Thursday, 27 February 2014

THE PROMISED LAND ; MPKN ALAT NAJIB MEREMEHKAN MELAYU DAN ISLAM

SEDARLAH ORANG MELAYU DAN ISLAM
MPKN ADALAH PEROSAK MELAYU DAN ISLAM
AJENDANYA MENYELEWENG
INIKAH  YANG NAJIB CATURKAN???
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Adakah Najib yang"mencorakkan" arah dan halatuju MPKN yang didendangkan ini. Belumpun sampai keakar umbi untuk perlaksanaan, Ahli Majlis MPKN 'pilian Najib' telah mula membuat onar dan duri terhadap badan yang diiktiraf Kerajaan Selangor iaitu JAIS dalam menguatkuasakan 'syariah Islam' seperti yang dibenarkan dalam enekmen Negeri Selangor.

Dan yang terbaru pada 22 Februari 2014, di DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar kategori 'bangsa' dihapuskan dalam borang-borang rasmi. Antara yang dibangkitkan oleh para peserta yang rata-ratanya dari ASLI, COMANGO, KRYSS, KOMAS, Jemaat Ahmadiyah Sabah, QADIANI yang mana sebahagiannya turut menganggotai COMANGO, ialah berkenaan penerimaan terhadap golongan songsang, menolak hak mana-mana kaum untuk mengaku sebagai penduduk asal, hak untuk murtad dan juga saranan untuk mengiktiraf ajaran Syiah.

Dan sedarkah Najib bahawa berbagai tomahan dan cercaan dilakukan terhadap Melayu dan Islam olih ' ajen' yang 'merangkap' ahli MPKN ini?

MKPN ini telah diumumkan Najib pada 23 November lalu sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.

Antara ahli MPKN ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Lee Lam Thye, Tan Sri Ramon Navaratnam, Dr Micheal Yeoh Oon Kheng, Datuk Datuk Johan Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Saifuddin Abdullah, Anas Zubedy, Wardina Saffiyah, Mohamed Maliki Mohd Rapie dan Jagir Singh

Yang mana satu pegangan Najib ni, walhal Najib sebelum ini dalam kenyataannya telah berikrar untuk menolak liberalisme dan akan mempertahankan kalimah Allah tetapi perkara sebaliknya telah dilakukan olih Ahli Majlis yang dipilih olih Najib.  Siapa ikut siapa? Atau adakah ini 'arahan Najib'? Atau Najib tengah 'main wayang'?

Mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) telah mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan Jais kerana membuat serbuan serta merampas lebih 300 nashkah bible

Melihat dari apa yang berlaku, tertanya pada diri, apa yang Najib ingin 'perjuangkan'? Adakah beliau 'mengiktiraf' apa yang diperjuangkan olih Kelompok MPKN ini. Atau adakah 'cercaan dari ahli MPKN" ini dapat 'merapatkan hubungan sesama kaum'. Atau ahli Majlis MPKN pilihan Najib membelakangkan arahan Najib atau sememangnya Najib 'berselindung' dibelakang tabir, semata-mata mahu 'menghancurkan' Melayu dan Islam secara terancang?

Nampaknya Najib berhutang kepada orang Melayu dan Islam dan beliau wajib 'mencerahkan' apa yang berlaku ini sekiranya beliau ada 'maruah'.

Kalau seorang Presiden UMNO sendiri telah menikam Melayu dan Islam dari belakang apa lagi yang Melayu UMNO tunggu????
                                       terkilan hati :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment