Friday, 21 February 2014

THE PROMISED LAND : ANUTAN ISLAM DI PENGHUJUNG ; BAHAGIAN 3

DEMI KEBANGKITAN ISLAM 'PENGAJIAN CARA LAMA'
BAKAL MUNCUL DIBUMI NUSANTARA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Tiada seinci pun bumi yang dihuni olih majoriti umat Islam yang tidak bergolak kecuali Brunei. Dari sebesar-besar negara sehinggalah sekecil-kecil negara semuanya tidak terkecuali. Samaada bergolak kerana merebutkan kuasa atau bergolak kerana kefahaman agama anutan masing-masing atau bergolak kerana di'racun' hati dan fikiran olih 'musuh Islam', semuanya tidak terkecuali.

Perbezaan pendapat atau ketidak puasan hati didalam sistem perjalalanan sesebuah Kerajaan mahupun 'ketaksuban beragama' selalunya dijadikan alasan untuk 'memberontak ataupun menghukum mahupun berperang Tanpa memperdulikan ajaran-ajaran Kitab Allah atau seruan Nabi Nabi atau Rasul Rasul terdahulu, membuatkan, umat manusia kini amat rakus didalam 'memeluk' kuasa.

Tanpa rasa bersalah atau bersimpati terhadap nasib yang diterima olih rakyat kebanyakan, maka, segala perancangan dicipta untuk 'mencari keuntungan' untuk sebelah pihak saja tanpa memperdulikan hukum hakam Tuhan.  Berselindung atas dasar 'kesamarataan' sesama manusia, maka, banyak kemusnahan telah tercipta samaada terhadap temadun manusia atau tata susila kemanusiaan atau peradaban manusia, semuanya cuba dimusnahkan sedikit demi sedikit.

Dengan manyalahkan 'syaitan' dan berselindung dari kejahilan diri dari 'ajaran sebenar' telah membuatkan manusia hilang pertimbangan. Asas akal dan hati yang sepatutnya dijadikan 'tempat' pertimbangan kewarasan  tidak dipupuk dengan 'perasaan kasih dan sayang' dan mengingati 'Tuhan" telah  menjadikan makhluk dibumi dari yang pandai berkata-kata dan berhujah tidak dijadikan 'sempadan' didalam setiap tindakan. Maka dengan 'kegopohan' ini maka berlakulah bermacam-macam melapetaka.

Keagungan agama yang dijunjung diawalannya,yang bertunjangkan kepada Al Quran dan Sunnah yang sepatutnya menjadi benteng keimanan diri, kini, semua itu menjadi longgar atau terlucut dari diri. Kenapa ini terjadi? Semaian 'biji' keyakinan dan keimanan yang disirami dengan rasa merendah diri yang sepatutnya tumbuh subur nampaknya menjadi layu dan gersang. Jolokan dari penanam-penanam 'ladang' yang sepatutnya membuahkan hasil tuaian yang berkualiti tinggi nampaknya 'bertukar menjadi 'hasil' yang tidak berguna untuk dipasarkan.

Begitulah hakikatnya umat Islam kini, yang sedari kecil sehingga mencapai umur akhil balik yang sememangnya didedahkan dengan keilmuan Islam tetapi tercabut pegangan
keimanan' nya hanya kerana 'bisekan-bisekan' serta 'lakonan-lakonan' yang dipertontonkan' dihadapan mereka yang berlaku tanpa 'suntingan' telah mengakibatkan 'kegoyahan keimanan". Begitulah akibatnya apabila pendedahan 'kejadian alam yang serba terlanjang ini,apabila gagal ditapis seumpamanya mengakibatkan 'persoalan-persoalan' tentang hak diri serta hak peribadi ' dijadikan sandaran untuk 'menafikan' hak Pemunya.

Perkara yang serupa berlaku juga dinegara ini. Pada awalannya hanya bangsa Nusantara yang berdarahkan Melayu menjadi peribumi namun peredaran masa berlaku disetiap pusingan dan manusia menjadi semakin 'terbuka' dan maju. Islam yang dibajai sedari awal dan diterjemahkan melalui 'sunnah-sunnah yang dipraktikan'  maka penduduk awal berjaya merubah kehidupan. Dari kelompok yang sememangnya buta huruf telah digilap ibarat permata, maka pada akhirnya 'pembacaan'Kitab Al Quran adalah kejayaannya.'

Bertaktih taktih diawalannya sehinggalah 'tahfiz' kesudahannya, maka, pembongkaran satu persatu ayat Al Quran digali tanpa henti. Satu persatu 'ilmu dunia' diperjelaskan. Bertiti-titi ayat diamalkan . Jubah,baju, palikat serta serba serbi diulit dengan kalimah kalimat Allah SWT diperisikan , berkesudahan lahirlah pakar-pakar pengkaji ilmu 'spritual' . Kejayaan yang ditempa bukan saja sebagai penempel tetapi 'keperdanan ilmu' yang dimiliki tiada tolok bandingnya. Kalau bangsa ARab hanya berupaya 'menghafal' bacaan namun ketelitian didalam menterjemah ayat yang dipadankan dengan 'amalan' berpanjangan telah berjaya merubah 'keseluruh' strukur kalam Allah itu.

Kedalaman ilmu yang dipelajari dan diamalkan telah memungkinkan 'ilmu ghaib' dikecapi. Walaupun 'sifat keanihan ilmu' ini tidak terjadi dizaman Rasullulah,namun, dizaman awalan nusantara 'perkara' keajaipan' yang tidak diterima akal' ini  berlaku, namun, 'misteri'nya masih terkesan dan berkesan sehingga hari ini.  Kehebatan ilmu yang dimiliki olih sesetengah 'pemacunya' telah berjaya memberi impak yang besar kepada temadun bangsa Melayu.

Tetapi kehebatan sifat pemacu ilmu terdahulu  tidak lagi terdapat dimasa kini. Apa yang dimiliki atau yang dipelajari kini semuanya 'tergabung' semata-mata kepada permukaan ayat-ayat  'Al Quran" saja " dan kebanyakan pelajaran hanya tertumpu kepada Al Hadith. Penggalian 'ilmu Al Quran' hanya tertumpu kepada 'ayat-ayat tertentu dan tidak menyeluruh. Segala 'zat ayat' tidak lagi tercungkil olih manusia kini.

Apa yang berlaku kini,ulama-ulama Nusantara berkecamuk pendirian diantara satu sama lain dan ini ;mendinginkan' lagi penggalian 'cara lama'. . Perbezaan dan kesepakatan tidak lagi menjurus kepada 'perpaduan'. Ulama  ulama pula terpecah kebeberapa kelompok dan ini mengakibatkan 'perpecahan' masyarakat Islam.

Ketaksuban sesetengah masyarakat Islam menjadi amat ketara selepas tahun 1900 an .Pertikaian kelompok semakin menjadi-jadi,  Ada yang berpegang kepada Sunnah ada yang Syiah adapula Wahabi dan bermacam-macam lagi. Kebanyakan anutan yang diterima pakai olih masyarakat Nusantara 'masih' lagi terikat  dengan 'acuan' dari negara Arab yang kebanyakanya bukanlah berlandaskan kepada suruhan  Al Quran sebenar tetapi disebabkan kerana ketaksuban terhadap bangsa Arab maka 'perbezaan' ini diketepikan.

Kini dunia Islam didalam 'kepanasan' akibat kesalahan sendiri. Kegagalan mengikut kehendak sebenar ajaran Al Quran seperti yang disunnah tidak dipraktikan dan ini telah menyebabkan berbagai-bagai 'dugaan' tertimpa keatas mereka. Mereka bukan saja dimalukan olih bukan Islam malahan dijadikan pula 'mangsa sembelihan tanpa kesihan. Begitulah 'azab' yang perlu dilalui olih bangsa yang 'menafikan dan memfitnah ' Nabi Muhammad s.a.w. ini..

                                           ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. Umat awal Islam sgt mementingkan pengajian Al Quran dan Sirah (Sirah Nabi saw dan Sahabatnya).
    Quran sbg asas pokok panduannya, Sirah sbg penterjemahan dan penafsiran praktikalnya dlm kehidupan dr segenap segi, perseorangannya, msyktnya, bernegaranya dsb.
    Bila dua asas ini difahami, dgn hati yg ikhlas, segalanya dilakukan demi utk mendpt redha Allah swt dan segala perlakuan dpt dirasakan sentiasa diawasi Allah swt dan sentiasa juga merasa takut akan murkanya, nescaya tidaklah syaitan dpt berperanan, walau apa fitnah dan ujian yg mendtg.

    ReplyDelete