Tuesday 22 March 2016

THE PROMISED LAND : GABENOR DAH NAK JADI RAJA KE?

Bismillahhirrahmannirrahim.

"KADUK DAH NAIK JUNJUNG KE?"

Negara kita dibarisi oleh 9 Raja Raja Melayu cuma gelaran mereka saja yang berbeza. Ada yang dipanggil Raja ada yang digelar Sultan dan ada yang bergelar Yang Di Pertuan Besar.

Tetapi bagi negeri negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan maka Gabenor adalah Ketua bagi negeri negeri tersebut. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dinaungi oleh Gabenor yang bergelar Tuan Yang Terutama. Mereka mereka ini adalah wakil Yang Di Pertuan Agong dinegeri negeri yang tidak beRaja dan mereka ini bukan dari kalangan kaum kerabat  mahupun keturunan Raja.

Sebenarnya Gabenor atau TYT ini tidak mempunyai kuasa diatas pentadbiran sesebuah kerajaan negeri malahan mereka hanyalah sebagai "lambang" yang mewakili YDPA .

Sepatutnya Kuasa memileh Gabenor ini seharusnya dipileh oleh YDPA melalui nasihat dari Majlis Raja Raja. Tetapi apa yang dilihat kini seolah olah Jawatan Gabenor ini dipileh oleh Perdana Menteri cuma perkenannya saja dari YDPA .

Ini dapat dilihat melalui perlantikan Tan Sri Taib Mahmud iaitu bekas Ketua Menteri Sarawak dan Tun Khalil Yaakob iaitu bekas Menteri Persekutuan. Kedua dua orang ini adalah ahli politik dari parti Pemerintah.

Untuk menguatkan lagi dakwaan bahawa Jawatan ini sememangnya dari kuasa Perdana Menteri,  semalam Tan Sri Munyiddin ada menyebut bahawa Perdana Menteri menawarkan kedudukan sebagai Gabenor Pulau Pinang kepada beliau, dan dengan tawaran tersebut maka sahihlah bahawa YDPA atau Majlis Raja Raja tiada hak tentang pemilihan calon Gabenor.

Cuba kita fikir sejenak, kan negeri negeri yang tidak bersultan atau beraja ini dipayungi oleh YDPA, tidakkah selayaknya YDPA atau Majlis Raja Raja yang memileh dan memutuskannya.

Disebabkan jawatan ini diberi atau dipileh oleh Perdana Menteri dan bukan oleh YDPA atau  Majlis Raja Raja maka perlanggaran adat dan warna di Raja ,dipakai seweneng wenengnya tanpa menyedari status diri . Atau mungkin Gabenor ini terasa dirinya sudah setaraf Raja ataupun Sultan.

Gabenor Melaka dah naik taraf ke ataupun dah nak jadi Sultan Melaka?
Layakke menggunakan alas warna "kuning diraja", apabila menerima hadiah atau pemberian???

              Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment