Thursday 7 April 2016

THE PROMISED LAND :RENUNGAN JUMAAT : INILAH DUNIA..MALAYSIA..

Bismillahhirrahmannirrahim.

  "AL FATIHA BUAT NEGARA"
            SALAM JUMAAT
Tiada kata seindah bahasa. Tiada doa seindah lukisan. Tiada penyesalan hilang keinsafan.

Malapetaka kata semakin nyata. Kerosakkan diri semakin melata. Keangkuhan berharta menjadi taruhan.
Amalan diri sekadar ikutan.

Hidup beragama kerana keturunan.
Pegangan agama sekadar limpasan.
Kepercayaan beragama sekadar turutan.
Syurga dan neraka sekadar impian.

Syurga dijanji tidak diendah.
Syurga dunia menjadi impian.
Ganjaran syurga bukan ukuran.
Neraka dunia yang jadi buruan.

Dosa pahala hanya sebutan.
Ketakutan pada Yang Esa sekadar rasa.
Mencuri, merompak, menipu menjadi ikutan.
Bersubahat, bersengkokol adalah kewajipan.
Membenar, menghalal , bersekutu adalah jemaah.

Al Quran bukan lagi disucikan.
Ayat ayat suci jadi pencuci mulut
Khalifah,Pemimpin, Ulama ataupun Ustaz , semua berdakwah dan membalut kuasa demi kelangsungan  hidup yang berpaksikan kepada "Politik dan harta" dunia.

Politik akhirat bukan lagi keutamaan.

            Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment