruh warga UMNO , kelibat Rosmah Mansor tidak menyertai Perdana Menteri untuk pulang bersama. Kenapa?
Adakah kerana ingin menyambut 'Christmas' bersama 'sahabat-handai' atau percutian yang telah dirancang terlebih 'penting dan utama' berbanding 'rasa simpati terhadap rakyat yang dipimpin olih suaminya? Atau adakah kerana 'rakyat bawahan' ini 'terlebih busuk' baunya untuk didakap dan dicium serta dibelai berbanding ' waris-waris MH 370" yang sememang dari golongan 'orang berada' yang sememangnya wangi?
Disini kita nampak bahawa tiada sifat perihatin dan ehsan yang ditunjukkan olih Rosmah kepada masyarakat, apa yang ditonjolkan adalah 'plastik' semata? Jadi lepas ni, adakah rakyat perlu menyambut atau meraikan 'kedatangan' Rosmah atau First Lady of Malaysia' ketempat anda?
Lu fikirlah sendiri.............
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment