Monday 11 April 2016

THE PROMISED LAND : KATA "DEMI AGAMA"!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim

ADAKAH HITAM DAN PUTIH ITU SAMA

Kata kata mudah diucap, slogan berapi api, cakap berdegar degar,demi agamalah demi Islamlah, demi Al Quranlah demi kepercayaan dunia akhiratlah...tidakkah anda perasan bahawa semua ini hanyalah retorik mereka mereka yang bertopengkan Islam dan suka suki mengaku Islam tetapi pada hakikatnya semua ini untuk memancing konon konon merekalah pejuang dan penegak agama.

Sudahlah tu berbangga pulak bahawa majoriti rakyat negara ini beragama Islam Sunnah Wal Jemaahlah, Wahabbilah dan bermacam macam lagi namun pada hakikatnya kecintaanya pada agama hanya bertanam tebu ditepi lidah..

Hanya kerana hendak memuaskan hati puak minoriti serta kepentingan nafsu politik untuk undi kaum minoriti ini maka majlis Ilmu bagi menerangkan hati manusia serta kefahaman tentang Islam yang dianuti dan yang cuba digarap dengan sebaiknya oleh Dr Zakir Naik dihalang pula.

Dengan alasan demi menjaga keharmonian beragama serta sensitiviti kaum maka pembatalan oleh PDRM dikuatkuasakan.

Cakap dah moden dan maju serta mengaku bangsa terhebat alaf ini tetapi apabila masuk bab agama dan dakwah semua kecut. Patutlah apabila orang Islam digelar terrorist oleh orang kafir lahanat semuanya terkecut seolah olah membenarkan cercaan tersebut.

Islam dan Melayu dah beratus tahun dibumi ini ,Tanah Melayu ini beragama Islam, dan bumi bertuah ini juga beragamakan Islam, belum pernah terjadi Umat Melayu beragama Islam dinegara ini memecahkan kuil kuil Hindu kerana sentimen keagamaan dan begitu juga belum pernah lagi umat Melayu beragama Islam membakar kuil atau Tokong Cina kerana perselisihan agama.

Melayu atau Melayu Islam sebenarnya amat menghormati penganut penganut agama lain seperti mana yang diimani serta yang tercatat didalam Al Quran tetapi sebaliknya kaum bukan Melayu ini pula terlebih lebih.

Belum pernah terjadi lagi Orang Melayu Islam dinegara ini menconteng atau mencampakkan bangkai binatang kekuil kuil mahupun ketokong bukan Islam tetapi sebaliknya ianya berlaku terhadap surau surau mahupun Mesjid orang Islam.

Pernahkah terjadi dinegara ini ,kerana berlainan agama dan berlainan kepercayaan, orang Melayu beragama Islam pergi membunuh orang bukan Islam, samaada Hindu ataupun penganut Buddha? Tak pernah bukan.

Oleh itu apa yang ditakutkan oleh PDRM?

Inilah yang dinamakan takut pada bayang bayang sendiri. Kalau diri sendiri sudah tidak beriman dan berkat Allah swt telah jauh maka segala ketakutan pasti melingkari diri sendiri.

Kalau kebenaran dikatakan fitnah dan fitnah pula diangkat sebagai halal dan dijadikan santapan yang halal, maka adakah  hitam dan putih itu sama?

             Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment