TAUKE JUDI DAN KAKI JUDI DIANGKAT MENTERI MALAYSIA UNTUK BANTU KDN DALAM HAL KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN NEGARA!!! BIAR BETIK ZAHID HAMIDI? |
" KES PENJENAYAH JUDI HARAM PUN MENTERI
NAK MASUK CAMPUR"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Apakah Zahid Hamidi telah 'hilang taraf' apabila terpaksa tunduk hormat kepada Timbalan Pengarah FBI USA yang bukan se seorang yang bertaraf 'Menteri" ' mahupun seorang 'Ahli Kongres" untuk dijawap 'surat' nya , yang bertanyakan tentang 'seseorang yang sedang didakwa dan dituduh melakukan telah Jenayah ?
Tidak cukup kah sekiranya Ketua Polis Negara mahupun Pengarah Keselamatan Dalam Negeri saja untuk menjawap surat tersebut bagi pihak Kerajaan.ataupun Ajensi yang bertanggung-jawap ?Apa.perlunya seorang Menteri Kanan untuk menjawapnya? Adakah seseorang yang disiasat itu merupakan 'kaki tangan kerajaan'?
Yang menjadi persoalan , 'entiti' yang sedang didakwa dan dituduh telah melakukan 'jenayah' perjudian yang" bertaraf dunia dan telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar utama luar negara termasuk Bloomberg, perlu mendapat 'pelepasan ' dari Menteri Malaysia untuk 'membersihkan' dirinya? Apa yang hebat dan penting sangat berhubung ' entiti' ini kepada negara?
Seluruh Asia Tenggara telah 'mengikonkan' entiti ini sebagai 'Raja Judi"kerana kesalahan yang didakwa dilakukan di Macau sehingga entiti ini diusir dari negara tersebut,
Melalui surat yang dihantar ke US berhubung kes 'entiti' ini, secara tidak langsung, Zahid telah mengaku bahawa 'entiti' ini merupakan seseorang yang telah amat berjasa kepada negara kita, dalam erti kata sebenar ''sorang yang 'membantu dalam keselamatan dan kepentingan negara . Secara tidak langsung 'keperibadian' nya telah 'dibersihkan' olih Zahid,mahupun KDN apabila 'mengaku' bahawa entiti yang dimaksudkan merupakan 'seseorang yang banyak membantu beberapa ajensi di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia ' terutama berkaitan keselamatan dan kepentingan negara".
Apakah yang dimaksudkan olih Zahid 'membantu KDN dalam keselamatan dan kepentingan negara"?
Kalau seseorang 'tauke judi haram ' atau ' billionair perjudian haram' sudah semestinya 'cash berlambak' dalam tangan. Atau adakah 'dengan 'duit judi haram ' 'yang dimiliki entiti' yang dinyatakan ini digunakan untuk bantuan 'kerja amal' KDN '? yang mana selama ini banyak 'membantu untuk kepentingan negara'?
Keselamatan apa dan kepentingan negara, yang macammana yang bolih diperolehi dari seorang Raja Judi Haram @ 'tokeh judi'Haram?
Ataupun untuk kepentingan dalam negara bagi membiakkan lagi ''rumah judi haram' dinegara ini yang dimaksudkan?
Ataupun negara menggunaka 'duit judi haram untuk digunakan bagi membuat 'projek KDN" agar 'duit haram' ini bolih masuk dalam 'sistem' untuk 'dicuci' atau dihalalkan?
Ataupun 'entiti' ini memberi 'bantuan' khidmatnasihat kepada Agensi dibawah KDN , cara bagaimana untuk memerangi 'Judi Haram dan Pelacuran"? Tak mungkin yang ini kot, sebabnya ' entiti inikan ''Tokeh Judi Haram".
Kenyataan yang dibuat olih Shafee Abdullah dibawah ini bolih dijadikan rujukan.
.
"Apa yang Zahid katakan tepat dan benar. Paul juga memberi bantuan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam hal berkaitan keselamatan dan kepentingan negara." -
SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia.
Surat itu, yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano, mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang ada kaitan dengan keselamatan negara.
Apa yang dapat disimpulkan Kerajaan pemerintah tidak lagi melihat akan latar belakang seseorang untuk diterima bantuannya. walaupun seseorang itu 'bertaraf tokeh judi haram'.
Apa yang penting seseorang itu sanggup memberi 'bantuan' demi kepentingan negara walaupun . dari hasil yang haram'.
Bermaharajalelalah 'mafia-mafia judi haram ' yang 'kaya raya' dan yang bertaraf 'Jutawan mahupun Billionair' kerana 'kekayaan "dan 'duit' mereka telah berjaya membutakan mata Menteri-Menteri dan 'Pemimpin'masa kini.
'.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment