Wednesday 30 March 2016

THE PROMISED LAND : NAJIB MENDABIK..NEGARA TERJERAT..

Bismillahhirrahmannirrahim.

       "SENGAJA SESATKAN DIRI
         DALAM TERANG"

Kita sangkakan skandal yang membaluti diri Najib semakin reda, tetapi sebaliknya kes ini semakin besar pula. Kalau dahulunya hanya WSJ dan Sarawak Report saja yang cuba mengorek dan memaparkan salahlaku Najib tetapi kini syarikat Australia pula iaitu ABC mendedahkan detail tranksaksi terhadap kemasukkan dana yang tidak sah taraf keakaun Najib pula.

Lepas satu satu berita hangat mengenai skandal Perdana Menteri meledak disana sini. Walaupun ABC mengesahkan kemasukkan dana yang berbillion ringgit keakaun Najib yang dikata berpunca dari derma anak Tok Arab itu yang telah disahkan kebenarannya oleh Pejabat Perdana Menteri tetapi yang mengusarkan rakyat , jumlah yang diterima Najib ini bukan lagi RM2.6 billion tetapi angkanya telah mencecah hampir RM4 billion. Dari manakah punca dana ini?  Adakah anak Tok Arab juga yang menderma kepadanya?

ABC mendedahkan lagi bahawa semua dana selain dari SRC International yang masuk keakaun peribadi Najib semuanya berkait rapat dengan pinjaman 42Billion oleh 1MDB. Tranksaksi atau urusniaga yang temeteri dengan Petrosaudi serta beberapa syarikat pelaburan yang dinyatakan ABC
semuanya menjurus kepada urusan penipuan secara terancang dan tertakluk dibawah kategori "pengubahan wang haram".

Disinilah, samaada Najib ataupun Kerajaan Malaysia mahupun Ahli Parlimen BN ataupun Institusi Yang Di Pertuan Agong, perlu mengheret "fitnah" yang didakwa oleh ABC mahupun Wall Street Journal ataupun Sarawak kemuka pengadilan demi maruah dan penghinaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri negara ini.

Kerana keterlanjuran Ambank yang didakwa terbabit dengan "pengubahan wang haram", ANZ selaku pemegang saham terbesar dalam Ambank, sebagai mengambil tanggungjawap terhadap kesalahan Ambank, maka, ANZ bakal melepaskan pegangan mereka, kerana tidak mahu bersengkokol dengan "kes" jenayah terancang yang melibatkan kuasa tertinggi negara ini.

Sedar atau tidak, kini kuasa kuasa besar ekonomi didunia mula melepaskan kepentingan  mereka sedikit demi sedikit. Walaupun Kerajaan cuba untuk menafikan hakikat ini, namun kebenaran dan impak bakal kita lihat pada bulan bulan yang mendatang.

Walaupun Najib dan kepimpinanya cuba bersilat dan  menafikan salahlaku mereka dengan kata kata namun pendedahan demi pendedahan yang terbongkar diluar negara bakal menyesakkan lagi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Samaada Celik atau buta, samaada melihat dengan telinga atau mendengar dengan mata,  Dr Mahathirlah "khalifah"nya, sebabnya  UMNO dan Ahlinya " sesat dalam terang"  atau "meraba dalam terang".

                 Cahaya Al Majid






1 comment:

  1. Semoga umat UMNO kembali ke pangkal jalan. Itu yang kita patut doakan selepas tiap solat, kerana mereka ini sudah tidak dapat melihat dan mendengar lagi. Bukan saja sudah pekak dan buta, nadi yg semakin lemah pun tak terasa.

    Hairan ya, sehingga ke saat ini pun mereka masih percaya Mohd Najib dianiaya, difitnah. Entah berapa juta individu yg punya agenda peribadi utk jatuhkan Mohd Najib, dari dalam hingga ke luar negara, dari orang tua nyanyuk hingga ke pekerja kilang, pemandu bas dan pelajar sekolah.

    Entah apa lagi yang ada di fikiran umat UMNO sehingga memuja Mohd Najib sebegitu rupa. Bagaikan cukup suci dan menyucikan.

    Mungkin dia lebih unggul dari Anwar.

    ReplyDelete