Sunday 3 April 2016

THE PROMISED LAND : SALAHKAH DR MAHATHIR ATAU BENARKAH NAJIB???

Bismillahhirrahmannirrahim.

HATI UMNO VS AHLI UMNO

Benar kata Dr Mahathir ,dahulu Parti UMNO berantakan kerana pemilihan atau pun perebutan kuasa, antara Dr Mahathir dan Tengku Razaligh yang mengakibatkan sehingga terharamnya pendaftaran Parti UMNO . Hanya kerana perasaan kecewa kerana kalah dalam pemilihan maka Tengku Razaligh serta kengkawannya mengheret UMNO kemahkamah dan ketika UMNO diharamkan kumpulan ibi menubuhkan parti Semangat 46 .

Diantara yang sekapal dengan Tengku Razaligh diantaranya termasuklan Pak Lah, Rais Yatim, Sharil Samad dan ramai lagi. Hanya kerana tidak sebulu dan sealiran dengan Dr Mahathir dan kalah dalam pertandingan itu dan kumpulan inilah jugalah yang menyebabkan UMNO diharamkan.

Adakah kelompok ini sudah lupa atau sengaja lupa keatas apa yang pernah mereka lakukan terhadap parti mereka iaitu UMNO? Atau sekadar mereka ini membalas terhadap Dr Mahathir.

Mereka yang pernah membakar jambatan ini termasuklah Pak Lah, Rais Yatim, Tengku Razaligh dan serta Sharil Samad. Tetapi tidak pula Dr Mahathir berdendam dengan mereka. Tetapi apabila kumpulan ini menjilat semula kepangkuan UMNO baru, kedudukan mereka yang dahulu pernah dipegang dan  diludah diberikan semula sehinggakan Pak Lah boleh menjawat jawatan Perdana Menteri dan tidak ketinggalan juga di Rais Yatim dan Sharil Samad, jawatan Menteri juga diberikan.

Kalau kita timbang, siapakah diantara mereka yang tidak bermaruah , Dr Mahathir kah ataupun" Ahli "Kem Tengku Razaligh kah?

Hari ini sekali lagi sejarah lampau UMNO berulang lagi.

Najib yang setiap hari digasak, samaada dari dalam negeri mahupun dari luar negeri, nampaknya semakin terdesak dan tersepit. Berbagai dakwaan penyalahangunaan kuasa oleh Najib dipaparkan diluar negara .Samaada dimedia cetak mahupun dimedia ekektronik semuanya menceritakan kemewahan diluar kemampuan pendapatan atau gaji seorang Perdana Menteri Malaysia.

Dakwaan terdapat kemasukkan dana berbilion dollar Amerika keakaun peribadi Najib serta keterlibatannya yang secara langsung terhadap syarikat 1MDB yang mencipta hutang berbillion buat negara sehingga terpaksa menggadai tetapi Pemimpin UMNO samaada yang berjawatan Menteri mahupun yang berkepentingan semuanya menghalalkan tindakan Najib. Kenapa?

 Dr Mahathir secara lantang mengkritik dan menentang perbuatan salahlaku ini demi kelangsungan Parti UMNO tetapi sebaliknya seluruh ahli kabinet Najib dari UMNO , sebaliknya menentang pula tujuan Dr Mahathir yang mulia ini.

Apa yang terjadi Dr Mahathir pula yang dipersalahkan. Dr Mahathir sebenarnya bimbang dengan tindakan Najib yang dilihatnya semakin hari semakin ditolak oleh rakyat ditambah pula dengan cukai GST yang dikenakan, makin jauhlah rakyat terhadap UMNO, itu yang ditakutkan.

Tetapi kini semuanya sudah terlambat dan keadaan sudah menjadi parah. Dengan tindakan Kabinet Najib serta seluruh pemimpin UMNO telah mula menyerang Dr Mahathir dengan berbagai bagai tohmahan serta mengungkit seluruh cerita dan sejarah lama Pemerintahan UMNO dibawah Dr Mahathir, kini, rakyat dari semua bangsa telah mengetahui sisi sisi hanyir Pemimpin UMNO yang berkuasa.

Apa yang berlaku kini sudah tidak terubat lagi malahan ibarat nanah dah menjadi pekong dan pekong mula berulat.

Apa yang kita lihat bukan orang luar yang merosakkan dan menghancurkan UMNO tetapi orang UMNO sendiri yang mentalkin parti mereka sendiri.

Baginilah jadinya kalau jiwa manusia itu telah rosak dan dikuasai oleh nafsu harta benda dunia . Yang baik dikata jahat  dan yang terang terangan jahat dipuji dan dihormati.

                Manusia oh manusia

                    Cahaya Al Majid










1 comment:

  1. Usah cepat menjatuhkan hukuman.. Ini semua permainan politik tahap global. Kita lihat siapa yang akan terjerat nanti. Kebenaran akan muncul di akhir episod.

    ReplyDelete