Tuesday 29 March 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA BADUT ?

Bismillahhirrahmannirrahim.

   "BADUT MENGGADAIKAN"

Kemaafan jua dipinta dari semua pelayar atau tetamu yang sanggup singgah dan membaca dan mendekati blog ini. Sebenarnya saya baru balik dari Kota Singa kerana mempromosi produk saya.

Walaupun seminggu saya disana hanya 4 hari saja Expo itu berlangsung . Terima kasih kepada Megaexpress International(S) Pte Ltd kerana jemputan ini.

Jauh disudut hati ini merasa sedih dan amat terkilan kerana pada suatu masa dahulu negara Singapura ini adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi disebabkan kelemahan "otak pemimpin Melayu" serta kecurangan" pemimpin Melayu dalam mempertahankan "hak orang Melayu " maka semua itu tergadai, seperti mana tergadainya Pulau Batu Putih. Begitulah kecekapan dan "kehebatan" nya perancangan para Pemimpin Melayu samaada dari Perikatan mahupun Barisan Nasional yang kesemuanya bertunjangkan UMNO.

Kita rasa hanya setakat itu saja yang dilupuskan oleh orang UMNO rupa rupanya banyak lagi khazanah atau hak milik negara yang, telah dan sedang dijual.

Baru baru ini pula syarikat milik penuh 1MDB iaitu  Edra  Energy telah menjual semua  syarikat IPP nya kepada syarikat milik negara China.  Syarikat yang dijual pada harga kerugian ini dahulu semuanya milik rakyat Malaysia, tetapi IPP ini pula dibeli dengan harga yang tinggi dan ada diantaranya pula lesen yang dah nak luput juga dibayar dengan harga yang tinggi pula. Inilah kepandaian tahap mega Penasihat Agong 1MDB. Tergadai juga !!

Bandar Malaysialah, tanah TRX la dan bermacam macam lagi yang dahulunya milik Bumiputra tetapi hakmilik ini dijual juga kepada 1MDB dengan harga murah tetapi akhirnya pegangan majoriti hak pembangunan tanah ini juga sudah jadi milik negara China juga akhirnya. Tergadai juga lagi!!!

Semua ini gara gara Pemimpin UMNO yang tak berotak perasan pandai tetapi akhirnya semuanya hilang hak sepertimana hilangnya  hak rakyat negara ini terhadap pulau Singapura dan juga Pulau Batu Putih. Semuanya kerana kebodohan Pemimpin UMNO itu sendiri.

Yang diracunkan kepada rakyat, kalau kaum Cina memerintah, melayulah yang bakal merempat tetapi sedarkah mereka bahawa Pemimpin UMNO lah yang memerempatkan Bangsa Melayu kini. Cuba lihat di Pulau Pinang berpuluh tahun negeri ini berada dalam Barisan Nasional dan UMNO yang menjadi tunjangnya, kenapa pembangkang (DAP) dapat menguasai negeri ini dan ramai Melayu merempat dan tidak berumah? Adakah kerana DAP ataupun PKR ?
Berpuluh tahun negeri ini dibawah MCA dan Gerakan , apa yang mereka buat????

Apa yang kita saksikan kini hanyalah perebutan kuasa dikalangan ahli ahli politik, baik dalam UMNO,DAP, PKR mahupun PAS tetapi sedarkah kita bahawa apa yang direbutkan ini sedikitpun tidak membantu Bangsa Melayu melainkan keuntungan duniawi buat puak puak ini. Itulah yang terjadi. Yang tetap menjadi mangsa dan yang terbeban dengan masaalah ciptaan mereka  adalah rakyat semuanya.

Kini satu Malaysia diseret dengan kelemahan pentadbiran, samaada soal ekonomi mahupun soal maruah.

Rakyat terbeban dengan kenaikan kos barangan dan kos sara hidup. Peningkatan kos hidup semakin memuncak tinggi semuanya disebabkan nilai matawang kita yang semakin lemah dan rendah. Kenapa?  Salah rakyat ke ataupun kerajaan sememangnya lemah?

Tak cukup dengan itu, intrigriti dan maruah negara sudah mula tercemar. Presiden UMNO @ Perdana Menteri terpalit dengan berbagai skandal dan ini memberi implikasi negative terhadap pertumbuhan serta kemasukkan pelabur negara ini.

Kalau setakat Lim Kit Siang ataupun Dr Mahathir yang didakwa terlibat rasuah tidaklah mengusarkan kita tetapi ini tidak, Perdana Menteri Malaysia @ Menteri Kewangan @ Penasihat 1MDB aka Presiden UMNO pula yang didakwa terlibat dalam berbagai skandal..tidak ke haru dibuatnya.

Tak cukup dengan itu,Parti UMNO pula sedang bermasaalah, ahli ahlinya sedang berkecamuk . Ada yang menyokong Presiden dan tak kurang pula yang nenentang. Semuanya gara gara skandal yang terpalit dibatang tubuh presiden mereka. Isunya RM2.6 billion , RM42 Juta, Alasan bertukar tukar, Menipu dan yang terhangat hutang 1MDB 42 billion, duit masuk akaun Peribadi Perdana Menteri, perbelanjaan boros PM yang tidak setara pendapatannya begitu juga dengan pemecatan Muhyiddin , Shafei Afdal serta beberapa individu ternama, semuanya menjuruskan lagi ketempangan pegangan politik negara ini.

Apa yang berlaku ini telah merosakkan dan merudumkan lagi reputasi Kerajaan negara Malaysia serta intrigriti Institusi Yang Di Pertuan Agong  dan Majlis Raja Raja yang telah memperkenankan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malsysia.

Siapa badut dan siapa dibadutkan.
Lu... timbanglah...

                 Cahaya Al Majid






1 comment:

  1. Surat pengesahan dari kerabat Arab Saudi mengenai derma dah viral

    ReplyDelete