Monday 28 September 2015

THE PROMISED LAND : KEMURKAAN ATAU CARI NAHAS

Bismillahhirrahmannirrahim.

                Apa pegangan kita, berserta atau tidak peduli

Kaabah adakah kiblat umat Islam.Makkah adalah point terakhir bagi umat Islam bagi menyempurnakan rukun Islam. Tanah Haram bukan digazetkan olih manusia tetapi diangkat "kesucian" nya olih Allah swt namun setelah kewafatan Baginda Rasullulah lebih 1400 tahun dahulu maka berbagai kemusnahan atau kerosakkan dilakukan olih penguasa atau pemerintah yang menaungi bumi itu samaada secara sedar atau sengaja , perubahan itu semakin ketara dizaman ini.

Keagungan atau keberakahan bumi ini , iaitu Makkah bukanlah dijanjikan "kemasyurkan" kepada Nabi Muhammad saw tetapi bumi ini dijanjikan "keberakahanya dengan tumpuan manusia yang sudi beriman" dengan Tuhan Ibrahim, begitulah janjinya Allah swt terhadap Nabi Ibrahim a.s.

Kesinambungan dari Nabi Ibrahim a.s itu yang dianugerahkan dua putera iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak maka berjurailah keturunan ini yang diakhiri olih Nabi Muhammad s.aw dibawah jursi Nabi Ismail sementara Nabi Isa a s dinasabkan dibawah keturunan Nabi Ishak. Maka terbahagi lah dua kelompok ini iaitu Bani Arab dan Bani Israel.

Walaupun kedua dua kelompok ini berpusat dari Nabi Ibrahim a.s namun perbezaan pegangan didalam hal ketuhanan dan kepercayaan amat ketara.

Umat Islam berkiblatkan Kaabah diMakkah Al Mukarammah sementara Bani Israel yang diasah dengan kefahaman Yahudi pula berkiblatkan Jurusalem dimana mereka masih berpegang kepada Kitab Nabi Daud a s yang berpandukan kepada Solomon Seal. Namun kepercayaan Bani Israel lebih terarah kepercayaan dan amalan  nenek moyang .

Apa yang terjadi kini kedua kelompok ini sering bercakaran dan berselisih pandangan. Umat Islam dikata mengamalkan kefahaman Islam yang exterim sementara Bani Israel pula masih berpegang dengan kepercayaan "bangsa terpileh", namun didalam konflik yang berpanjangan ini sebenarnya adalah mainan puak Nasrani. Puak ini sebenarnya adalah kelompok yang memerintah Jurusalem yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Musa a.s. dan mereka ini jugalah yang memfitnah ajaran Nabi Isa a.s sehinggakan Allah swt terpaksa menyerupakan seseorang bagi menyelamatkan Isa putera Mariam dari disalib . Tetapi kerana kejahilan penguasa Agama Bani Israel, maka, mereka terpedaya dengan mainan Raja Nasara dan sehingga kini Bangsa Israel dipersalahkan diatas penyaliban "Isa Putera Mariam" dan Nasara berlepas tangan diatas perbuatan itu.

Olih itu sehingga kini apa yang dapat kita lihat hanya agama kaum Nasara yang menjadi musuh utama Umat Islam tetapi sebenarnya umat Islam terkhilaf pandangan terhadap permainan halus ini. Apa yang nampak dimata hanyalah "kebaikkan terancang" yang menjerat.

Menwawarkan kejahatan dan keburukkan Bangsa Israel dengan momokan bangsa tidak berhati perut ini, semuanya adalah ajenda Nasara sepertimana jeratnya terhadap Nabi Isa dan ajaran Musa a.s..

Antara sedar atau tidak Agama Nasara telah berkembang secara aktif. Kalau dahulu hanya benua Eropah saja jajahanya tetapi apabila British, Portugis,Perancis dan Spanyol meluaskan empayarnya maka agama Nasrani juga  ditanamkan disetiap tanah jajahan mereka. Namun skala penerimasn terhadap agana ini adajuga yang  menemui kegagalan tetapi usaha mereka tidak terhenti.

Diera tahun 90an banyak negara yang tidak bermajoriti Islam telah dijajah agama mereka. negara seperti China, Korea, Jepun, Taiwan, Singapura serta beberapa lagi negara yang pernah dijajah kini mula bertukar arah. Agana nenek moyang telah mula dilupakan tetapi agama Nasara yang digambarkan dibawa olih Isa Putera Mariam @ Jesus dijadikan sebagai sandaran puak Nasara ini. Tujuannya hanyalah untuk melemahkan kepercayaan Umat Islam atau Umat Muhammad.

Kerana kealpaan umat Islam dan juga penguasa Islam yang memerintah, maka, jerat halus ini lah yang mereka terlepas pandang.

Kepercayaan terhadap penjual penjual ayat yang bukan berasalkan Al Quran yang diamalkan berkurun kurun telah merubah langskap sebenar sunnah yang dituntut tetapi kejayaan Nasara yang "mengambarkan" mereka terlebih baik dari segi "pengagihan kewangan" untuk mentarbiah "umat Islam" dan juga "pemerintah Islam" nembuatkan umat Islam tergadai keimanan. Dan umat Islam dan juga penguasa Islam "terlalai" dengan jerat ini.

Tiada apa lagi yang dapat dibuat, semuanya telah terlanjur. Ada yang mengatakan ini suratan yang tertulis tetapi Allah swt telah berjanji bahawa kita diberikan pilihan, tetapi adakah kita telah membuat pilihan yang betul? Atau adakah kita sekadar mengikut nafsu?

                             BERSAMBUNG
                                  Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment