Wednesday 6 April 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA KENA JUAL!!!NI...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Duit Usd14 juta buat bayaran kepada JACKEL didakwa benar oleh blog Pro Najib Mykmu. Dana itu dikata untuk bayaran pembelian kain kain serta permaidani untuk tujuan jariah oleh Najib.

Tetapi yang memuskilkan rakyat dari tempoh 2011-2014 , mana Najib dapat duit sebanyak  ini, kalau ikut tangga gaji seorang Perdana Menteri Malaysia, memang tak mampulah, oleh dari mana puncanya duit juta juta ini?

Memandangkan Mykmu telah membenarkan dakwaan Wall Street Journal ini,  maka semua apa yang didakwa WSJ ini betullah kan? Tak kan berpileh pileh pulak.

Kalau bagitu, benar jugalah agaknya apabila WSJ mendakwa bahawa dana yang diguna untuk "finance" filem spara porno terbitan syarikat anak tiri Najib iaitu Red Granite juga berpunca dari 1MDB .

Tetapi 1MDB menafikan .

Yang memeningkan kepala dan yang mencelarukan , kenapa penafian berpileh pileh?

Isu Red Granite sepantas kilat 1MDB bersuara tetapi kes JACKEL , yang terlibat secara langsung semuanya senyap dan sunyi...alih alih..blogger Pro UMNO pulak..menghalalkan..kalau dulu waktu isu RM2.6 billion meletop..semua pengampu bersuara dengan alasan berlainan...adakah jawapan dan alasan dari Mykmu ini juga bakal bertukar?? Atau apabila ada Pak Menteri lain yang mengulas, alasan lain pulak akan direkodkan?

Nampaknya apa yang didakwa oleh WSJ ini sememangnya benar belaka.  Tampak kini,samaada Najib,  kerajaan mahupun UMNO ,semuanya  tidak berani untuk menyaman mereka samaada  WSJ atau mana mana media sekalipun, Kenapa?

Kemungkinan  takut lebih banyak "penipuan" terbongkar atau terdedah maka berdiam diri dan menerima segala penghinaan , cacian,cemuhan dan tuduhan adalah jalan terbaik buat mereka.

Dan kini, seluruh rakyat perlu sedar bahawa negara ini sudah tiada maruah lagi dan apa saja tindakan dan kata kata pemimpin negara selepas ini bakal ditertawakan dunia.

Nak usik sikit tentang tuduhan Tok Pa serta sang kelawar UMNO tentang kerugian PROTON . Mereka menuduh Tun penyebabnya. Nak kata bodoh semuanya lulusan Universiti, nak kata bangang pulak..anak berderet deret, nak kata pandai..pandai menipu, pandai membohong, pandai putar belit adalah.

Takkan lah hanya kerana Tun dah tak sebaris dan tak dapat menerima "pembohong , penipu dan pengecut" sebagai Perdana Menteri, maka kesalahan yang diilakukan Khazanah diletakkan dikepala beliau pula.

Kalau nak salahkan juga orang tua itu sebagai Penasihat, PETRONAS juga sebelum ini juga bepenasihatkan Dr  Mahathir, adakah Najib,Menteri UMNO dan seluruh kepimpinan UMNO mahu menyalahkan Dr Mahathir kerana harga minyak dunia merudum sehinggakan pendapatan negara terjejas? Masihkah salah Dr Mahathir.

          LU FIKIRLAH SENDIRI

                Cahaya Al Majid





No comments:

Post a Comment