Friday 8 April 2016

THE PROMISED LAND : "KAWANAN KAMBING HITAM 1MDB " WAJIB DILOKAPKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

                     S  I A P A

    "KAMBING HITAM BELAAN"???

Kelompok kawanan kambing hitam 1MDB ternakan Najib wajib dikandangkan dipenjara sementara menunggu siasatan penuh bagi mempastikan bagaimana dana 1MDB berjumlah lebih USD 1 billion terlepas kepada syarikat yang tidak bersangkutan dengan Petro Saudi serta bagaimana dana berpunca dari 1MDB 700 juta dicreditkan kepada GoodStar milik Jho Low.

Walaupun Najib menafikan penglibatannya secara terus dengan 1MDB ,harus diingat bahawa Jho Low adalah rakan karib kepada anak Rosmah Riza Aziz.

Perlu dikorek siapa yang paling rapat dengan Jho Low, adakah Najib ataupun Ahli Lembaga Pengarah 1MDB ataupun CEO nya. Ataupun adakah mereka ini dicacai oleh Big Mama untuk membantu anaknya melalui Jho Low ?

Kebertanggungjawapan oleh kawanan kawanan kambing hitam 1MDB  belaan Najib ini perlu dipersalahkan kerana telah menyebabkan kerosakan ekonomi serta hilangnya hasil rakyat. Dari tanah TRX sehinggalah IPP milik anak Malaysia semuanya tergadai. Disebabkan kesalahan kawanan kambing hitam ini juga telah menyebabkan Tabung Haji terpaksa membeli tanah milil 1MDB dengan harga tinggi.

Kesalahan kawanan kambing kambing hitam belaan Najib ini juga sepatutnya dilucutkan jawatan jawatan yang mereka pegang dalam GLC. Kerana sanggup menggadaikan diri demi hutang RM50 billion arahan Najib, maka, 20 tahun penjara dan 10 sebatan adalah terbaik buat mereka.

Kerana kebodohan dan akur dengan cash is king, maka  semua harta kejayaan milik mereka wajib disita dan dipulangkan kepada rakyat.

Cash is king mungkin terlepas tetapi pengajaran bakal diterima pada PRU 14 sebab rakyat telah hilang kepercayaan kepada BN dan juga UMNO.

Mungkin keadilan dinegara ini boleh diperlekeh tetapi dunia tetap mengadili salahlaku Najib. Bukan Najib dan Malaysia bakal dikutuk tetapi amalan umat Islam yang mengaku Islam bakal ditertawakan kerana diwakili oleh seorang pemimpin yang korupsi dan jahat yang beragama Islam.

                 Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment