Monday 9 November 2015

THE PROMISED LAND : STRATEGI NAJIB MENJUAL NEGARA...!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Merancang secara terancang itulah jawapan kepada urusniaga yang diusahakan olih Syarikat Sarat Hutang yang menghutangkan rakyat Malaysia, syarikat  yang diilhamkan olih "anak Razak". Walaupun Rm42 Billion  diperolehi melalui pinjaman namun pinjaman sebanyak itu berjaya diperolehi diatas jaminan Kerajaan Malaysia atau maksud sebenar  ( setiap rakyat dipaksa atau terpaksa tanpa kerelaan ) menjamin sepenuhnya pinjaman tersebut tanpa dolak dalik.

Dikata sebahagian dari dana tersebut digunakan untuk membeli beberapa buah IPP bagi tujuan untuk menjana "pendapatan" untuk mendapatkan aliran tunai disamping mengekalkan pegangan tersebut agar dikuasai olih Kerajaan ataupun milik penuh kerajaan yang dipileh olih rakyat. Itulah diantara beberapa alasan pemimpin Kerajaan. Walaupun pembelian ini dilihat amat  meragukan kerana harga yang dibayar adalah tinggi dan tidak sepadan dengan harga pasaran ditambah burukkan lagi bahawa pembelian yang terpaksa dibayar termasuk hutang tertunggak syarikat IPP yang berbillion, dilihat pelaburan itu tidak berbaloi malahan terlihat kebodohon sipembeli iaitu "one m dee bee " Walaupun bagitu syarikat "one m dee bee" masih menobatkan bahawa pulangan dari apa yang dilaburkan itu akan diperolehi dalam jangka masa panjang.Maksud nya "long term investment".Itulah yang dijaja demi mensucikan tindakan mereka. Tetapi itu bukan tujuan sebenar mereka tetapi sebaliknya .

Cetusan idea Najib yang brilliant yang sebenarnya terbaik diatas kertas saja rupa rupanya telah mencetuskan Hutang Fizikal Rm42 Billion (mungkin kini telah mencecah RM50billion kerana nilai ringgit menyusut),yang terpaksa ditanggung Kerajaan. Walaupun Najib mengatakan implikasi hutang tidak terbeban dibahu kerajaan namun wang Ananda 2 billion juga ditagih apabila one m dee bee gagal melunaskan bayaran balik pinjaman dari beberapa buah bank .

Dengan harapan bolih membuat turn around atau membuat duit dengan pembelian beberapa IPP  melalui Edra syarikat milek penuh "one m dee bee",namun perancangan mereka tak berapa nak menjadi, disebabkan track records mereka yang telah beberapa kali "tertunggak" gagal membuat bayaran balik pinjaman maka kebolihan percayaan terhadap mereka mula diragui.. Tak cukup dengan itu satu Malaya dah terbau kebusukan yang menusuk. Kini IPP yang pada awalnya milik rakyat Malaysia kini bakal dijual atau dilelong pemilikannya kepada entiti luar negara. Itulah yang terbaik dari idea Najib. Inilah yang dikata "idea terbaik dari Najib anak Tun Razak". Sekarang ini baru syarikat IPP nak dijual demi melangsaikan hutang 1MDB tak mustahil pemilikan kerajaan terhadap Talikom Malaysia atau Tenaga Nasional juga pasti diintai untuk dijual. Tiada yang mustahil diera Najib yang "bengap otak " ni.

Walaupun cerita yang diskriptkan olih Najib ini berjaya dilayar perakan olih Panglima dan hulubalang UMNO yang masih berkuasa  namun bekas bekas mantan pendukong takhta UMNO kelihatan tidak sealiran dan berbeza pendapat tentang penambahan hutang negara yang tidak terkecuali 42 billion itu.

Itulah kehebatan pemimpin UMNO masakini. Jual...jual...dan....jual...Yang terakhir bakal dijual adalah negara ini..melalui..Perjanjian  TPPA..

                          CAHAYA AL MAJID














No comments:

Post a Comment