Tuesday 3 April 2012

AKU DAN MEREKA

                                                                   PEMBUKA KATA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sesungguhnya apa yang aku tuliskan semuanya benar belaka dan hanya ALLAH SWT menjadi saksi

"Perjalanan aku" sebagai insan bermula ketika aku mula' berhijrah' tanpa mengetahui apa yang ALLAH SWT rancangkan kepada diriku. Bermula dengan 'penghijrahan' itu  ibarat 'penghijranan' Rasullulah s.a.w dari Mekah ke Madinah, begitu juga dengan diri aku dari satu negeri kesatu negeri yang lain. Penghijrahan aku terpaksa menyeberangi laut menuju ke satu Pulau yang Mistik yang dikatakan dikelilingi oleh 99 pulau. Disitulah aku "dihijrahkan"
Di pulau ini  , tanpa aku duga dan tanpa aku rancang telah memulakan perjalanan yang 'amat terindah dan tidak ternilai' jika diukur dari kacamata manusia yang beriman kepada Allah SWT. Dipulau ini aku dilimpahi dengan berbagai-bagai 'limpahan" Allah SWT terhadap 'perjalanan aku'.Disini  Allah SWT telah memilih Keluarga Simon ( John dan Andrew), keluarga Peter (Alice and Adam),Aunt Lili, Don Frazier,Joshua serta Ronnie untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka. Kesemua mereka ini telah melengkapkan ' dua kalimah sahadah' dibawah sayap yang Allah SWT 'pinjamkan' kepada aku. Alhamdulilah, kesemua mereka ini telah ditunjukkan 'keajaipan' oleh Yang Maha Agung, Tuhan Semesta Alam, sehingga 'hijap' mereka dibuka seluas-luasnya  untuk 'menerima' cahaya Allah SWT .Syukur kehadrat Allah SWT kerana memilih mereka .Walaupun kesyukuran dipanjangkan kepada Yang Maha Esa terhadap penerimaan agama Allah ini, dukacita juga aku rasakan terutama kepada Ken Peddler dan Linda serta Thye Abraham yang juga pernah 'singgah' dikelompok aku, kerana tidak dipileh. Mereka ini juga pernah diberi pilihan dengan 'miracle' yang dilalui ketika bersama aku namun ' keajaipan' ini tidak dimenafaatkan oleh mereka sepenuhnya. Benar firman Allah, "Allah SWT akan pilih siapa yang dia mahu' dan bukan atas kehendak manusia untuk menentukan 'kehendak' sendiri. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT Tuhan Semesta Alam, Tuhan Langit dan Bumi .
Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT, kehadiran mereka ini disekeliling aku bukanlah sesuatu yang aku rancang.Kehadiran mereka ini semuanya 'diilhamkan' kepada aku hanya melalui 'asbab' pertama iaitu "Simon'. Aku tidak ingin memanjangkan 'perjalanan aku' disini, kerana seluruh perjalanan aku itu telah aku "Buku"kan dan inshaallah akan aku terbitkan sedikit masa lagi. Inshaallah.
Memandangkan ketika ini 'MURTAD', telah ,memjadi satu fenomena yang melanda negara kita, maka, aku berasa terpanggil untuk membicarakan serba sedikit berhubung isu ini.
Pada tahun 2001, bertempat di Holiday Villa Resorts Langkawi, sebelum terjadinya insiden' 9/11' sekumpulan Paderi serta Pastor diseluruh dunia berkumpul disana dan agenda mereka adalah untuk 'mentarbiah Kristian" kepada seluruh Asia Tenggara , tujuan untuk "Mengembangkan Kristian kepada seluruh masyarakat di Asia Tengara'. Lebih kurang 3 minggu mereka menghabiskan masa untuk membuat strategi untuk tujuan ini, dan kini kita lihat, pergerakan Kristian ini ibarat virus' dan kini menjalar diserata pelosok negeri di negara kita.

Nota : Untuk peristiwa selanjutnya sila ke post saya yang bertajuk :"BERMULANYA MENTERBIAH' ASIA TENGGARA DI LANGKAWI. KISAH PENUH LANJUTAN PENDEDAHAN.

1 comment:

  1. dia buat kerja dia kita buat kerja kita.dia bertanggong jawab atas kerja dia,kita pula bertanggong atas kerja kita.kata nabi Nuh,surrah nuh dalam quran.Berlumba lumbalah kamu dalam berbuat kebajikan.

    ReplyDelete