Sunday 23 July 2017

THE PROMISED LAND: JASA NAJIB AKAN DIKENANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Masing masing tetap mahu mendabik dada dengan apa yang telah dilakukan terhadap kemaslahatan dan masa depan negara ini.

Namun jarang sekali kita lihat atau dengar Dr Mahathir mengangkat diri atau bermegah megah dengan apa yang dibuat untuk anak bangsa negara ini.

Namun disebabkan Najib berbohong mengenai dana RM2.6 billion yang masuk keakuan peribadi Najib , yang pada awalnya dinafikan olih Najib namun perincian dari Sarawak Report yang mendedahkan skandal tersebut barulah"kemasukan" itu diakui.

Najib mendakwa bahawa dana tersebut merupakan "derma" dari  Raja Arab Saudi TETAPI melalui laporan luar negara samaada dari DoJ mahupun AG Swiss , dana tersebut berpunca dari 1 MDB.

Bersileh ganti pemimpin kanan UMNO dan Menteri Kabinet mempertahankan Najib .

Namun apa yang mahu diketengahkan disini adalah berhubung "jasa jasa" yang ditinggalkan olih Najib dan Kitchen Kabinet nya terhadap negara.ini adalah :-

Hutang hutang dan hutang

1. Hutang RM50 billion yang kini dipertanggungjawab kepada Kerajaan akan ditanggung rakyat sepenuh nya.

2. Menghapuskan berbagai bagai subsidi minyak, minyak masak, gula, tepung dan beberapa item lagi semuanya kerana hutang membukit

3.GST terhadap rakyat

4. Projek Mega, MRT, ECRL dan jajaran keretapi laju dengan kos yang tinggi tetapi semuanya hutang dengan China. Dan Sykt China "bolot" semua.

5.IPP  tempatan dibeli dengan harga tinggi olih 1MDB tetapi bila hutang tidak BOLIH bayar jual kepada China dengan harga murah atau diskaun.

6. FELDA dan peneroka yang tak bermasaalah dicongak dan dipasarkan dibursa untuk tambah dana melalui FGV.
Dapat dana beli hotel sana sini, buat projek ikan sturgeon Dan.macam macam lagi.akhirnya semuanya lingkup. Peneroka terjebak dengan hutang .

7. MH370 hilang entah ke mana. Tak tahu dengar cakap siapa entah..Kata.MH370 berakhir di selatan.lautan Hindi..Berbulan cari masih tak.jumpa

8. MH17 kena tembak bantahan antarabangsa pun tak buat.

9. DOj tuduh macam macam ,kata dana  1MDB kena songlap olih Jho Low dan sekutu.. dan dibuktikan money trail
Namun semua senyap.

Asik.asik kata ' campur tangan asing" dan nak menjatuhkan kerajaan.

Itulah alasan sampai UMNO dan BN ditumbangkan rakyat.

              Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment