Tuesday 12 April 2016

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB MENGHALALKAN TAPI..USD7BILLION SIAPA YANG SAPU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

NEGARA YANG TERPALIT 1MDB....ADAKAH IPIC TERLIBAT SAMA DALAM
MENGHALALKAN PENGUBAHAN WANG HARAM..??? ..
SIAPA TIPU SIAPA ATAU
SIAPA KENA TIPU..
DUIT USD 7 BILLION INI RAKYAT YANG
BAKAL MENANGGUNGNYA ATAU
ADAKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL  ATAU SELURUH AHLI UMNO DAN KABINET NAJIB MAHU BERTANGGUNG JAWAB???


Beriya iya 1MDB membenarkan tranksaksi puluhan billion dibayar kepada Aabar BVI tetapi IPIC menafikan bahawa Aabar BVI adalah entiti miliknya.

Kalau separuh dari dana pinjaman 50 billion seperti yang didakwa oleh 1MDB telah digunakan untuk membeli Ipp Swasta milik tempatan dengan harga tinggi namun apa yang terjadi pada akhirnya IPP yang dibeli ini juga terpaksa dijual semula 100% peganganya kepada China.

Sudahlah rugi kerana melepaskan hak penuh dengan harga dibawah pasaran tetapi yang bangangnya..pegangan anak tempatan lucut seadanya..inilah kepandaian yang dikata Pemerintah asalkan hutang 1MDB dapat dikurangkan. Hutang dicipta untuk membayar hutang...alih alih..semua tergadai.

Tak cukup dengan itu..kerana percayakan "money game" ala ala skim cepat kaya atau skim pak man telo, melalui kata kata dan jalan cerita olahan Jho Low serta Pak Arab yang ditambah mendongengkan lagi oleh Najib dan kuncu kuncunya dengan belaian Big Mama maka pengkreditan tunai USD1 billion (700 + 300) masuk keakaun Goodstar Ltd milik Jho Low ,rakan baik anak tiri Najib,Riza Aziz.

Dan yang selama ini mereka mengatakan bahawa tulisan WSJ dan Sarawak Report adalah palsu ternyata benar belaka. Apa yang nak dispin lagi..Adakah penipuan dan pembohongan ini juga salah Dr Mahathir?

Apa lagi Kerajaan BN nak pertahankan lagi?

Harap 1MDB mulakan saman terhadap IPIC kerana mereka menafikan bahawa AABAR BVI adalah anak syarikatnya.

Siapa nak menjawap isu USD7 billion ini?

               Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment