Monday 9 November 2015

THE PROMISED LAND : MALAYSIA DAH DILEMBUKAN NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerajaan mentakrifkan bahawa segala bentuk imbuhan samaada wang tunai atau pun barangan yang dihadiahkan kepada penjawat awam adalah menyalahi etika kerana pemberian ini dikategorikan sebagai rasuah terutama sekiranya ianya diberikan kepada individu dan SPRM juga mengklasifikasi pemberian ini sebagai "rasuah".

Tetapi amat pelik juga, apabila Najib yang mengaku menerima "derma" RM2.6 billion  yang diizinkan serta  kerelaan dirinya dengan suci hati telah menerima
Dana tersebut secara sembunyi namun apabila dana itu diketahui ramai dan bocorkan , tetiba mengakui kewujudan tersebut dan diberkan alasan sebagai "derma".

Walaupun 'dana" ini diakui olih Najib sebagai "derma;" namun perbuatan itu tetap salah dan menyalahi undang undang.  Untuk itu Najib wajib didakwa mengikut undang undang negara ini. Itu baru satu hal.

Kesalahan Najib yang membenarkan  1MDB berhutang sebanyak 42 billion sehingga menjejaskan reputsi kewangan negara juga perlu diambil tindakan . Disebabkan reputasi Najib merudum dimata pelabur serta hilang kebolih percayaan terhadap diri beliau sehingga menjejaskan kekuatan nilai ringgit yang meluncur keparas 4.37 berbanding USD,maka tidak secara langsung Najib menjadi penyebab kepada ketidaktentuan ini, maka Najib wajar direhatkan dan tindakan undang undang wajar dikenakan dengan alasan "mensabotaj ekonomi negara".


Tetapi sedarkah kita bahawa untung nasib negara ini telah dikorbankan ? Sedarkah kita Najib dan gerombolannya telah mengorbankan apa yang telah terbina selama ini. Sejak dua menjak ini perasaan curiga mencurigai sesama bangsa Melayu mula menebal dan perasaan ketidakpuasan hati terhadap bangsa lain mula menyerlah.

Kegagalan Najib serta anggota kabiinetnya yang menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan ekonomi serta mensabotaj masa depan negara wajar bagi mereka untuk dikenakan tindakan undang undang.
                Cahaya Al Majid













3 comments:

  1. Itu kata kita. Apa pulak kata najib serta menteri kabinetnya? When you are in power you have to be very powerful otherwise you are a bloody fool.

    ReplyDelete
  2. HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

    TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

    DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

    JUMPA LAGI DI PRU-14.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Basmallah,

    Syair Saraba Ampat; Syekh Abdussamad (Datu Sanggul)

    Kalau benar ingin teruskan
    Tunjukkan muka taruh di depan
    Pantang mundur pahlawan Tuhan
    Mati syahid dipangkuan Tuhan

    Kitab barencong jangan tanyakan
    Tak ada jawaban didapatkan
    Kalau percaya silahkan makan
    Kalau ragu cepat muntahkan

    Hamdallah

    ReplyDelete