ASSALAMMUALAIKUM
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
Semua yang dituliskan adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.

![]() |
Add caption |
Berlanjutan dari itu maka, pada keesok harinya, Hj Kamaruddin menjemput Don Frazier berserta dengan kawan kawan yang lain untuk makan malam di Awana Porto Malai. Pada malam tersebut aku membawa isteri aku bersama begitu juga dengan Amin. Kami duduk semeja, Aku, Simon, Amin, dan juga Hj Kamaruddin sementara yang yang lain duduk dimeja bersebelahan. Kata Don lagi, sebelum beliau makan beliau harus mengambil ubat terlebih dahulu dan disebabkan ubat itu terlalu kuat , maka beliau akan 'high' untuk tempoh lima belas ke dua setengah jam. Olih itu kami biarkan beliau 'high' apabila memakan ubatan tersebut. Selepas setengah jam beliau pun sudah seperti sediakala, lalu beliau bertanyakan sesuatu kepada aku. Katanya didalam hati beliau terpahat satu angka yang beliau dapat sewaktu hari pertama beliau meninggalkan New Zealand dan angka tersebut bermain-main dimindanya sehingga hari ini. Beliau ingin tahu apakah 'maksud' angka tersebut. Lalu aku meminta keizinan beliau untuk merujuk angka tersebut didalam kitab yang aku percayai 'Al Quran' beliau bersetuju dengan cadangan aku. Lalu aku meminta Hj Kamaruddin mengambil senaskah Al Quran yang disimpan di pejabat beliau. Angka tersebut mengandungi 3 digit, lalu aku tututkan angka tersebut mengikut Juzuk dan dua nombor terakhit merujuk kepada nombor ayat. Lalu aku terangkan kepada beliau maksud ayat tersebut. Kata ayat tersebut ' aku adalah tuhan kamu, Allah', lalu aku katakan pengertian ayat itu. kepada beliau. Beliau memahami penjelasan aku, lalu beliau berkata, " Yes, I will" kata Don. Mendengarkan kata-kata Don itu aku terdiam dan tidak berkata apa-apa lagi. Perbualan ini aku hentikan disitu.

Pada hari kepulangan beliau aku dan para sahabat mengiringi beliau di Lapangan terbang.Didalam keterbatasan waktu untuk berlepas, Don Frazier memberitahu aku bahawa beliau ingin 'berhijrah', ingin memeluk Islam. Beliau meminta supaya aku menyempurnakan niat beliau itu pada ketika itu juga. Alhamdulilah, kemudahan surau yang terdapat di lapangan kami gunakan, lalu, kami semua bergegas kesana. Setelah aku ajarkan beliau untuk membersihkan diri lalu kami semua ke ruang solat. Dengan disaksikan beberapa jemaah disana berserta para sahabat aku, maku aku sendiri melakukan ' akad' dan 'lafaz sahadah' untuk beliau yang disaksikan senaskah Al Quran yang aku pegang. Maka pada hari itu sempurnalah Don Frazier sebagai seorang Muslim dan aku menamakan beliau sebagai Yaacob bin Abdullah.
Nota : Perincian kisah beliau hanya terdapat didalam buku aku.
Bahagian III akan muncul, inshaallah, dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment