BENARKAH HADITH SEBAGI PENJELAS KEPADA AL QURAN YANG PENTING SEMUA BERSUDUD DIHADAPAN ALLAH BIARLAH ALLAH ,MENJADI HAKIM DAN JANGAN PULA KITA MENGHKIMI MANUSIA. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Akhir-akhir ini bermacam-macam pandangan yang mengaku ilmuan agama 'timbul'.dan bermacam-macam pandangan diberikan. Ada yang menerima dan ada yang menolak. Samaada pandangan seseorang itu benar atau sebaliknya hanya Allah SWT sebagai 'HakimNya". Walau apa pun yang membezakan pandangan seseorang maka kembalilah kepada Al Quran.
Dibawah ini saya copy paste tajuk yang ditulis didalam sebuah akhbar tempatan. Apa yang dituliskan amat menganggu apabila dikata Al Quran memerlukan Hadith untuk menegakkan hukumnya. Apa benarkah 'kefahaman' ini?? Diharap dengan beberapa ayat-ayat Allah SWT yang dipetikan dari Al Quran dapat menjawap sendiri apa yang didakwa olih penulis tersebut.
Beriman dan mengikut Al Quran tidak mengcukupi??
Quran bersifat sebagai asas, manakala hadis bersifat sebagai penjelas kepada isi kandungan Al-QurAl-an itu. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan saling memerlukan. Firman ALLAH SWT.
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu (Nabi) menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (Al-Nahl: 44)
Potongan penuh ayat 44 Surah Al Nahl :
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan- keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan) dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Surah : Fussilat Ayat :3
Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya
Surah AlQasas. Ayat 002.
Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan.
Surah AsySyu’araa. Ayat 002.
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata
Surah AlAn'aam. Ayat 055.
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar) dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
Surah AlA’raaf. Ayat 174.
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran) dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
Surah AlAnbiyaa'. Ayat 010.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?
Surah AlHajj. Ayat 016.
Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata dan sesungguhnya Allah memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
Tidakkah sebahagian firman Allah SWT diatas menerangkan segala-galanya. Tuntutan ayat Al Quran adalah untuk manusia menterjemahkan ayat-ayat Nya secara nyata didalam kehidupan seharian bagi mereka yang mempercayai Tuhan Yang Esa dan Kitab-kitabnya.
.
Seseorantidak mungkin akan dapat solat kecuali dengan merujuk hadis-hadis Nabi SAW. Ini kerana di dalam Al-Quran tidak memperincikan tatacara solat. Hal ini sahaja sudah jelas menunjukkan bahawa Al-Quran dan Hadis itu tidak mungkin dipisahkan.
Bagi menjawap persoalan yang dilontarkan diatas ini jawapan saya :-
Walaupun bentuk sembahyang tidak dinyatakan secara nyata didalam Al Quran tetapi bentuk cara bersembahyang Rasulullah itu yang diikut. Cara-cara perbuatan mendirikan solat yang dilakukan olih Rasullulah dihadapan pengikutnya, itulah contohnya. Contoh perbuatan yang dilakukan itulah yang kita panggil 'sunnah'. Sepertimana contoh perbuatan yang diikut olih Baginda Rasullulah s.a.w mengerjakan haji kerana semua bentuk perbuatan tersebut adalah contoh perbuatan yang dilakukan olih Nabi Ibrahim terdahulu serta contoh perbuatan 'berlari-lari anak , berulang alik serta 'mengelilingi kaabah', semua ini sunnah contoh perbuatan dari Nabi Ibrahim. Walaupun tidak ditulis secara detail tentang berapa kali perlu mengelilingi Kaabah tetapi contoh yang terdahulu yang dilakukan itu yang dipraktikan atau yang diikut sehingga kini. Ini yang dipanggil 'sunnah'.
Sesiapa yang mendakwa cukup baginya Al-Quran dan tidak perlu kepada hadis, sungguh dia telah tersesat bahkan dia tidak beriman dengan Al-Quran sendiri yang menyuruh supaya berpegang dengan hadis dan mengikuti sunnah. Firman ALLAH, “Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman hingga menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka terima dengan sepenuhnya.” (Surah Al-Nisa: 65)
Jangan kita 'menjadi hakim' kerana kita yang bakal dihakimi. Umat Islam wajib beriman dengan AL Quran dan Sunnah. Disini yang ramai terkhilaf. Al Quran adalah pegangan yang diwajibkan. Sunnah adalah 'contoh' atau bentuk perbuatan ' yang diikuti 'seperti, sembahyang, menunaikan cara cara kesempurnaan haji, ' seperti yang dicontohkan olih Nabi dann Rasul terdahulu bukan hanya contohan dari Nabi Muhammad sa.w. saja. Dan 'hadith' adalah ' susunan kata-kata' yang di'kata' disabdakan olih Baginda Rasullulah Nabi Muhammad s.a.w dan didalam kategori 'hadith' ini pula ada yang 'sahih' ada yang tidak dan 'lemah' . Olih itu kedudukan 'hadith' bukanlah 'wajib' seperti kedudukan 'ayat-ayat Allah yang bersifat ; BENAR' T
Allah SWT juga berfirman, “Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasulnya (Al-Quran dan Al-Sunnah)” (Surah An-Nisaa: 59)
Ulama tafsir sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan kembalikan kepada ALLAH dan Rasul dalam hal yang diperselisihkan adalah kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini juga menunjukkan bahawa Al-Sunnah memiliki kedudukan sebagai penentu hukum dalam Islam bersama-sama dengan Al-Quran, dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.
Benar, tetapi kenapa menganggap bahawa 'hadith' itu Sunnah. Sedangkan 'sunnah' itu adalah contoh perbuatan dari Nabi Nabi dan Rasul Rasul terdahulu.dimana terdapat 25 Nabi dan Rasul yang disebut.
16-64: Dan tiadalah Kami (Allah) menurunkan kitab (al-Qur’an) kepada engkau (wahai Muhammad), melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya; dan (supaya menjadi) petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
16-104: Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
ikhlas dari ;- Cahaya Al Majid
blogger nie anti hadis..boleh kene tangkap nie..sunnah tuh hadis la..habis tu kalau sunnah adalah perlakuan rasullah .... macam mane bende tu boleh di rakam ..rakam dalam pita ke ??..tentu la rakam dalam hadis ....ayoooo banyak bangang ini orang....
ReplyDeleteDiharapa penjelasan 'dibawah ini dapat menilai perbuatan dan perjalanan anda yang anda kata mengikut 'hadith' .
ReplyDeleteكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ قَالَ : (اَللهُ اَكْبَرُ) وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا قَبْلَهَا وَلاَتَلَفُّظُ بِالنِّيَّةِ . وَلاَ قَالَ : اُصَلِّيْ ِللهِ صَلاَةً كَذَا مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اِمَامًا اَوْ مَاْمُوْمًا . وَلاَ قَالَ : اَدَاءً وَلاَ قَضَاءً وَلاَ فَرْضَ الْوَقْتِ . وَهَذَا عَشْرُ بِدْعٌ لَمْ يَنْقُلْ عَنْهُ اَحَدٌ قَطْ بِاِسْنَادٍ صَحِيْحٍ وَلاَضَعِيْفٍ وَلاَمُرْسَلٍ لَفْظَةً وَاحِدَةً مِنْهَا البَتَّة . بَلْ وَلاَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ وَلاَ اِسْتَحْسَنَهُ اَحَدٌ مِنَ التَّابِعِيْنَ وَلاَ اْلاَئِمَّةِ الاَرْبِعَةِ وَاِنَّمَا غَرَّ بَعْضَ الْمُتَاَخِّرِيْنَ مِنْ قَوْلِ الشَّافِعِي
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila berdiri untuk solat mengucapkan (Allahu Akbar). Tidak pernah baginda berkata sesuatu sebelumnya dan sama sekali tidak pernah melafazkan niat. Baginda tidak pernah melafazkan: Sengaja aku sembahyang menghadap kiblat empat rakaat imaman atau makmuman kerana Allah. Tidak pernah melafazkan tunai atau qadza atau difardukan kerana masuk waktu yang mana ini semua adalah bid'ah. Tidak pernah disalin (melafazkan niat) sama ada melalui (hadis) sahih, hadis lemah, dari musnad atau berupa hadis mursal walaupun satu lafaz darinya. Sebaliknya tidak pernah juga disalin walaupun dari seorang sahabat, dari sangkaan baik oleh tabiin dan tidak juga dari para imam yang empat. Namun terdapat sebilangan dari orang-orang terkemudian tergesa-gesa (kurang memahami) tentang qaul asy-Syafi’e”. (Lihat: زاد المعاد. (1/201). Ibn al-Qaiyim)
Kalau anda mengatakan sunnah dan hadith itu sama, kenapa, anda tidak mengikut seperti apa yang putuskan olih 'hadith' .
sapa perawi hadis ni ..sapa ibn qaiyim nie...sah2 petikan hadis palsu ....aiyo..hadis mana ko petik ni..tak de perawi ..tak da sanad ..jangan la ko nak memandai2.....aku tahu la mana palsu mana benar....jgn la nak mengelirukan orang .... aiyoooo.......
ReplyDeleteصَلُّوا كَمَا رَأيْتُمُوْنِيْ اُصَلِّى
ReplyDeleteSolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُوْر ، وَتَحْرِيْمُهَا التَّكْبِيْرُ ، وَتَحْلِيْلُهَا التَّسْلِيْمُ
“Kunci (pembuka) sembahyang itu adalah kebersihan (wuduk), pengharamannya (dari melakukan kerja yang lain dari sembahyang) ialah takbir dan penghalalannya ialah salam”. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 60. at-Tirmizi, no. 3. Ibnu Majah, no. 275. Dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh adz-Dzahabi. Syeikh al-Albani turut mensahihkannya. Lihat: Sahih al-Jami’, no. 5761 dan al-Irwa’ no. 301)
Hadis ini menjelaskan bahawa pembukaan solat itu ialah dengan berwuduk dan pengharamannya pula ialah takbir bukan melafazkan niat. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjadi contoh dan ikutan yang wajib dipatuhi. Baginda tidak pernah menguatkan suaranya semasa berniat. Baginda tidak pernah menghalalkan umatnya berbuat sesuatu dalam urusan solat yang tidak pernah diperintahkan oleh syara’, kerana syarat sahnya solat ialah hanya setelah mencontohi solat baginda sebagaimana sabdanya:
Dari Aisyah radhiallahu 'anha: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memulakan sembahyang dengan takbir dan bacaan al-Hamdulillahi Rabbil Alamin”. (Hadis Riwayat Muslim)
اَنَّ النَّبِيَ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالصَّحَابَة كَانُوا يُفْتَتحُونَ الصَّلاَةَ بِالتَّكْبِيرِ
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan juga para sahabat memulakan sembahyang mereka dengan takbir”. (Mutawatir)
قَالَ الشَافِعِيُّ : وَالنِّيَّةُ لاَ تَقُوْمُ مَقَامَ التَّكْبِيْرِ ، وَلاَ تجْزِيه النِّيَّة اِلاَّ اَنْ تَكُوْنَ مَعَ التَّكْبِيْرِ لاَ تَتَقَدَّم التَّكْبِيْر وَلاَ تَكُوْنُ بَعْدَهُ
“Berkata asy-Syafi’e: Niat tidak boleh mengambil alih tampat takbir, tidak diterima niat kecuali setelah mahu bertakbir, tidak boleh diseiringkan dengan niat dan tidak boleh niat selepas takbir”. (Lihat: al-Umm, hlm. 99-100. Bab النية فى الصلاة jld. 1)
Di dalam kitab-kitab ulama fiqh (اَلْفُقَهَاءُ) seperti Imam asy-Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi yang sentiasa berpegang kepada sunnah, maka tidak seorang pun dari mereka membolehkan berniat dengan kuat (جَهْرًا).
Perkara ini telah diperjelaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah:
“Melafazkan niat secara jahrah tidak pernah disyariatkan walaupun oleh salah seorang ulama Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para Khulafa baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulamanya”. (Lihat: al-Fatawa al-Kubra, Jld. 1. Hlm. 1. Ibn Taimiyah.
Fikirlah sendiri !!!!Kalau nak jumpa jalan yang lurus.