KABINET PONDAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Setiap hari kena balun dengan Cina DAP, pemimpin UMNO tak berani jawap!!!
Kelemahan demi kelemahan dipaparkan. Nak kata Melayu, Melayu hanya sebutan dibibir saja. Nak kata Islam mungkin dari luaran saja. Nak kata berhati Melayu, kaum Cina pula menjadi pujaan. Nak kata Islam keutamaanya...gaya hidup Islam belum lagi 'tersisip' dalam kehidupan.
Nak kata hebat, kehebatan belum terbukti. Nak kata pandai, kepandaian tidak terserlah. Nak kata berilmu, 'ketampakan ilmu' tidak menyerlah. Nak kata berkepakaran, kepakaran hanya dituntut dari 'punasihat'.
Semenjak Najib mengambil alih jawatan dari Pak Lah, kita menyangkakan banyak kebaikan dan bertambah makmur orang Melayu tetapi sebaliknya pula terjadi. Kita ingatkan 'dasar' yang terbuka yang diamalkan olih Pak Lah akan disusun atur semula olih Najib tetapi tidak. Bertambah buruk pula 'amalan' dibawah Najib
Kelancangan mulut serta kebiadapan bukan Melayu semakin terserlah dan semakin menggila. Pemimpin pembangkang semakin 'lantang' menguncah Melayu dan Islam. Kalimah Allah 'tergadai' di mahkamah. Kata-kata pemghinaan terhadap Melayu serta agama Islam tidak diendahkan. Namun kecintaan Najib terhadap Cina dan India semakin ketara. Musuh 'pemimpin Melayu' atau UMNO iaitu Hindraff diangkat sebagai Menteri. Keperluan Cina dan India didahulukan. Semua tindak tanduk ini 'meluluhkan' hati hati orang Melayu.
Dimana suara Najib, dimana tindakan Najib, dimana salakan Najib, dimana amaran Najib, semuanya dibiarkan tanpa pembelaan.
Najib menikus, Najib membisu, Najib terdiam...bolihkah Najib 'membela' Melayu dan Islam??
Jauh panggang dari api. Kerana ingin menjaga hati dan perasaan 'kawan'kawan' sealiran dalam BN , yang sememangnya sudah 'kelemasan, dan menganggap bahawa Melayu selamanya akan 'menyokong beliau', nampaknya, 'sifat rasa' beliau telah jauh tersasar. Tanpa berusaha untuk melakukan yang terbaik demi kebaikan orang Melayu serta Islam, akhir akhir ini Najib diserang mahupun dikritik olih rakyat dan menambah derita Najib lagi, 'mantan-mantan menteri kanan' serta 'mantan Perdana Menteri' mula 'bersuara' .
Mungkin kerana 'merasakan' dirinya hebat, maka, semua itu tidak dipedulikan. Kebanyakan tindakan beliau mendatangkan 'kemudaratan' kepada negara dan Melayu tanpa beliau sedari. Sehinggakan 'isu kangkung' yang menjadi 'viral' rakyat Malaysia, dianggap suatu yang memalukan institusi Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. Tanpa merasa malu beliau 'meneruskan' muka tebalnya untuk terus 'berdampingan' dengan kaum yang 'menghina' beliau sendiri.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri atau Presiden UMNO yang 'memuji' isteri sendiri didepan 'perhimpunan'. Belum ada dalam sejarah 'isteri perdana menteri' melebihi status Timbalan Perdana Menteri. Tetapi semua ini berlaku dibawah Najib. Apa sebenarnya yang diperjuangkan olih Najib ini
Pemimpin UMNO hilang hujah terhadap Pembangkang, hanyutlah..
LUARAN JE MACAM JANTAN TETAPI PADA HAKIKATNYA SEMUANYA PONDAN |
Nasib baik Melayu mempunyai 'NGO' yang bersuara lantang macam Perkasa dan Isma, kalau tidak lunyai 'maruah
' Melayu dikerjakn olih Cina DAP dan India Hindraff. Kalau nak mengharapkan Najib bersuara 'membantah tindakan kaum Cina' jauh sekalilah. Apalah nasib Melayu dibawah Najib ni, semakin hari semakin merosakkan. Pesanlah kepada Najib kalau tak berani untuk menempelak exterimist DAP ni, seeloknya..lepaskan jawatan..jadilah 'khalifah' untuk rumahtangga' saja, itupun entah bolih ke entah tidak..sebab..Rosmah lebih 'pandai'. Kata orang ' bukan takut bini cuma bini tak takut kat kita', itulah jawapan Najib seeloknya
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment