PESAWAT MH370 B777-200 BAKAL DIISTIHAR HILANG |
MALAYSIA DAN KEPIMPINAN NAJIB BAKAL DIMALUKAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Kini sudah melangkaui 3 minggu pesawat MH370 B777-200 milik MAS 'hilang'. Samaada ianya terhempas mahupun hilang atau dihilangkan, tiada siapa pun yang tahu. Malahan nasib semua penumpang berserta 12 anak kapal didalamnya juga menerima nasib yang sama.
Berminggu-minggu pencarian telah dilakukan dilautan Hindi dan bukan saja negara kita yang mencari malahan pencarian juga dibantu olih negara-negara yang lain seperti Australia, Jepun, New Zealand, China dan lain-lain. Samaada pencarian dilakukan melalui kapal terbang atau kapal laut malahan sistem pengesan satellite juga digembeling untuk pencarian ini, namun sehingga kini masih lagi belum bertemu 'jawapan' .
Bermacam-macam andaian telah dibuat olih ramai pihak namun dari kacamata saya , seawal hari pertama saya telah menjangkakan bahawa 'pesawat' ini dilarikan atau dipintas melalui 'teknologi' yang dimiliki olih US dan sekutunya Israel. Pesawat ini sebenarnya telah didaratkan di Diego Gracia pada hari tersebut. Dan selebihnya hanya US dan sekutunya saja yang mengetahui apa yang berlaku.
Kemungkinan untuk semua penumpang itu hidup adalah mustahil dan ketika pesawat sedang berada diketinggian 45,000 kaki selama 23 minit telah memungkinkan semuanya 'terkorban' kerana kekurangan oksigen. Mendaratkan pesawat serta melupuskan 'bangkai pesawat' bukanlah perkara besar untuk dilakukan di Diego Gracia.
Yakinlah tiada apa yang akan ditemui dalam pencarian di lautan Hindi, semuanya 'telah' diajenda olih US dan Israel Badan pesawat telah dileraikan seadanya dan enjinya pasti akan di'rekonkan' olih US untuk kegunaan dimasa hadapan untuk Israel. Tiada satupun kuasa didunia ini yang bolih 'menghalang' kejahatan mereka keculai Allah SWT.
Benar, negara kita sememangnya tiada berkemampuan untuk berhadapan situasi ini, kerana segala keputusan pencarian mahupun detail data , semuanya 'terletak' ditangan mereka dan sekiranya mereka menyorokkan satu 'dapatan' pun, mustahil kita akan mengetahui. Kita terpaksa bermaian diatas 'game' yang mereka ciptakan untuk kita. Walau apapun, pencarian ini bakal sampai dipenghujung dalam seminggu dua ini, kerana jangka hayat bateri 'ping' yang dikata menghantar signal akan kehabisan 'kuasa'.
Apabila 'ping' ini sudah 'mati' maka, usaha pencarian juga akan mati sekali, kerana, tiada arah pandu untuk menjejaki 'pesawat' yang dikata 'berakhir perjalananya di Lautan Hindi.
Kini kita difahamkan bahawa Kerajaan Malaysia telah berkerjasama dengan CIA mahupun FBI didalam mencari 'kesepakatan' namun Kerajaan perlulah mengambil iktibar bahawa kedua-dua ajensi Amerika ini telah banyak mendatangkan kemudaratan kepada negara Islam yang lain. Olih itu janganlah berharap yang mereka akan 'berserta' dengan kita tetapi tanamlah perasaan curiga kerana mereka ingin mencaturkan yang terlebih besar dari apa yang berlaku kini.
Janganlah disangka tepuk tampar mereka itu menandakan keakraban mereka terhadapkita tetapi lihatlah ianya sebagai satu 'jerat' yang ingin dipasangkan kepada kita. Peringatan saya kepada Najib dan Hishamuddin janganlah terlalu 'percaya' ditas apa yang mereka ucap kerana ucapan mereka itu merupakan 'racun' kepada umat Melayu dan Islam.
. Beringatlah.
Walauapapun ucapan terima kasih juga diucapkan kepada negara-negara luar yang sanggup 'bersama' didalam misi pencarian pesawat yang 'sebenarnya tiada didalam perut Lautan Hindi itu Mungkin kejadian ini akan memeritkan 'penguasa' Malaysia lagi agar tidak terlalu bergantung kepada satu kuasa saja didalam 'melayari' perjalanan ini dan sepatutnya kita 'melebarkan' sayap dan berkongsi juga dengan Russia mahupun China didalam teknologi masa kini dan tidak berkiblat kepada US semata .
Kebergantungan terhadap teknologi US akan mendatangkan banyak kemudaratan dimasa depan.
Kepada kaum keluarga Islam, sekiranya ingin melakukan 'solat ghaib' jenazah, bolihlah dilakukan, tak usahlah bertangguh-tangguh lagi, inshaallah, Allah SWT akan 'memberi petunjuk' kepada keluarga mereka. Yakinlah!!!
Kepada umat Islam di Malaysia janganlah berhenti berdoa kerana doa-doa anda bakal meranapkan bumi mereka sedikit demi sedikit dan menguatkan Melayu dibumi bertuah ini dari diperangkap.
Yakinlah, inshaallah, dalam masa terdekat ini negara mereka bakal melalui detik yang paling 'derita' dalam kehidupan mereka. Apa yang kita alami tidak akan setara dengan apa yang mereka bakal lalui.
AL FATIHA
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Slm tuan, ustaz manzil nye mimpi kat fb tu agak ikhlas,,,tkde apa2 komen ke utk menambahkan lagi pencerahan....
ReplyDeleteHanya dia dan Allah saja yang tahu kebenaran 'mimpi'nya..Kadang-kadang mengapai ;impian' untuk dikenali juga tidak mustahil.
ReplyDelete