Bismillahirrahmanirrahim
APA PUNYA NASIB ...WAHAI PENEROKA
FELDA
Dulu Mak Bapak kau orang susah payah tebang pokok dan bersihkan hutan. Dari matahari nak terbit sampai matahari terbenam baru nampak muka.
Hitam legam kulit , terbakar dek panas matahari. Ada yang sakit ada yang mati dan ada yang ditimpa kecelakaan, semua nya gara gara nak miliki tanah sendiri demi untuk membina sebuah keluarga.
Bertahun berpisah dengan keluarga, tinggal emak bapak, adik beradik mahupun rakan dan kawan. Semuanya gara gara mahu menjadi peneroka. Akhirnya keringat yang menitik dibumi diganjarkan Allah SWT kerahmatan dan rezeki, hasil usaha tenaga empat kerat.
Itu dulu....
Kini Felda dah jadi besar dan menghasilkan pulangan yang banyak tetapi bukan lah kepada semua warga peneroka tetapi sebaliknya kepada individu-individu yang bergelumang dalam politik terutama UMNO.
Kalau dahulu orang politik hanya sekadar jadi pemerhati dan tiada kuasa sebenar dalam menentu hala tuju FELDA.
Tangan tangan politik amat jarang menyolok "poket" FELDA . Dan ada ketikanya FELDA mempunyai jutaan ringgit simpanan serta memiliki saham saham terpilih yang tersenarai di bursa saham.
Tetapi apabila sang penyamun UMNO melantik pula sipenyangak dari UMNO juga dalam mengetuai FELDA maka berlumba lumba sipenyamun dan sipenyangak mengatur berbagai strategi perniagaan demi kepentingan mereka.
Kepandaian mereka telah mencetus kan fenomena " tamak dan haloba"..Janji dapat duit.. Peneroka susah ke ...nak kelautan ke..parti mereka ...UMNO ....tetap dipertahankan.
Melalui pengapungan saham syarikat yang ditubuhkan , melalui anak syarikat FELDA beserta ladang yang diusahakan peneroka sebagai galang ganti kepada kebenaran penyenaraian itu, FGV,.Ditubuh dan berbillion ringgit dapat dikaut dari pasaran saham.
Siapa kepala UMNO dalam FGV??? Isa Samad dilantik olih Presiden UMNO Najib untuk menguruskan.
Apa kena mengena Isa Samad dengan FELDA sebelum ini? Bukan anak orang FELDA pun siIsa Samad ni.
Kantung FGV penuh dan semua leka, Diwaktu itu, macam macam pelaburan dibuat samada dengan keizinan Isa mahupun dari Najib..Tak siapa berani bertanya.
Biar lah mahkamah menentukan nanti apabila Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.
Tak cukup dengan itu, kerugian projek ikan sturgeon juga memakan dana yang banyak lebih dari RM50 juta hangus..Semua pemimpin UMNO senyap..Apa peneroka nak kata...
Peneroka peneroka..Apa kena mengena perniagaan sawit dengan ikan sturgeon??Itupun PENEROKA tak nampak???
Tak cukup dengan membalun duit projek ikan sturgeon beli pulak hotel kat London. Beli pulak dengan harga yang tinggi ..Peergh..Giler amat amat FGV bawah Isa Samad ni.
Terkantoi pulak , anak Isa pula dikata middle man atau terlibat dalam urusniaga ni...Lagi tak leh tahan.
Ada ke warga peneroka nak bercuti kat London tu?
Nampaknya warga FELDA betul betul buta hati dan buta mata atau pun bangang tahap gaban kerana membenarkan orang yang bukan dari kalangan anak anak felda mencuri kekayaan yang mereka kumpul dan yang paling sedih ada dikalangan peneroka kini sedang di longgokkan dengan hutang yang dicipta kan buat mereka.
Sepatutnya dah berpuluh tahun sebagai peneroka dan sepatutnya peneroka dah bolih bebas dari hutang dan hidup tanpa bergantung kepada ehsan parti politik terutama UMNO tetapi kini peneroka ibarat lembu bala yang dikerah serta hidungnya ditindik bagi memudahkan untuk diseret atas kemahuan tuannya.
Apabila tuannya hari ini menaburkan dedak maka bertumpu lah semuanya dihadapan tuan . Lupa segala sengsara dan kesusahan yang dilalui .
Hanya dengan RM5000 yang dikata akan diberikan maka menguaklah seadanya kehulu dan kehilir tanpa menyedari apa yang diberi bakal tertulis didalam catatan tuan tuannya dengan mengharap balasan atas dedak yang di tabur.
Lupa akan cukai atas barangan yang dibeli, terlupa juga bahawa anak anak mereka terpaksa berhutang untuk ke IPT, lupa dengan penyelewengan keatas FGV, terlena atas kehilangan wang ikan sturgeon dan yang paling sedih hotel yang dibeli dengan hasil keringat ladang sawit, rupa rupanya pembelian hanya untuk mengayakan orang luar.
Kesudahanya terpaksa jual kerana FELDA dah tak berduit begitu juga dengan share yang berharga ...semua terpaksa dijual ..sebab nak beli Eagle Plantation Milik kawan Najib...beli juga dengan harga tinggi juga..
Nasibla kamu wahai peneroka Felda. Ingatkan lepas Isa Samad selamatlah Felda tetapi nampaknya bawah Sharil Samad ni juga wal hasil balik asal jugak la cerita nya.
Kerana terlalu menyangjung pemimpin penyamun .. Hadaplah...
Tak mahu berubah , jadilah kuli batak untuk 30 tahun lagi.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment