Saturday, 22 February 2014

THE PROMISED LAND : KATA DUA : HIDUP ATAU MATI

MASA DEPAN CINA DAN INDIA BAKAL 'TERGADAI'
DI PRK KAJANG ????

                                                 "CINA DAN INDIA BAKAL TERSISIH"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Semua sedia maklum bahawa pada PRU 13 yang lalu keseluruhan kaum Cina dan sebahagian India telah berpihak kepada pembangkang yang pada akhirnya keseluruhan kerusi selesa bagi BN di Selangor dan juga beberapa kerusi milik BN yang diwakili olih kaum bukan Melayu telah berpindah kedudukan kepada pembangkang, sehinggakan PRU 13 dikenali sebagai Tsunami Cina atau Tsunami Bukan Melayu.

Dengan  harapan yang menggunung tinggi dan mengharapkan Pembangkang dapat menguasai Kerajaan namun impian itu tidak tercapai bilamana keseluruhan wakil dari UMNO yang bertanding, majoriti kerusinya telah berjaya dikekalkan. Itulah hakikatnya.

Dengan terjadinya 'tsunami PRU 13 ' tersebut telah membuktikan bahawa kaum Cina terutama DAP dan juga keseluruhan bangsa Cina samaada dari MCA, Gerakan mahupun parti parti yang lain telah 'melonggokkan' undi mereka kepada pembangkang. Kini  mereka merasa tertekan kerana apa yang dirancangkan tidak menjadi. Apa yang terjadi kini, tembelang bangsa mereka telah diketahui olih orang Melayu keseluruhannya dan ini membuatkan mereka sedikit tertekan. Mereka mula merasakan diri dan kaum mereka 'terancam', kerana takut di'boikot; olih Melayu.

Untuk menunjukkan 'rasa bersalah' diatas apa yang dilakukan olih bangsa mereka terhadap kepercayaan orang Melayu ataupun parti pemerintah, maka, pemimpin Cina dari MCA dan juga Gerakan 'menarik diri' dari menyertai barisan kempimpinan Kerajaan BN Dengan itu tiada seorangpun wakil,bangsa Cina dari MCA mahupun Gerakan membarisi barisan Kabinet walaupun terdapat beberapa wakil rakyat mahupun Ahli Parliment mereka berjaya mempertahankan kerusi masing-masing. Kemenangan beberapa wakil MCA serta beberapa kerat pemimpin India adalah sumbangan atau undi yang dimenangkan olih orang Melayu sendiri.

Terkesan dari keputusan PRU 13, terkini, orang Cina sekali lagi diuji 'pegangan politik " mereka terhadap Kerajaan. Melalui 'jerat' Anwar Ibrahim di Kajang kali ini,n kaum Cina diuji 'kesetiaan' mereka' terhadap Barisan Nasional. Samaada kaum Cina dan India masih bersama BN atau sebaliknya bakal diketahui dalam masa terdekat.  PRK Kajang kali ini  akan 'menentukan' hidup mati' dan 'masa depan' orang Cina dan India , samaada, Kerajaan Barisan Nasional akan terus 'memberi' perhatian  atau terus membela' bangsa Cina dan India atau sebaliknya, semuanya bakal terjawap pada keputusan PRK di Kajang ini. .

SEKIRANYA KAUM CINA DAN INDIA MEMILEH ANWAR IBRAHIM BERBANDING CALON MCA                                    MAKA 'SAH' BAHAWA GOLONGAN INI MENOLAK BN

                                                        

                         

ADAKAH MELAYU AKAN MEMBULATKAN UNDI KEPADA MCA? ATAU ADAKAH MELAYU AKAN 'MEROSAKKAN UNDI'? ATAU ADAKAH CINA AKAN MEMILEH PEMIMPIN CINA BERBANDING PEMIMPIN MELAYU?


Sekiranya didapati kaum Cina dan India  menolak calon BN dari MCA, maka, pada PRU 14 yang akan datang 'pengagihan kerusi' untuk calon dari MCA,Gerkan dan juga MIC akan menjadi lebih sukar untuk 'dipertimbangkan atau harapkan'.  Dan inshaallah, PRU 14 akan datang, hanya calon UMNO dari BN saja yang akan mendemonsi semua kerusi yang bakal dipertandingkan. Medan di Kajang ini merupakan 'pilihan' kaum Cina dan India untuk 'membuktikan' kesetiaan mereka terhadap Kerajaan BN.

Untuk itu orang Melayu tidak perlu gusar dengan 'keputusan' PRK Kajang ini. Samaada PKR menjulang 'piala kemenangan' atau sebaliknya, keputusan masa depan 'bangsa Cina dan India' bersama BN' adalah  signal untuk 'PRU 14.

Maka PRK Kajang ini diibaratkan sebagai ' hidup dan mati' nasib politik kaum Cina dan India bagi melangkah untuk bersama-sama UMNO didalam BN .

                                      ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment