Wednesday 6 April 2016

THE PROMISED LAND : LANGKAH MAHATHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

SIAPA UNTUNG SIAPA KECUNDANG

Semenjak meletusnya isu hutang 1MDB serta derma RM2.6 billion Najib serta dana RM42 juta SRC International keakaun peribadi Najib, Dr Mahathir tidak  pernah berpatah arang dengan keazamannya dari membersihkan UMNO dari salahlaku Presiden UMNO aka Perdana Menteri.

Berbekalkan iktizam serta kudratnya yang terbatas itu, demi kelangsungan dan mertabat UMNO yang disayangi, melawan kemungkaran dan penyelewengan serta salah laku Presiden UMNO serta pemimpin UMNO tertinggi digagahi juga.

Walaupun beliau sedar bahawa menongkah arus kawanan gelombang penjilat Presiden serta saf mungkar mungkar Najib, namun demi masa depan Bangsa, negara dan agama, sembilu juga beliau sanggup dihiriskan keatas batang tubuhnya.

Jati diri serta pegangan berani kerana benar serta tulus berserah diri serta yakin pada bantuan Yang Maha Esa, tsunami kemungkaran Presiden UMNO dijuarai demi penyelamatan 3.2 juta ahli UMNO.

Satu persatu peluru , bom mortar serta jerangkap samar dari UMNO dilepas dan dipasang disetiap jalan serta dihala kearah batang tubuh Mahathir, namun semua halaan itu ditatang dan didulang oleh Mahathir dengan kasih, namun disebabkan dikepala pemimpin UMNO kini penuh dengan anganan hingga ke syurga, maka Mahathir telah " berlepas diri" dari tangungjawapnya, samaada keatas Yang Maha Esa mahupun terhadap negara dan juga Ahli UMNO.

Sisa sisa perjalanan Dr Mahathir dibumi Allah swt sudah semakin hampir kepenghujungnya, namun kecintaan terhadap bangsa, negara dan agama, melebihi segalanya . Keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional bakal jadi pembangkang pasti terjelma pada PRU 14.

Usaha beliau untuk menyelamat anak idolanya iaitu Najib Razak serta kepimpinan Melayu UMNO untuk kepenjarakan gagal dilunaskan.

Akan menjadi sejarah dibumi ini 50%ahli kabinet Najib bakal diheret kemuka pengadilan.

            Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. salam...

    anak buah kiai salleh pernah mengalah ke...bersenjatan parang melawan orang yang membawa senapang..skarang apa lagi dengan ugutan dan apa2 sahja....bermakna sangatkah semua itu...

    gie7

    ReplyDelete
  2. Mari kita doakan usahanya dan harapan kita jua ini mencapai kejayaan. Jika boleh biarlah secepat mungkin supaya ada masa utk persediakan diri menjelang PRU14 nanti.

    ReplyDelete